Batas kawasan masjid

Salam

di sini saya ada beberapa soalan:

1)kebiasaannya di mesir ini,apabila tia solat jumaat,masjid2 akan menjadi pebuh. tikar2 akar di bentang di luar masjid sehinggakan ada yang terpaksa solat di kawasan kedai kopi atau salon kecantikan. soalan saya,adakah boleh untuk saya solat sunat tahiyatul masjid di luar kawasan masjid walaupun di dalam kedai berhampiran masjid?

2)di mesir ini,terdapat masjid2 salafi dan masjid2 binaan kerajaan.masjid2 salafi kebiasaannya mempunyai rekabentuk yang sama seperti bangunan rumah ataupun terletak pada bawah rumah pangsapuri.adakah terdapat dalil yg mnyuruh masjid2 berbentuk seperti rumah?
jawapan:

1.Pertama sekali, menurut fatwa ulama, masjid yang dikelilingi pagar [spt masjid nabawi], maka hukum yang dikelilingi pagar adalah hukum masjid.

المسجد لغة موضع السجود، وشرعا كل ما أعد ليؤدي فيه المسلمون الصلوات الخمس جماعة،

Maksudnya : “Masjid dari segi bahasa ialah tempat sujud manakala dari segi syarak ialah setiap tempat yang disediakan untuk ditunaikan solat lima waktu secara berjemaah oleh orang Islam di dalamnya”.
[Fatwa Lajnah Daimah 8/216]

Apabila ditanya tentang apakah dia hudud atau sempadan masjid yang diambil kira, maka jawapannya seperti berikut :
“Sempadan masjid yang dibuat untuk orang Islam mengerjakan solat lima waktu berjemaah ialah apa yang dikelilinginya sama ada binaan, kayu, pelepah, buluh atau seumpamanya. Inilah yang diberi hukum masjid seperti larangan wanita haid, nifas, junub dan seumpamanya mendiami masjid. Dan harus bagi orang yg dtg ke masjid, dan orang ramai sehingga sempit lalu ia solat di luar masjid sama ada solat jumaat, fardhu atau sunat, iaitu pada tempat yang berhampiran dengan masjid seperti jalanraya yang bersebelahannya, selama mana ia boleh menjaga solatnya dengan ikut solat Imamnya, kerana hajat kepada perkara sedemikian. Dengan syarat ia tidak berada di hadapan Imam. Tetapi tidak ada baginya hukum masjid”. Wallahualam. [Fatwa Lajnah 8/217]
Maka jelas dari fatwa tersebut, hukumnya adalah bukan hukum masjid.

2. Tiada seni ukuran khusus yg diwajibkan dalam pembinaan masjid. Boleh rujuk fatwa di atas wallahualam.

AAN

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s