Solat Pakai Baju Gambar Anjing


maaf kalau ini merupakan soalan ulangan..

adekah sah solat kalo baju ade gambar anjing??

gambar tu kecil n terletak di bahagian bawah baju..

mohon penjelasan..

jawapan:

بسم الله والصلاو والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه وبعد

Kami nukilkan jawapan yang diringkaskan daripada islam-qa
(http://www.islam-qa.com/ar/ref/83154)

Pertama : Tidak harus memakai pakaian yang ada gambar haiwan atau manusia. Berdasarkan kepada riwayat al-Bukhari (3226) dan Muslim (2160) daripada Abi Talhah r.a bahawa Nabi s.a.w. bersabda : “Malaikat tidak memasuki rumah yang ada padanya gambar”. [RUJUK : Matalib Uli al-Nuha 1/353]

Sheikh Ibn Uthaimin r.h ditanya tentang hukum memakai pakaian yang ada gambar haiwan atau manusia. Beliau menjawab : “Tidak harus bagi seseorang memakai baju yang ada padanya gambar haiwan atau manusia…..”

Kedua : Sah solat dengan pakaian yang ada gambar manusia atau haiwan. Cuma ia berdosa.

Anggota Lembaga Tetap Fatwa Arab Saudi menfatwakan tidak harus seseorang solat dengan memakai pakaian yang ada gambar benda-benda yang mempunyai roh seperti manusia, haiwan dan lain-lain. Dan tidak harus juga memakainya walaupun di luar solat.

Adapun solat, maka sah solatnya dan ia berdosa.
[RUJUK Fatwa al-Lajnah al-Da’imah 6/179]

Kesimpulannya, adalah lebih baik, kita memakai pakaian yang tidak bergambar. Mudah-mudahan solat kita diterima Allah taala.
WALLAHUALAM

al-ahkam

Advertisements

2 thoughts on “Solat Pakai Baju Gambar Anjing

  1. assamualaikum ustaz.. kawasan perumahn sya. sering kali terputus air.. jadi bagaimna cara untk mengmbil air wuduk, saya biasa simpan air dlm baldi kecil.. bolekh air itu mengmbil wuduk

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s