عن ابن عباس قال: قالت ميمونة: وضعت لرسول الله صلى الله عليه وسلم ماء يغتسل به، فأفرغ على يديه، فغسلهما مرتين أو ثلاثا، ثم أفرغ بيمينه على شماله، فغسل مذاكيره، ثم دلك يده بالأرض، ثم مضمض واستنشق، ثم غسل وجهه ويديه، وغسل رأسه ثلاثا، ثم أفرغ على جسده، ثم تنحى من مقامه، فغسل قدميه.
Dari Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Maimunah RA berkata: Aku meletakkan air untuk Rasulullah SAW mandi wajib. Baginda SAW menyiram kedua tangannya dan membasuh kedua tangannya dua atau tiga kali. Seterusnya Baginda SAW menyiram air dengan tangan kanannya ke tangan kirinya dan membasuh kemaluannya (dengan menggunakan tangan kiri). Selepas itu, Baginda SAW menyapu tangannya ke tanah, kemudian Baginda SAW memasukkaan air ke dalam hidung dan mulut kemudian mengeluarkannya. Seterusnya Baginda SAW membasuh mukanya dan kedua tangannya dan membasuh kepalanya tiga kali. Selepas itu Baginda SAW menyiram air ke atas tubuhnya, kemudian baginda saw berpindah dari tempat tersebut dan mencuci kedua kakinya. (al-Bukhari)
Di dalam Sahih Muslim (317) disebutkan pula:
ثم أتيته بالمنديل فرده
Kemudian aku (Maimunah RA) memberikan kepada Baginda SAW sapu tangan, lalu Baginda SAW menolaknya.
Ringkasan cara mandi wajib berdasarkan dalil-dalil di atas ialah:
1) Niat. Ini berdasarkan hadis yang popular bahawa setiap amal mestilah dengan niat.
2) Membaca ‘Bismillah’.
3) Mencuci tangan sebanyak tiga kali.
4) Mencuci kemaluan dengan tangan kiri
5) Menggosokkan tangan kiri ke tanah lalu lalu mencucinya. Boleh juga mencuci tangan kiri itu dengan sabun.
6) Berwudhu. Wudhu boleh dilakukan seperti wudhu untuk solat (Sohih Muslim:317) ataupun menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.
7) Menyela-nyela rambut secara merata lalu menyiramnya 3 kali dengan air sepenuh dua telapak tangan. Ini berdasarkan hadis dari Aisyah di dalam sahih al-Bukhari:
ثم يدخل أصابعه في الماء، فيخلل بها أصول شعره، ثم يصب على رأسه ثلاث غرف بيديه
“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian menyela-nyela rambutnya, kemudia menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua tangannya.”
Ketika menyiram kepala hendaklah dimulai dengan bahagian kanan, kemudian, bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah RA di dalam sahih Muslim (318):
. بدأ بشق رأسه الأيمن. ثم الأيسر
Baginda SAW menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudia bahagian kiri.
Bagi wanita yang dalam keadaan junub, diblehkan untuk tidak melepaskan ikatan rambutnya. Ini berdasarkan hadis Ummu Salamah RA.
عن أم سلمة، قالت: قلت: يا رسول الله! إني امرأة أشد ضفر رأسي. فأنقضه لغسل الجنابة؟ قال “لا. إنما يكفيك أن تحثي على رأسك ثلاث حثيات. ثم تفيضين عليك الماء فتطهرين
Dari Ummu Salamah RA, beliau berkata: Aku berkata kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah SAW، sesungguhnya aku perempuan yang suka mengikat rambutku. Perlukah aku membuka ikatan tersebut ketika mandi junub? Jawab Rasulullah SAW: “Tidak, cukuplah bagi kamu dengan dengan menyiramkan air ke atas kepala kamu sebanyak 3 kali dan meratakan air ke seluruh tubuh kamu, dan kamu sudah dikira sudah bersuci. (Sahih Muslim:330)
Akan tetapi jika mandi untuk haidh, maka dianjurkan untuk melepaskan ikatan rambut. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah ra di dalam sahih al-Bukhari di mana beliau kedatangan haidh ketika menunaikan haji. Lalu baginda saw berkata sedemikian:
دعي عمرتك، وانقضي رأسك، وامتشطي
“Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu”
8) Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.
عن عائشة؛ قالت: إن كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يحب التيمن في شأنه كله. في نعليه، وترجله، وطهوره
Dari ‘Aisyah RA: Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasutr, ketika bersikat dan ketika bersuci. (Sahih Muslim:268)
9) Meratakan air ke seluruh tubuh. Kita mestilah semua lipatan tubuh seperti ketiak dan lain-lain. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah (Sunan Abi Daud:243, di nilai sahih oleh al-Albani)
10) Beralih dari tempat mandi dan membasuh kaki.
Wallahu’alam.
Rujukan:
طهور المسلم في ضوء الكتاب و السنة مفهوم و فضائل وآداب و احكام
Terjemahan Indonesia bertajuk: Thaharah Nabi, tuntunan bersuci lengkap oleh Said bin Ali bin Wahf al-Qahtani
What Every Muslim Must Know about Purification by Abdul Rahman Abdul Karim Al-Sheha
I’m Putra. sir, I want to ask to you.
Apakah kita shalat boleh tidak berwudu setelah kita mandi wajib?
I hope, don’t be slow for you give to answer.
salam ustad
sy nak tanya,pasal sembahyang,klo pkaiyan kita contoh terkena minyak ke,kotor,tp bkn najis,bole ke kita truskan smbahyang,adakah sah?
satu lg masak kt sek dlu,ustad kt sek ckp sembahyang tu wajib dlm apajua keadaan,wlupun dlm keadaan darurat sekali,then wlupun susah mcm mna skali termasuk tkde pakaian(bogel),kita kna smbahyg jga.tp bila sy pk blik bkn ke syrt sah sembahyang wajib tutup aurat? sy confius la ngn ustad kt sek dlu tu.
salam ustaz..saya ingin bertanya,apakah doa yang perlu dilafazkan sebelum memulakan mandi wajib.. walawpun ia tidak wajib boleh nyatakan doa tersebut dalam jawi..
adakah wajib mencangkung ketika mandi wajib
sah tk kalau mandi wajib tanpa mengambil wudhuk?
askum ustaz. saya budak tingkatan 3. saya nak tanya? saya mimpi basah untuk kali kedua dan ia berlaku di bulan puasa. soalan saya adakah sah puasa saya walaupun mimpi basah?
salam..
ustaz, saya pernah terbaca satu tulisan yang mengatakan orang yang mandi dalam keadaan berbogel
adalah dilaknat oleh ALLAH SWT. Adakah benar perkara ini ustaz?
Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.
Tidak benar, jika mandi berbogel di khalayak ramai memang sudah pasti tidak boleh.
Wallahua’lam.
salam, sy seorg pelajar,
bolehkah sekiranya sy copy mana2 sahaja kandungan blog ustaz samada utk sy gunakan sebagai panduan @ rujukan, bg kawan, dan digunakan sebagai sumber assignment sy (minta izin).
Assalamualaikum wbt..
ustaz saya ingin bertanya..
kalau kita mandi wajib..!!
adakah sah bila kite mandi tanpa memakai ape2 pon..adakah sah.!
saya biasa mandey memakai seluar pendek adakah sah.???
ustz..ada ape2 hukum sekiranya kita memotong kuku,rambut atau sebagainya dalam keadaan berhadas besar sebelum mandi wajib??
apakah sah mandi wajib hanya dengan berniat dan mandi dengan membasah seluruh tubuh saja? tanpa mengikuti urutan mandi wajib diatas?
terima kasih.
Salam ustaz,
Soalan saya :
1) Bagaimana cara-cara hendak mandi wajib dengan rambut yang telah dipotong secara tak sengaja
(lupa bahawa uzur pada waktu tersebut) .Sekian terima kasih.
Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.
Mandi sahaja seperti yan diterangkan di atas. Usah dirisaukan tentang rambut yang telah terpotong, tiada dalil melarang memotong ketika uzur, dan tiada dalil menyuruh memandikan rambut yang telah dipotong.
Wallahua’lam.
Assalamualaikum,
Saya dulu pernah belajar kaedah mandi junub. Munurut apa yang saya pelajari, kita tidak dibenar menggunakan sabun mahupun syampu disebabkan air yang diguna adalah bukan air yang mengalir tetapi air musta’mal. Jika kita hendak menggunakan sabun mahupun syampu, kita perlu menyudahkan mandi wajib terlebih dahulu dan kemudian menyambung mandi biasa. Apakah betul kefahaman tersebut? Kerjasama ustaz sangat dihargai. T.kasih.
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Isu air musta’mal boleh di baca di sini
https://soaljawab.wordpress.com/2007/07/05/isu-air-mustamal/
Wallahua’lam.
assalamualaikum
saya nak tanya
rumah sewa saya tiada menyediakan shower, jadi mandi dgn air tadah di baldi. Tandas pun tak lah luas sangat.
Persoalan saya klu saya tadah air di baldi dan percikan air(yg terkena badan) masuk ke dalam baldi, air dalam baldi tu masih boleh digunakan untuk mandi wajib??
Agak mustahil(teramat susah) utk saya mengelak daripada air percikan tidak masuk kembali ke dlm baldi.
Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.
Saudara boleh baca huraian lanjut di link ini
https://soaljawab.wordpress.com/2007/07/05/isu-air-mustamal/
Kesimpulan daripada huraian tersebut, tiada masalah untuk saudara bersuci sama ada wudhu atau mandi wajib dengan air yang telah dimasuki percikan air yang telah digunakan kerana ia masih suci.
Wallahua’lam.
Assalamualaikum ustaz..
sekiranya ada rambut/kuku yg gugur/dipotong semasa sedang berhadas besar, perlukah ia dikutip dan dibasuh?
wassalam
Assalamualaikum ustaz…
Saya nak bertanya sedikit mengenai niat, ketika saya melangkah masuk kedalam bilik air, saya sudah bercadang/berniat untuk mandi hadas besar TETAPI malangnya setelah selesai melakukan kerja lain seperti mengosok gigi dan bercukur, saya terus mandi dan terlupa untuk lafaz niat hadas besar sehinggalah selesai dan bersedia untuk ketempat kerja.
soalannya adakah saya telah di kira melakukan mandi wajib? kerana terlupa untuk lafaz niat.
Terima kasih dan saya benar-benar memerlukan jawapan dari ustaz kerana ianya kerap terjadi kebelakangan ini sehingga saya terpaksa meminta isteri untuk mengingatkan saya.
(1)ana nak tnye skit ustaz,bolehkah kite mndi wjib menggunakan shower.
ana konfius pasal nie.
(2)bagaimana kalau mandi wajib tidak mengikut urutan..adakah ia sah??
salam…
sy nk tanye…
adakah sah mandi wajib itu kalau saya tlah pon mandi biasa terlebih dahulu sebelum mandi wajib?
Asslammualikum Ustaz..saya nak tanya.bagaimana bila kita lepas mandi wajib yang kita yakin bersih..tetapi andaikata lepas setengah hari atau beberapa jam berlalu tiba2 ada mcm tahi telinga yang berada di cuping telinga..atau tahi mata ya keluar..adakah sah mandi kita jika ada tertinggal najis tersebut?
Assalamulaikum, ustaz saya dalam kebingungan ini tentang persoalan mandi haid..
saya bingung bolehkah kita mandi biasa dulu n then baru mandi hadas?
saya pernah terbaca kat buku mandi hadas besar, air pertama yang mencurah keatas badan adalah air mandi hadas besar, bagaimanakah sekiranya saya mandi biasa duluan n then mandi hadas besar?
ustaz, ini yang membingungkan saya? kadangkala saya tak berapa yakin dengan niat dan mandi hadas saya.. bantui saya ustaz..
saya ingin bertanya:
1) Semasa meratakan air ke seluruh badan ketika mandi wajib dan meratakan air ke kemaluan sama ada dubur mahupun zakar, adakah batal wuduk?
2) saya ada menonton video di youtube bertajuk mandi junub Rasullulah S.A.W. Ustaz di dalam video berkenaan telah mengatakan bahwa tanpa wuduk tidak sah mandi wajibnya berdasarkan hadis2. adakah benar?
Assalamualikum Ustaz..
saya ad kemuskilan..
1-adakah perlu untuk seseorang mandi hadas besar sekiranya keluar air mazi sahaja?
2-seseorang wanita yang dalam pantang selepas melahirkan anak, boleh kah di potong kuku atau rambut kerana belum habis nifas dan belum mandi hadas?
adakah selepas mandi wajib ada doa??
adakah patut dibaca??
Hurmm..Saya ingin bertanya..Jika kita mewarnakan rambut dgan menggunakan REVELON..Ada chop halal..Dan Apabila kita melakukan onani..Bagaimana hendak mandi wajib?? Adakah sah mandi wajib kita??
Dan Bagaimana hendak membuang tabiat onani ni?? Boleh bantu??
Ustaz..
Saya ingin bertanya lagi..
Hurrmm..
Semasa mandi wajib apabila kita terpegang atau sengaja pegang kemaluan kita..adakah mandi wajib kita sah??
Asslammualikum Ustaz…saya nak bertaya …boleh ke kita berwuduk dalam keadaan kita tidak berpakaian(berbogel).
ustaz..saya mahu tanya..macam mana kalau kita melambatkan mandi wajib kira-kira dalam seminggu atau 2minggu apakah hukumnya?
.
Assalamualaikum Ustaz, bolehkah mandi wajib diikuti mandi biasa iaitu memakai syampu dan sabun pada badan?
Assalamualaikum Ustaz, bolehkah seorang lelaki memotong kuku, rambut dan sebagainya ketika dalam hadas besar?
.
Assalamualaikum Ustaz
sah ke kalau kita mandi wajib pukul 2 petang atau selain waktu sebelum subuh .
Assalamualaikum ustaz…
Adakah sah jika kite mandi wajib dengan cume berniat dan mandi menggunakan shower…
tetapi air dari shower itu kita ratakan ke seluruh badan…
adakah sah jika mandi wajib dengan cara begitu??
.
ustad … kawan saya ingin bertanya…..
adakah betul jika kita melancap ataupun menyentuh kemaluan kita dan air mani keluar tetapi sebelum ini kita belum bermimpi ..?
.
salam..uztaz saya nak bertanya..saya bekerja disekolah pedalaman ada bercampur guru bukan muslim.semua guru/kakitangan makan didewan makan.ada seorang guru bukan muslim masak ayam bercampur dengan arak.saya masuk dalam dewan makan, saya makam ayam tersebut, saya tidak tahu ayam tersebut bercampur arak.guru tersebut memberitahu ayam tersebut dicampur dengan arak.adakah saya berdosa?
utaz..mengenai solat sunat taubat.berapa kali kita baca surah al-kafirun dalam solat sunat taubat?saya ada baca buku solat bacaan surah al-kafirun dalam solat sunat 13 kali, adakah kita wajib baca surah al-kafirun 13 kali?
.
Salam ustaz..
boleh tak kalau kita mandi wajib dengan air sungai atau air kolam renang?
ustaz,adakah sah solat seorang gadis jika dia tidak mandi wajib?
salam ustaz,
saya dibesarkan jauh dari keluarga dan banyak perkara saya ketahui dan perolehi dari teman. Namun saya ingin mendapat kepastian dari ustaz tentang doa untuk mandi nifas, junub dan haid.
saya malu untuk bertanya dgn ustaz atau ustazah secara terbuka jadi harap saya dapat doa2 tersebut melalui halaman ini.
Salam ustaz,
Jika suami isteri melakukan jimak selepas azan subuh yakni sebelum matahari terbit, adakah sah puasa mereka pada hari tersebut.
Mohon penjelasan ustaz. Terima kasih.
Assalamualaikum,
ustaz klu mandi wajib menggunakan (shower) sah x??
assalmmualaikum
utz,benarkah jika mandi wajib kite tidak boleh bersentuhan dgn kemaluan atau hanye boleh menggunakan belakang tapak tangan dan jika menggunakan tapak tangan atau jari maka tidak sah mandi wajib itu.
terima kasih.
ustaz…. sah ke mandi wajib kalo masa dia tengah mandi wajib beserta niat tiba2 dia terkentut…… perlu ke dia ulang balik semula??
assalamualaikum…
ustaz,apakah hukum mandi wajib tanpa membasuh rambut?adakah sah?
ini kerana saya br sahaja menjalani treatment d salon dan syaratnya ialah rambut tidak blh basah selama 1 minggu. masa saya melakukan treatment itu, sy dlm hadas bsr dan skrg hadas sudah habis cuma mgikut syarat treatment masih tidak dpt basahkan rambut.
terima kasih.
Assalamualaikum wbt.
saya ingin bertanya,kalau selepas mandi wajib, badan saya terkena sisa air mani yg masih basah di atas katil,apakah hukumnya?adakah saya perlu mandi wajib semula?
aslm bersetubuh dimalam hari…….dan bersahur tapi belum mandi wajib……disiang hari sebelum masuk waktu zohor baru mandi wajib……….adakah sah puasa mereka
salam..utz boleh x ajar sy tentang solat jemaah..bacaan-bacaan yg makmum sepatutnya baca dan lakukan..
Assalamualaikum…
Ustaz…adakah sah jika kita mandi wajib @ berwudhuk di dalam tandas kerana sudah tiada pilihan lain sebab bilik khas untuk mandi tidak ada.
salam,
sahkan puasa seseorang yang melewatkan mandi wajib
iaitu mandi selepas terbit matahari (jimak atau keluar mani pada malam sebelumnya)
terima kasih
Salam ustz,sy nk tanya:
1-apa hkum nya mlancap ketika berpuasa iaitu slepas subuh,sblum trbit fajar.
2-boleh ka kta mandi siang ktika berpuasa? Sy harap ustz dpt bntu,tq
Waalaikumussalam wbt.
asalammualaikum, wr wb
sya mw bertanya,, apa kh haram hukumnya bila kita melakukan suatu pekerjaan sebelum mandi junub??? misalnya menyiapkan makanan untuk keluarga atau pun keluar rumah sebelum mandi junub setelah bercampur dg suami…
walaikumsalam, wr wb
Assalamu’alaikum ustaz….
Saya ada dua soalan berkenaan topik yang dibincangkan.
1) Berkenaan sunnah sebenar Rasul SAW mandi junub. Beliau mengambil wudhu’ terlebih dahulu sebelum mandi junub atau ketika mandi junub?Sekiranya ada hadis sohih berkenaan baginda berwudhu’ terlebih dahulu atau ketika beliau mandi junub, boleh tak ustaz berikannya di sini.
2) Apakah hukum mengambil wudhu’ tanpa memakai kain basahan(berbogel) sebelum@ketika mandi junub?
Terima kasih. Wallahua’lam…
Waalaikumussalam wbt.
1) Silakan membaca kembali topik ini.
2) Tidak ada masalah mandi atau berwudhu dalam keadaan berbogel jika diyakini tiada orang melihat atau mengintai.
Wallahua’lam.
knp cra mandi wajib di atas berbeza dgn cara sy belajar ms sekolah dulu??
ms ustzah sy ajar dulu mmg terasa mandi wajib sgt rumit,(perlu hafal niat,kn duduk mencangkung,
mandi sebelah kanan 3x kiri 3x baru kepala dan kebwh 3x.
tapak tgn pula x buleh sentuh kmaluan)kalau x buleh sentuh,mcm mne kt nk bersihkan kemaluan kite…?
Assalamualaikum.
Saya Nak Bertanya Pada Ustadz. Apa Perbezaan Antara Mandi Wajib dan Mandi Junub?
Saya Cari Pelbagai Web. Tatacara Mandi Junub Berbeza Dari Mandi Wajib. Perlukah Saya Buat Kedua – dua Kalau Saya Bersetubuh?
aslm ustad.
saya mahu tanya,kalau kite lambat mandi wajib.adakah itu dosa besar?
asalamuailaikum,
saya nk tnye sy takut salah selama sy mandi wajib, junuh dan haid??
1-niat madi wajib,junud dan haid dgn betul..? sebab bile tnye org lain semua lain2 niat…
saya konfius…
terima kasih…
Assalamualaikum,
Saya nak tanya adakah kita wajib memotong kuku sebelum mandi junub bagi tujuan meratakan air ke seluruh badan?
Jawapan daripada ustaz, saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
salam.ustaz saya inginn brtanya dalam kita uzur,bolehkah kita memotong kuku?
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…. sy penah terdengar jika lambat mandi wajib kerana disengaja2kan dan terus berjalan2 maka tanah yg kita pijak akan melaknat kita
assalamualaikum..ustaz..
sy ingin bertanya..jika menonton video lucah akan menyababkan air mani keluar..
adakah perlu mandi wajib seperti mandi wajib keluar haid?
sy perlukan kepastian.?
Salam Ustaz,
Lama saya cuba mencari jawapan yang jelas tentang cara menyucikan tuala wanita yang dipakai oleh wanita yang sedang haid. Adakah benar terdapat dalil yang menyatakan bahawa tuala wanita pakai buang perlu dicuci kerana sifatnya sebahagian dari tubuh/ sebagai darah yang keluar akan menuntut haknya di akhirat kelak selain dari makanan jin/ syaitan?
Selama ini saya diajar untuk tidak membasuh tuala wanita yang telah dipakai berdasarkan kepada aspek-aspek berikut:
a) faktor kesihatan – darah yang dibasuh di simen di bilik air akan lebih menyebabkan rebakan penyakit bawaan darah. Tuala wanita yang akan dibuang selepas itu, akan berada dalam keadaan lembap menjadi medium utama pembiakan segala kuman.
b) faktor kesucian – tuala wanita pakai buang biasanya di buang (kecuali kalau ada segelintir yang memakainya semula). Hal ini berbeza bagi wanita di zaman dahulu yang memakai kain yang memerlukan ianya dibasuh.
c) Faktor kebersihan – bayangkan darah berselerak di atas lantai bilik air, tambahan pula jika di tandas tempat kerja/ di tandas awam hanya kerana tuala wanita ini dibasuh. Dan potensi untuk ia terjatuh ke dalam lubang tandas adalah tinggi dan akan menyumbat sistem pembentungan.
Pada masa kini, di tempat awam terdapat sistem pembuangan tuala wanita yang bersesuaian dan khas. Di rumah juga, tuala wanita biasanya dibungkus dengan rapi dan dibuang bersama2 sampah lain juga oleh sistem pengangkutan sampah yang teratur. Ia tidak lagi dibuang sewenang2nya di dalam sungai, di belakang semak atau di belakang rumah.
Jadi, jika tuala wanita sebenarnya menjadi kewajipan untuk dibasuh (jika benar terdapat hukum sedemikian), saya akan merubah cara saya yang salah selama ini. Tetapi jika tiada hukum atau perkara berkaitannya tidak jelas, saya berpendapat bahawa adalah lebih baik baginya tidak dibasuh kerana sifat darah yang tidak bercampur air akan kering sendiri dan dengan syarat ia dibalut dengan rapi dan dibuang di tempat yang betul.
Waallahua’alam.
Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.
Islam tidak menggariskan bagaimana mahu menguruskan tuala wanita. Terpulang kepada saudari bagaimana mahu menguruskannya asalkan ia tidak memudharatkan kesihatan, kebersihan dan sebagainya.
Wallahua’lam.
Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.
ustaz. saya ingin bertanya 2 soalan
1. adakah sah jika kita terbuang air kecil semasa kita tngah mandi wajib?
2. macam mana hendak tahu mandi wajib kita itu sah atau tidak..?
salam ustaz,
Jika kita menangguhkan mandi wajib dalam beberapa hari adakah itu dosa besar ustaz dan kita sembahyang
Waalaikumussalam wbt.
Jika mandi wajib ditangguhkan bagaimana saudara solat. Solat saudara tidak sah jika ia dilakukan pun, bahkan saudara berdosa besar.
Wallahua’lam.
ASSALAMUALAIKUM USTAZ… SY INGIN BERTANYA KEPADA USTAZ
CUBA USTAZ TERANGKAN CARA MANDI WAJIB DI SUNGAI ATAU DI LAUT, SEKIRANYA KITE MASUK KEDALAM HUTAN.? UNTUK BEBERAPA HARI TERUTAMANYA UNTUK WARGA ATM YANG TERPAKSA BERMALAM DI DALAM HUTAN BERMINGGU MINGGU.. TOLONG LAH USTAZ SAYA BETUL BETUL INGIN TAHU,
Alhamdulillah…..banyak yang saya tahu dan pelajari melalui laman ini. Rupanya mandi hadas itu tidaklah sesusah yang kita belajar kat sekolah dulu….
salam ustaz,
saya ingin bertanya,sblum mandi wajib..boleh kah kita memotong kuku atau mencukur bulu ari-ari???
ASSALAMUALAIKUM USTAZ. saya baru balik operation di bahagian kaki, dan di balut dengan bandage, doktor nasehatan supaya bandagenya jangan sampai kena ayer.Ustaz bagaimana caranya saya hendak mengambil wudhu dan mandi hadas .
saya imran nak bertanya..
ada sesetengah web lain mandi wajid nya… tp web ini lain mandi wajib nya..
mana satu yang betul ?
a,kum….ustaz sy nak tanya,semasa mandi wajib,perlukah kita mengh
adap kiblat..!!!
Assalamualaikum wbt,ustaz saya nk tanya kalau mandi wajib dalam keadaan bogel adakah mandi wajib itu sah?
salam ustadz,sy ingin tanya ustadz,kerna sy sedang kebingungan ini…saya hrap sngat supaya ustadz dpt m’jwab nya…
1)Bila sy melihat filem2 di tv,yg d’lakon kan dgn ke’ghairahan…Dan ketika mlihat itu,dikemaluan sy ada t’keluar sperti “lendir”,yg b’warna putih…p’tanyaan sy,apakah itu?Dan,perlukah mandi wajib?
2)cikgu di skolah sy dan rakan2 sy di skolah juga,b’kata “TIDAK boleh m’motong kuku ketika haid”..Dan sy m’gikut kata2 mreka,smpai kdang2 shingga pnjang kuku sy ini,dan sy merasa geli bila nk makan m’ggunakan tngan…jd,BETUL kah apa ya ckgu/rkan2 sy kata???
Assalamualaikum Ustaz,
Jika kita mandi wajib dan menggunakan tangan tanpa berlapik untuk meratakan air ke seluruh badan ianya tidak sah kerana terbatal hadas besar…..boleh ustaz ulaskan lebih lanjut…
@Gadis Kebingungan
Itu adalah air mazi.
Ianya najis dan tak perlu mandi wajib.
assalamualaikum ustaz….
ustaz sy ingin bertanya, adakah perlu kita mandi wajib sekiranya kita tertelan air mani suami kita?
Assalamu’alaikum ustaz..
nk tanye ni..ape hukumnye bercakap2 ketika mandi wajib ataupun berwudhuk? adakah sah mandi wajib dan wudhuk itu? sbb kdg2 tgh mandi wajib tu sy terfikirkan sesuatu dan bercakap2 seorang diri..
jazakallah…
Asslammualikum Ustaz..saya nak tanya.bagaimana lepas mandi wajib yang kita yakin bersih..tetapi andaikata lepas setengah hari atau beberapa jam berlalu tiba2 terasa was2 samada jika ada tahi mata semasa melakukan mandi wajib dan terlupa dibersihkan atau tahi mata yang keluar selepas mandi wajibse..adakah sah mandi kita jika ada tertinggal najis tersebut selepas mandi wajib?
sekian terima kasih
salam…btl ke mndi wajib xleh guna shower n shampoo?
Assalammualaikum w.b.t , ustaz setahu saya hanya lelaki yg blh mengeluarkn air mani dan perempuan hnya air mazi shja. Apabila keluar air mazi kita tidak perlu mndi wajib kn? jadi apabila seseorg perempuan itu klimaks adakh dia perlu mndi wajib?sy agak musykil
Assalamualaikum ,
Bolehkah kita mandi wajib kerana was-was terkeluar air mani ataupun tidak ?
salam ustaz sye nk tnye sekiranye jika kitew mandi wajib tanpa niat sah kew ustaz terima kasih…
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
saya ingin bertanya:
1. didalam tata cara mandi wajib, terdapat “berwudlu sebagaimana wudlu untuk sholat”.
apakah harus berniat(niat) wudlu?? apakah bacaan nya? apakah sama seperti wudlu untuk sholat atau bagaimana?
2. apakah kita boleh mandi sebagaimana mandi biasa nya(memcuci muka,badan,dll menggunakan sabun) setelah urutan “berwudlu” dalam mandi wajib…
sebelum nya saya ucapkan terima kasih,
Wassalamu ‘alaikum Warohmatullahi Wabarokatuh…….
emm ustaz..saya nk tanya..walaupun bukan pasal mandi wajib..saya agak konfius dengan lafaz niat untuk solat jamak n qasar sekiranya kita bermusafir..apa yang kita perlu baca niat untuk solat zohor dan asar sekiranya kita hendak sembahyang asar dlam waktu zohor dan sebaliknya..begitu juga niat solat maghrib dn isa sekiranya ingin di qasarkan..
salam…
sye nk tnye..
kwn sye ckp kte bleh bermandi wjib hanya dgn berniat dn hanya meratakn air di seluruh bdn sje…
tanpa berwhudu’ , dn turutan yg lain..??
Assalamualaikum Ustaz,
Kemusykilan saya tentang mandi wajib ini hanyalah tentang niat. Ustaz menyatakan niat hadir secara automatik semasa hendak mandi wajib. Tetapi apa yg saya pelajari sebelum ini di sekolah, niat mandi wajib adalah “Sahaja aku mandi wajib fardhu atasku kerana Allah Taala”… Adakah saya perlu lintaskan kesemua perkataan tersebut ketika hendak mandi wajib? Bolehkah saya hanya berniat, “Aku mandi wajib kerana Allah”? Sbb niat ini agak panjang dan saya merasa seolah2 saya melafaz di dalam hati dan bukannya menghadirkan niat di dlm hati…Ini menyebabkan saya selalu berasa was-was dan tidak yakin dgn mandi wajib saya sehingga menjejaskan ibadah2 yg lain.
Persoalan kedua pula, sebelum ini saya belajar, kita perlu berniat semasa air pertama yg mengenai anggota badan. Tp bolehkah kita berniat sebelum itu lg, contohnya ketika melangkah masuk ke bilik air?
Tolonglah ustaz menjawab persoalan ini kerana saya selalu bingung mengenai NIAT ini.
Assalamualaikum wbt.
saya ingin bertanya berkenaan selepas mandi wajib, 1/2 kemudian di sedari adakan sisa makanan di dalam mulut…sebelum mandi saya sudah memberus gigi n tgh mandi wajib pun saya berkumur sebetul-betulnya….adakah sah mandi saya ini…
Bagaimana cara mandi wajib di sungai,pantai @ tasik? Adakah perlu mengambil wudhuk dahulu?
Assalamualaikum ustaz..
pertanyaan saya ialah….adakah sah mandi wajib saya kerana apabila saya selesai mandi wajib,
saya mendapati ada daki di kaki saya..
perlukan jawapan segera…
as.salam ustaz
saya ingin bertanya, kebiasaannya bila kita mandi wajib di mulai dengan siram air di kepala diserta kan dgn niat,tp jika saya ingin mulai dengan siram air di badan iaitu di bahu sebelah kanan adakah sah mandi wajib sy tu?mohon sgt2 jwapn secpt mgkin…terima kasih ustaz.
asalamualaikum…..
ustaz, saye nk tnye, klau tersalah buat, sah x mndi wajib kita….
Assalamualaikum wr wb ..
Ustad , saya mau tanya ..
Apakah sah mandi wajib kita , jika pada saat di pertengahan mandi kita buang angin ?