Apakah kata pisah mempunyai makna yang sama dengan kata talak. Bolehkah
seorang suami mengatakan itu tapi tak berniat mentalak. Mohon pencerahannya.
Trimakasih banyak
> wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh
jawapan:
Ada banyak hal yang perlu diperhatikan, diantaranya
1. Hak perceraian itu diberikan Allah kepada suami bukan kepada isteri
2. Dua bentuk lafazh untuk mengungkapkan cerai
a. Lafazh shorih / tegas / jelas
Adalah sebuah kalimat yang kalau diucapkan itu pasti untuk sebuah perceraian
rumah tangga.
Contoh : lafazh talak, cerai
Cerai dengan lafazh shorih tidak memerlukan niat, yang penting diucapkan. Niat
menceraikan atau tanpa niat menceraikan, main – main, maka tetap jatuh talak satu.
“Ada 3 perkara yang kalau dibuat bersungguh-sungguh, jadinya bersungguh-sungguh,
dan kalau dibuat main – main jadinya bersungguh-sungguh, iaitu : nikah, cerai,
dan rujuk”. (HR. Tirmidzi)
Ini kalau diucapkan dengan lafazh yang shorih. Maka dari itu bagi seorang
suami berhati-hati dalam hal ini.
b. Lafazh kinayah / sindiran
Adalah sebuah lafazh yang kalau diucapkan boleh bererti cerai tetapi boleh juga bererti bukan cerai (yang lain)
Contoh : lafazh “Pulang saja ke rumah orang tuamu”; lafazh “kita pisah saja”
Lafazh kinayah tergantung niatnya. Kalau niatnya cerai maka jatuh talak,
kalau niatnya tidak cerai maka tidak jatuh talak
3. Cerai itu dimiliki oleh si suami tiga kali.
4. Jatuhnya talak tidak semestinya dihadapan istri. Yang penting keluar dari
lisan adapun jika ia hanya terlintas di dalam hati, tidak jatuh talak.
Kadang-kala para pemuda yang baru menikah bermain-main dengan lafazh cerai
ini. Ketika pemuda tersebut kembali ke kawan kawannya dengan tanpa istrinya,
maka teman temannya bertanya, “sendirian, di mana istrimu”. Kemudian
pemuda itu berkata dengan maksud main-main, “sudah saya ceraikan”.
Maka pemuda tersebut telah menjatuhkan talak 1 kepada isterinya, meskipun dia
cuma bermain-main. Maka berhati-hatilah para suami dengan lafazh ini
http://groups.yahoo.com/group/assunnah/message/23505
talak dalam keadaan marah
Talak jatuh dgn dua jalan:
1) lafaz sarih (jelas dan nyata) yg tidak perlu niat.
Contoh: “Minah, mulai sa’at ini aku talakkan engkau dgn talak satu.” Atau “Minah, engkau telah aku ceraikan.”
2) lafaz kinayah atau sindiran memerlukan niat.
Contoh: ” keluar engkau dari rumah ini”; ” engkau tidak ada apa-apa hubungan lagi dengan aku.” “buat sementara waktu lebih baik kita berpisah saja.”
Berbalik kepada soal hukum lafaz talaq yg diucapkan dlm keadaan marah yg bersangatan, maka kita akan menghuraikan dari pelbagai sudut:
Mengikut jumhurul Ulama'(termasuk Syafi’iyah): lafaz talak yang diucapkan secara sarih (jelas) spt di atas (aku ceraikan dikau) dalam semua keadaan (termasuk ketika marah)di mana akal masih waras dan ia sedar apa yg diucapkan, maka lafaz itu sah. Jika lafaz talaq itu diucap dalam kemarahan tapi ia masih sedar apa yg diucapkan, maka jatuhlah Talaqnya. (Prof Dr H Mahmud Yunus, Perkahwinan dlm Islam menurut 4 Madzhab, Jakarta)
Ulasan Para Pentahqeeq: kita memilih Imam Ibn Qayyim al-Jauziah (Ighatsah alLahafan:14), di mana Imam Ibn Qayyim memecahkan isu marah (ketika talaq) kepada tiga kategori:
a. Kemarahan yg biasa yg mana ia langsung tidak merubah akal dan ia sedar sepenuhnya kepada setiap patah perkataan yg diucapkannya, maka talaq jatuh tanpa khilaf lagi.
b. Kemarahan yg sederhana yang belum sampai kepuncak, yang mana akal antara masih dikawal atau dikuasai oleh nafsu ammarah, dari dalil-dalil syara’, Talak dalam keadaan ini juga tidak sah.
c. Marah yg maksima yg boleh menghilangkan akal dan pertimbangan manusia, maka ia bertepatan dgn pendapat jumhur, talak yg dilafazkan dlm situasi begini tidak sah.
Dalil: untuk b dan c ialah: HR Abu Daud, Ibn Majah dan alHakim (sahih menurut syurut Muslim) dari Aisyah ra:” Tiada talaq dan tiada cerai ketika marah.”
Pentahqeeq yg bersependapat dgn Imam Ibn Qayyim ialah gurunya Imam dan Syaikhul Islam Ibn Taymiyah alHarani (Majmu’ Fatawa lil Syaikhul Islam), Imam Ibn Abidin, Hasyiah Ibn Abidin, Jld 2; Syaikhul Azhar Syaikh Mahmood Syaltut, Fatawa Islamiyah.
Manakala rungutan, gurisan hati tanpa niat tidaklah menjatuhkan talaq. Dalil: HR Syaikhan dari Abu HUurairah ra,” Dima’afkan Allah atas umatku selama mana yg terguris-guris dalam hati itu belum dinyatakan atau belum dilakukan.” Allahu a’alam
Saya gaduh dngn family belah isteri sebab selalu masuk campur dlm urusan hal rumah tngga..dn sbb sy dh hilang kawalan marah sy dengan x sngja sy terlafaz pada isteri sy..dn skrg ni isteri sy sdg mengandung..tolong bgi pendapat.. blh tlng sy sy amat perlukan bantuan skrg
Assalamualaikum.
Untuk kes sebegini, kami menasihatkan tuan agar pergi berjumpa dengan mereka yang arif di mahkamah syariah.
Semoga Allah memudahkan urusan tuan.