Senarai asnaf Zakat

Soalan:

Assalamualaikum ustaz, persoalan saya, seseorang telah memberi zakat kepasa saya dan saya terima zakat tersebut, layakkah saya terima zakat tersebut, jika tidak layak bagaimana caranya.

Jawapan:

Allah SWT telah menjelaskan golongan yang layak menerima zakat seperti firmanNYA di dalam al-Quran, surah al-Taubah ayat 60:

Maksudnya: “Hanyasanya al-Sodaqaat (zakat) ituadalah untuk orang-orang yang fakir, miskin, amil-amil yang menguruskannya, muallaf yang dijinakkan hatinya, untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan diri, orang-orang yang berhutang, untuk sabilillah, iaitu sebagai satu ketetapan daripada Allah. Dan ingatlah Allah maha mengetahui, lagi maha bijaksana.”

Penjelasan ringkas setiap golongan di atas:

1. Fakir: orang yang tidak ada harta yang cukup untuk memenuhi keperluan makanan, pakaian dan tempat tinggal. Seperti orang yang memerlukan sepuluh ringgit tetapi dia hanya memiliki 3 ringgit sahaja.

2. Miskin: Orang yang hanya memiliki sesuatu untuk keperluan dirinya akan tetapi ianya tidak mencukupi, seperti seorang yang memerlukan 10 ringgit tetapi dia hanya memiliki 8 ringgit sahaja.

3. Amil-Amil yang menguruskannya: iaitulah pegawai-pegawai yang membantu pemerintah mengutip dan mengagihkan zakat.

4. Muallaf yang dijinakkan hatinya: Mereka orang yang baharu memeluk islam yang dijangka dengan memberikan zakat kepada mereka akan menguatkan lagi islam mereka.

5. Hamba-hamba yang hendak memerdekakan diri: iaitu hamba mukatab (المكاتب) yang telah berakad dengan tuan yang memeliki mereka untuk membayar secara ansuran. Dia menjadi merdeka apabila selesai melangsaikan bayaran tersebut. Maka zakat diberi kepada golongan hamba ini apabila mereka tidak mampu menjelaskan ansuran tersebut.

6. Orang-orang yang berhutang: Akan dijelaskan pada jawapan berikutnya.

7. Orang-orang yang berada pada fisabilillah: Akan dijelaskan pada jawapan berikutnya.

8. Ibnu Sabil: Orang yang terputus bekalan dalam musafir yang diharuskan. Inilah 8 golongan yang berhak menerima zakat. Jika saudara termasuk di dalam salah satu golongan di atas maka saudara layak menerima zakat, jika tidak serahkanlah zakat tersebut kepada golongan yang layak. (Sila rujuk al-Fiqh al-Manhaji. Jld 1, ms 320-322)

Wallahu a’lam.
binsahak

Advertisements

2 thoughts on “Senarai asnaf Zakat

  1. Assalamualiakum,
    Bab asnaf zakat.
    Saya ingin memberi sendiri kpd asnaf2 zakat.

    Soalan2:

    1. perlukah atau wajibkah saya memberi kpd semua 8 asnaf sama rata?

    2. bolehkah saya beri hanya kpd beberapa asnaf sahaja?

    3. jika saya beri kpd semua 8 x asnaf, bolehkah saya lebihkan beberapa asnaf, dan bakinya kpd asnaf2 yg lain?

    Mohon penjelasan.

    wassalam/Ariffin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s