Solat Sunat Kuatkan Hafalan al-Quran. Wujudkah?

Teks ini membincangkan darihal amalan solat sunat Hifzi; Bagaimanakah kedudukannya dalam syariat Islam. Penulisan ini tidak bermaksud menyalahkan mana-mana pihak atau membenarkan mana-mana pihak, hanya sekadar satu penulisan untuk sama-sama dikongsi manfaatnya atas dasar berpesan-pesan dengan kebenaran, berpesan-pesan dengan kesabaran.

Islam adalah syariat Allah. Telah digariskan dalam Islam perkara-perkara yang diperintah dan dilarang. Dalam urusan beribadah kepada Allah, bagaimana tatacara kaifiyat melakukan sesuatu ibadah, ianya adalah urusan tauqifi. Kaedah usulfiqh menetapkan:

اَلأَصْلُ فِي الْعِبَادَةِ التَّوْقِيْفُ وَالاِتِّبَاعُ

Asal hukum mengenai ibadat ialah menunggu perintah dan mengikut.

Dalam kata lainnya:

اَلأَصْلُ فِي الْعِبَادَةِ الْبُطْلاَنِ حَتَّى يَقُوْمَ دَلِيْلٌ عَلَى الأَمْرِ

Asal hukum mengenai ibadat ialah batil (tidak boleh dikerjakan) sebelum datang dalil yang memerintahkan.

Kedua-dua kaedah di atas sejajar dengan sabda Rasulullah saw: Riwayat Muslim

مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَلَيْهِ اَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ

Barangsiapa yang melakukan sesuatu amalan yang tiada perintah kami padanya maka ianya tertolak

Iaiatulah barangsiapa yang melakukan sesuatu amalan yang tiada contoh pengamalannya daripada Rasulullah saw maka ianya tertolak, amalan tersebut tidak diterima Allah.

Amalan solat Hifzi adalah amalan yang bersandarkan dalil maudhu’ di mana ianya tidak dapat dijadikan sebagai amalan.

خلاصة حديث صلاة الحفظ: ان علي بن ابى طالب شكى الى النبى ص ان القران يتفلت من صدره، فقال له: صل ليلة الجمعة اربع ركعات تقرأ فى الركعة الأولى بفاتحة الكتاب ويس وفى الثانية بفاتحة الكتاب وبحم الدخان وفى الثالثة بفاتحة الكتاب وحم تنزيل السجدة وفى الرابعة بفاتحة الكتاب وتبارك المفصل ……

Riwayat yang menerangkan darihal Ali r.a yang mengadu kepada Rasulullah saw bahawa gelincir Al-Quran dari dadanya maka Rasulullah saw mengajarkannya untuk bersolat 4 rakaat. Pada rakaat pertama dibacakan Al-Fatihah dan Yaasin. Rakaat kedua dibacakan Al-Fatihah dan Ad-Dukhaan. Rakaat ketiga dibacakan Al-Fatihah dan As-Sajdah. Rakaat keempat dibacakan Al-Fatihah dan Tabaaraka.

Riwayat ini ditakhrijkan oleh Ath-Thabrani, At-Tirmidzi, Al-Hakim. Imam Al-Hakim menilaikannya shahih atas syarat Syaikhain akan tetapi imam Az-Zahabi dalam ta’liqnya ke atas kitab Al-Mustadrak mengatakan hadits ini mungkar syaz, dan imam Az-Zahabi bimbang ianya adalah hadits maudhu’. (Penilaian shahihnya sesuatu hadits oleh Imam Al-Hakim lazim terdapat pertikaian di kalangan ulama hadis lainnya. Pentashihan hadis imam Al-Hakim lazim terdapat permasalahan padanya). Imam Albani juga menilaikannya sebagai maudhu’ dalam Dhaif At-Tirmidzi. Sesungguhnya hadits ini tidak shahih pada matan dan isnadnya.

Ulama ahli hadis menetapkan bahawa hadits maudhu’ tidak boleh dijadikan hujah walau dalam apa jua keadaan. Tidak boleh bagi siapa jua pun memandang baik suatu amalan yang tidak sabit contohnya daripada Rasulullah saw. Maka menetapkan adanya solat sunat hifzi daripada ajaran Rasulullah adalah perkara yang salah yang sewajarnya kita jauhkan. Bersabda Rasulullah saw: Riwayat Tirmizi

اِتَّقُوا الْحَدِيْثَ عَنِّيْ اِلاَّ مَا عَلِمْتُمْ فَمَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ

Awaslah meriwayat hadits daripadaku kecuali yang kamu ketahui kerana barangsiapa berdusta ke atasku dengan sengaja maka bersedialah tempat duduknya di neraka

Walaupun bersolat itu adalah satu ibadah, satu perbuatan taqarub namun apabila perlakuannya tiada bercontohkan daripada Rasulullah saw maka ianya dilarang. Sungguhpun amalan solat Hifzi ini dipandang baik oleh segolongan umat Islam namun perlu kita jelas bahawa Islam tidak berdiri atas sangkaan. Islam berdiri atas dalil yang terang daripada Al-Quran dan hadis Rasul saw. Firman Allah: Surah Yunus ayat 36 [10:36]

وَمَا يَتَّبِعُ أَكْثَرُهُمْ اِلاَّ ظَنًّا اِنَّ الظَّنَّ لاَ يُغْنِى مِنَ الْحَقِّ شَيْئًا

Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan sahaja. Sesungguhnya zhan (sangkaan) itu, tidak sedikit pun berguna untuk mencapai kebenaran.”

Maka jalan bersangka-sangka dalam urusan agama ini telah diperingatkan oleh Allah akan bahayanya sebagaimana juga tersebut dalam surah Al-An’aam ayat 116 [6:116] :

وَاِنْ تُطِعْ اَكْثَرَ مَنْ فِي الأَرْضِ يُضِلُّوْكَ عَنْ سَبِيْلِ اللهِ اِنْ يَتَّبِعُوْنَ اِلاَّ الظَّنَّ وَاِنْ هُمْ اِلاَّ يَخْرُصُوْنَ

Jika engkau turut kebanyakan manusia di bumi nescaya mereka itu menyesatkan engkau dari jalan Allah, mereka tiada mengikut selain persangkaan saja dan mereka tidak lain hanya mengira-ngira saja.

Ajaran Islam ini telah lengkap. Firman Allah: Al-Maidah ayat 3 [5:3]:

اَلْيَوْمَ اَكْمَلْتُ لَكُمْ دِيْنَكُمْ وَاَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِيْ وَرَضِيْتُ لَكُمُ الاِسْلاَمَ دِيْنًا

Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Kucukupkan kepadamu nikmatKu dan telah Kuredhai Islam itu menjadi agama bagimu

Telah berkata Imam Malik bin Anas tentang ayat ini:

مَنِ ابْتَدَعَ فِي الاِسْلاَمِ بِدْعَةً يَرَاهَا حَسَنَةً فَقَدْ زَعَمَ اَنَّ مُحَمَّدًا ص خَانَ الرِّسَالَةَ لاَنَّ اللهَ تَعَالَى يَقُولُ {اَلْيَوْمَ اَكْمَلْتُ لَكُمْ دِيْنَكُمْ وَاَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِيْ وَرَضِيْتُ لَكُمُ الاِسْلاَمَ دِيْنًا} فَمَا لَمْ يَكُنْ يَوْمَئِذٍ دِيْنًا فَلاَ يَكُونُ الْيَوْمُ دِيْنًا

Barangsiapa mengada-adakan di dalam Islam suatu bid’ah yang dia melihatnya sebagai suatu kebaikan maka sesungguhnya dia telah menuduh bahawa Muhammad saw mengkhianati risalah kerana Allah Taala telah berfirman (yang maksudnya): “Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Kucukupkan kepadamu nikmatKu dan telah Kuredhai Islam itu menjadi agama bagimu”. Maka sesuatu yang tidak menjadi agama pada hari itu tidak menjadi agama pula pada hari ini.

Maka tinggalkanlah perkara yang terdapat keraguan kesamaran padanya sebagaimana perintah Rasulullah saw:

دَعْ مَا يَرِيْبُكَ اِلَى مَا لاَ يَرِيْبُكَ

“Tinggalkanlah sesuatu yang meragukan kamu kepada yang tidak meragukan kamu.” Hadits sahih riwayat Ahmad dan lainnya.

قَالَ ابْنُ مَسْعُوْدٍ: اَنَّ النَّبِيَّ ص قَالَ: اَيُّهَا النَّاسُ لَيْسَ مِنْ شَيْءٍ يُقَرِّبُكُمْ اِلَى الْجَنَّةِ وَيُبَاعِدُكُمْ عَنِ النَّارِ اِلاَّ وَقَدْ اَمَرْتُكُمْ بِهِ وَلَيْسَ مِنْ شَيْءٍ يُقَرِّبُكُمْ اِلَى النَّارِ وَيُبَاعِدُكُمْ عَنِ الْجَنَّةِ اِلاَّ وَقَدْ نَهَيْتُكُمْ عَنْهُ

Telah berkata Ibnu Mas’ud: Bahawa sesungguhnya Nabi saw berkata: “Hai sekalian manusia! Tidak ada suatupun perkara yang mendekatkan kamu kepada syurga dan menjauhkan kamu dari neraka, melainkan sudah aku perintahkan supaya kamu jalankan dan tidak ada satupun perkara yang mendekatkan kamu kepada neraka dan menjauhkan kamu daripada syurga, melainkan sudah aku larang kamu mendekatinya.”

Hadits Sahih Riwayat Baghawie.

Pastikanlah dahulu apa yang kita amalkan, apa yang kita yakini adalah bertepatan dengan ajaran Islam yang sebenar kerana sesungguhnya setiap apa yang kita lakukan akan dipersoalkan kepada kita di akhirat nanti. Allah telah menggariskan panduan dalam kita beribadah kepadaNya. Maka apakah kita telah benar-benar mengikut panduan yang diberikan?

Firman Allah:Al-Isra’:36 [17:36]:

وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ اِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ اُولَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْؤُولاً

Janganlah engkau turut apa-apa yang tidak ada pengetahuan engkau tentangnya, sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, masing-masingnya akan dipertanggungjawabkan

Dan apabila telah jelas kedudukan sesuatu permasalahan itu dalam syariat Islam, maka berpeganglah dengannya. Wajib ke atas setiap muslim berpegang pada Al-Quran dan hadits yang shahih/hasan. Sekiranya hadits yang shahih/hasan itu berlawanan dengan riwayat yang dhaif, maka riwayat yang shahih itu diamalkan, riwayat yang dhaif itu tertolak. Hanyalah dipakai riwayat yang dhaif itu apabila banyak riwayatnya dan sejalan (membawa maksud yang sama) dan ianya tidak bertentangan dengan riwayat yang shahih. Adapun riwayat yang maudhu’ maka sememangnya tidak dapat dijadikan hujah.

Tunduklah pada ketetapan syara’ walau ianya bertentangan dengan naluri hati/adat masyarakat dan sebagainya. Firman Allah: An-Nisa’ ayat 65 [4:65]:

فَلاَ وَرَبِّكَ لاَ يُؤْمِنُونَ حَتَّى يُحَكِّمُوكَ فِيْمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لاَ يَجِدُوا فِيْ اَنْفُسِهِمْ حَرَجًا مِمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُوا تَسْلِيْمًا

Maka demi Rabbmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikanmu hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap putusan yang kamu berikan dan mereka menerima dengan sepenuhnya,”

Jangan kita bersikap sebagaimana sikap umat terdahulu yang mengutamakan adat atau pengamalan tradisi lalu menolak apa yang telah jelas dari syariat Allah. Firman Allah: Al-Baqarah ayat 170 [2:170]

وَاِذَا قِيْلَ لَهُمُ اتَّبِعُوْا مَا اَنْزَلَ اللهُ قَالُوْا بَلْ نَتَّبِعُ مَا اَلْفَيْنَا عَلَيْهِ أَبَاءَنَا اَوَلَوْ كَانَ أَبَاؤُهُمْ لاَ يَعْقِلُوْنَ شَيْئًا وَلاَ يَهْتَدُوْنَ

“Dan apabila dikatakan kepada mereka : Ikutlah apa yang telah diturunkan Allah, mereka menjawab : (Tidak) tetapi kami hanya mengikut apa yang kami dapati dari nenek moyang kami. Walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun dan tidak mendapat petunjuk.”

Janganlah kita yang menuntut ilmu agama ini tetapi kita bersikap mendahulukan pandangan kita lalu membelakangkan kebenaran yang telah jelas dalam syariat. Kita bimbang kita termasuk dalam golongan yang dicela Allah sebagaimana disebut dalam surah Al-A‘Raaf ayat 179 [7:179]:

وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيْرًا مِنَ الْجِنِّ وَالاِنْسِ لَهُمْ قُلُوْبٌ لاَ يَفْقَهُوْنَ بِهَا وَلَهُمْ اَعْيُنٌ لاَ يُبْصِرُوْنَ بِهَا وَلَهُمْ أَذَانٌ لاَ يَسْمَعُوْنَ بِهَا اُولَئِكَ كَالأَنْعَامِ بَلْ هُمْ اَضَلُّ اُولَئِكَ هُمُ الْغَافِلُوْنَ

“Dan sesungguhnya telah Kami sediakan untuk neraka beberapa banyak dari kaum jin dan manusia, mereka mempunyai hati tetapi tidak digunakan untuk memahami (ayat ayat Allah), mereka mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat (kebenaran) dengannya, mereka mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar (kebenaran) dengannya. Mereka itu seperti binatang malah mereka lebih sesat, adalah mereka itu orang-orang yang lalai”

Renungkanlah hadits ini sebagai pedoman bersama;

عَنِ الْعِرْبَاضِ بْنِ سَارِيَةَ قَالَ وَعَظَنَا رَسُولُ الله ص مَوْعِظَةً وَجِلَتْ مِنْهَا الْقُلُوبُ وَذَرِفَتْ مِنْهَا الْعُيُونُ فَقُلْنَا يَا رسولَ الله كَاَنَّهَا مَوْعِظَةُ مُوَدِّعٍ فَاَوْصِنَا قَالَ اُوصِيكُمْ بِتَقْوَى اللهِ عَزَّ وَجَلَّ وَالسَّمْعِ وَالطَّاعَةِ وَاِنْ تَاَمَّرَ عَلَيْكُمْ عَبْدٌ فَاِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ فَسَيَرَى اخْتِلاَفًا كَثِيْرًا فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِيْ وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِيْنَ الْمَهْدِيِّيْنَ عَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ وَاِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاثِ الاُمُورِ فَاِنَّ كُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ

Daripada Irbadh bin Sarriyah ia berkata: Rasulullah saw memberi nasihat kepada kami yang membuat hati kami bergetar dan berlinangan air mata (kerana terharu). Kami berkata: Ya Rasulullah, seakan-akan ini adalah nasihat perpisahan maka berilah kami wasiat. Maka beliau bersabda: Aku wasiatkan kepada kamu sekalian untuk tetap bertaqwa kepada Allah dan sentiasa mendengar dan taat walau yang memimpin kamu adalah seorang hamba. Maka sesungguhnya barangsiapa yang hidup di kalangan kamu (berumur panjang) nescaya dia akan melihat perselisihan yang banyak, oleh kerana itu kalian wajib berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah khalifah-khalifah Ar-Rasyidin yang diberi petunjuk, gigitlah sunnah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara baru yang diada-adakan (dalam urusan agama) kerana sesungguhnya setiap yang baru/bid’ah itu sesat

Ahmad, Abu Daud, Tirmizi, Ibnu Majah

Sesungguhnya teks ini sekadar satu penulisan yang tidak seberapa, penuh dengan kekurangan. Maka apa-apa yang disampaikan jika ianya bertepatan dengan Al-Quran dan hadits yang shahih maka itulah yang wajib menjadi pengamalan bagi setiap yang beriman. Dan apa-apa yang bertentangan dengan Al-Quran dan hadits yang shahih maka tinggalkanlah, itu adalah dari kekurangan ilmu pengarang. Sabda Rasulullah saw.:

كُلُّ بَنِيْ آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ خَطَّائِيْنَ التَّوَّابُوْنَ

“Setiap anak Adam membuat kesilapan dan sebaik baik orang yang melakukan kesilapan adalah mereka yang bertaubat.”

Riwayat Ahmad dengan darjat hasan

http://akhwat.islamdor.com/vb/showthread.php?t=832

http://www.islamweb.net/ver2/Fatwa/ShowFatwa.php?lang=A&Option=FatwaId&Id=344

tambahan;;

Solat Sunat Taqwiyatul Hafizi

Assalamualaikum

Baru2 ni ana ada terbaca suatu jenis solat yang first time ana dengar…

Barangkali ana jahil …

Tapi aper betul ker ader solat jenis gini…

http://www.muis.gov.sg/tahfiz/index2.html

Mohon penjelasan dan komentar…

Tq

**************

Wa’alaikumussalam.

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr kakashi dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Solat Taqwiyatul Hifzi (تقوية الحفظ) atau Solat menguatkan hafalan diambil dari sebuah hadith yang panjang, dan diantara isi kandungnya ialah dikatakan Rasulullah saw mengajar Ali bin Abi Thalib ra bagaimana untuk melakukan satu solat sunat yang menguatkan hafalan al-Qurannya didada. Hendaklah pada malam Jumaat, bangun pada pertengahan malam, tapi kalau tidak mampu bangun pada awal malam, lakukan solat sebanyak 4 rakaat, dengan membaca al-Fatihah dan surah Yaasin rakaat pertama, al-Fatihah dan HaMim al-Dukhan pada rakaat kedua, al-Fatihan dan Alif Lam Min Tanzil (al-Sajadah) pada rakaat ketiga dan al-Fatihah dan Tabaraka (al-Mulk). Kemudian dikuiti dengan Istigfar dan do’a.

Matan hadith panjang ini boleh didapati di url berikut : http://www.islamweb.net/php/php_arabic/showHadiths.php?BkNo=4&KNo=49&BNo=115 dan saya juga memaparkannya dibawah. Hadith ini di Riwayatkan oleh al-Tirmudzi, katanya :-

هذا حديث حسن غريب لا نعرفه إلا من حديث الوليد بن مسلم . سنن الترمذي مع شرحه التحفة

“hadith ini Hassan Gharib Tidaklah kami ketahui hadith ini melainkan dari al-Walid bin Muslim” – [Sunan al-Tirmidzi].

Ulama’-ulama’ hadith berselisih pendapat mengenai hukum hadith yang dihasankan oleh Tirmudzi. Syiekh Nasyiruddin Al-Albani menyebut bahawa al-Hafiz Ibn Asyaakir telah menukar hukum keatas hadith tanpa menggunakan perkataan hassan. Al-Albani mengatakan bahawa perawi hadith al-Walid bin Muslim juga tidak boleh lari dari penyakit hadith.

Al-Munziri didalam komentarnya terhadap hadith ini mengatakan : (طرق أسانيد هذا الحديث جيدة ،ومتنه غريب جداً) – “Hadith ini sanadnya baik, dan matannya sangat gharib (pelik)”. Ibn al-Jawzi dan Imam Syawkani meletakkan hadith diatas ini sebagai hadith mawidhu’ didalam kitab-kitab mereka.

Al-Zhaabi menyebut didalam biografi, orang yang bernama al-Walid al-Muslim dengan meluasnya, kemudiannya berkata (هذا عندي موضوع)”Ini disisiku Maudhu'”.

Al-Zhahabi juga didalam memperbetulkan hadith al-Hakim berkata : (هذا حديث منكر شاذ ،وقد حيرني والله جودة إسناده) “Hadith ini Mungkar Shaz, dan ini mengkonfusekan ku, demi Allah Sanadnya ada kualiti.”

Syiekh al-Albani didalam komentarnya yang panjang berkenaan dengan hadith ini, memaparkan sebuah hadith lain yang melarang mengkhususkan sesuatu amalan Jumaat semata-mata untuk beribadat :- hadith sahih dari Abu Hurairah ra, bahawa Nabi saw berkata :

لا تختصوا ليلة الجمعة بقيام من بين الليالي ولا تخصوا يوم الجمعة بصيام من بين الأيام إلا أن يكون في صوم يصومه أحدكم

“Janganlah kamu mengkhususkan malam Jumaat dengan berqiam diantara malamnya, dan janganlah mengkhususkan hari Jumaat dengan berpuasa diharinya melainkan kamu memang berpuasa, maka berpuasa salah seseorang dari kamu” – [Hadith riwayat Muslim].

Berkata al-Hafiz Imam al-Nawawi mengenai hadith ini ::

وفي هذا الحديث النهي الصريح عن تخصيص ليلة الجمعة بصلاة من بين الليالي ويومها بصوم كما تقدم وهذا متفق على كراهيته

“Didalam hadith ini jelas larangan khusus dimalam Jumaat melakukan solat dan dihari siangnya berpuasa dan sepakat ulama’ membenci perbuatan ini”

Fatwa dari Markas Fatwa pimpinan Dr Abdullah al-Faqih mengatakan :-

فهذا الحديث الطويل المشتمل على دعاء لحفظ القرآن الكريم، رواه الترمذي والحاكم في المستدرك، وهو حديث موضوع لا يجوز نسبته إلى النبي صلى الله عليه و سلم، ولا يشرع التعبد بما فيه، لا سيما مع تضمنه لصلاة غريبة ليس لها نظير في الصلوات المشروعة الثابتة.

“hadith panjang ini memasukkan do’a untuk menhafal al-Quran al-Karim, diriwayatkan oleh Tirmudzi dan al-Hakim didalam al-Mustradrak, dan ia adalah hadith mawdhu’ (palsu) dan tidak boleh dinisbahkan/kaitkan keatas Nabi saw, dan tidak syara’ beribadat dengannya, khususnya didalam memasukkan satu solat yang pelik jika hendak dibandingkan dengan solat-solat lain yang dibenarkan oleh syara'”

Sebagai kesimpulan mengenai amalan solat yang berdasarkan hadith ini, saya memetik kata-kata Dr Husamuddin bin Musa Afhaanah, Pensyarah Fiqh dan Usul di Universiti Qudus mengatakan :-

ولا يصح العمل بهذا الحديث الموضوع على أساس أنه وارد في فضائل الأعمال ؛لأن الحديث الموضوع لا يعمل به في فضائل الأعمال ولا غيرها، ولا يجوز أن ينسب إلى النبي صلى الله عليه وسلم .

وخلاصة الأمر أن الحديث المذكور لا يصح الاعتماد عليه لأنه موضوع أي مكذوب، وصلاة الحفظ التي وردت فيه صلاة مبتدعة غير مشروعة .انتهى كلام الدكتور حسام الدين.

“Tidak sah beramal dengan hadith maudhu’ ini diatas asas bahawa ini merupakan Fadhaail al-Amal, kerana sesungguhnya hadith mawdhu’ tidak boleh diamalkan sebagai fadhilat dan selainnya, Ia tidak boleh dinisbahkan dengan Nabi saw. Sebagai kesimpulan bahawa Hadith yang disebutkan tidak sah dipegang keatasnya kerana sesungguhnya ia Mawdhu’, iaitu palsu, dan solat al-hafiz merupakan solat yang bid’ah, iaitu tidak syara'”. WA

wassalam

========

Rujukan :

1. Dr Husamuddin bin Musa Afhaanah. هل هناك حديث لتسهيل حفظ القرآن ؟. url : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=99149

2. Markas Fatwa pimpinan Dr Abdullah al-Faqih. حديث “تفلت هذا القرآن من صدري” موضوع . url : http://www.islamweb.net/php/php_arabic/ShowFatwa.php?lang=A&Id=344&Option=FatwaId

Matan hadith :-

حدثنا أحمد بن الحسن حدثنا سليمان بن عبد الرحمن الدمشقي حدثنا الوليد بن مسلم حدثنا بن جريج عن عطاء بن أبي رباح وعكرمة مولى بن عباس عن بن عباس أنه قال : (بينما نحن عند رسول الله صلى الله عليه وسلم إذ جاءه علي بن أبي طالب فقال بأبي أنت وأمي تفلت هذا القرآن من صدري فما أجدني أقدر عليه فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم يا أبا الحسن أفلا أعلمك كلمات ينفعك الله بهن وينفع بهن من علمته ويثبت ما تعلمت في صدرك قال أجل يا رسول الله فعلمني قال إذا كان ليلة الجمعة فإن استطعت أن تقوم في ثلث الليل الآخر فإنها ساعة مشهودة والدعاء فيها مستجاب وقد قال أخي يعقوب لبنيه سوف أستغفر لكم ربي يقول حتى تأتي ليلة الجمعة فإن لم تستطع فقم في وسطها فإن لم تستطع فقم في أولها فصل أربع ركعات تقرأ في الركعة الأولى بفاتحة الكتاب وسورة يس وفي الركعة الثانية بفاتحة الكتاب وحم الدخان وفي الركعة الثالثة بفاتحة الكتاب وألم تنزيل السجدة وفي الركعة الرابعة بفاتحة الكتاب وتبارك المفصل فإذا فرغت من التشهد فاحمد الله وأحسن الثناء على الله وصل علي وأحسن وعلى سائر النبيين وأستغفر للمؤمنين والمؤمنات ولإخوانك الذين سبقوك بالإيمان ثم قل في آخر ذلك اللهم ارحمني بترك المعاصي أبدا ما أبقيتني وارحمني أن أتكلف ما لا يعنيني وارزقني حسن النظر فيما يرضيك عني اللهم بديع السماوات والأرض ذا الجلال والإكرام والعزة التي لا ترام أسألك يا الله يا رحمن بجلالك ونور وجهك أن تلزم قلبي حفظ كتابك كما علمتني وارزقني أن أتلوه على النحو الذي يرضيك عني اللهم بديع السماوات والأرض ذا الجلال والإكرام والعزة التي لا ترام أسألك يا الله يا رحمن بجلالك ونور وجهك أن تنور بكتابك بصري وأن تطلق به لساني وأن تفرج به عن قلبي وأن تشرح به صدري وأن تعمل به بدني لأنه لا يعينني على الحق غيرك ولا يؤتيه إلا أنت ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم يا أبا الحسن فافعل ذلك ثلاث جمع أو خمس أو سبع يجاب بإذن الله والذي بعثني بالحق ما أخطأ مؤمنا قط قال عبد الله بن عباس فوالله ما لبث علي إلا خمسا أو سبعا حتى جاء علي رسول الله صلى الله عليه وسلم في مثل ذلك المجلس فقال يا رسول الله إني كنت فيما خلا لا آخذ إلا أربع آيات أو نحوهن وإذا قرأتهن على نفسي تفلتن وأنا أتعلم اليوم أربعين آية أو نحوها وإذا قرأتها على نفسي فكأنما كتاب الله بين عيني ولقد كنت أسمع الحديث فإذا رددته تفلت وأنا اليوم أسمع الأحاديث فإذا تحدثت بها لم أخرم منها حرفا فقال له رسول الله صلى الله عليه وسلم عند ذلك مؤمن ورب الكعبة يا أبا الحسن قال أبو عيسى هذا حديث حسن غريب لا نعرفه إلا من حديث الوليد بن مسلم).

Subulussalam

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s