Salahkah Orang Kafir Menggunakan Ayat al-Quran

salam, ustaz sy nk tanya, apa hukumnya bila seorang kafir atau bukan islam, berucap membaca ayat-ayat al-Quran, adakah itu dianggap sebagai kesan dakwah kepada bukan islam??

jawapan:

Orang bukan Islam kalau sebut ayat Quran untuk menghujahkan satu perkara, kalau istidlalnya betul, maka apa salahnya kita terima.

Dan adakah di sana ada larangan orang bukan Islam menuturkan ayat Quran?

Dalam Sahih Bukhari, diriwayatkan satu kisah seorang Yahudi berkata kepada Umar, “Wahai Amir al-Mukminin.. terdapat satu ayat dalam kitab kamu (Al-Quran) jika diturunkan kepada kami, golongan Yahudi, nescaya kami akan jadikan sebagai satu perayaan”.

Umar bertanya Yahudi itu, “Ayat apakah ia?”.

Lalu Yahudi itu membacakan:

اليوم أكملت لكم دينكم وأتممت عليكم نعمتي ورضيت لكم الإسلام دينا

Lihat Sahih Bukhari (no: 45).

Bererti, orang bukan Islam tidak dilarang menuturkan ayat Quran.

Adapun, jika istidlalnya menyeleweng daripada maksud Al-Quran, memang ia mesti diingkari. Yang ini bukan setakat orang bukan Islam. Orang Islam sendiri pun, kalau menuturkan ayat Quran dalam konteks yang salah, ia mesti dicegah.

Wallahu A’lam.

AAN

Advertisements

2 thoughts on “Salahkah Orang Kafir Menggunakan Ayat al-Quran

  1. assalamualaikum..
    saya ingin tnya sdikit..
    saya prnah menunaikan umrah dngn fmily saya dan
    sy ada juga trbce dlm intrnet bhwa byk sesngt perkara gnjil yg berlku ketika menunaikan umrah,ttpi adkh ianya btul2 trjadi??

    satu lagi…
    b0leh ke kita berslman dngn abg ipar sndiri??
    xdelah,saya prnh lihat kawan sy berslmn ngn abg ipar dia…
    b0leh keww??

    baiklah,tu je..
    terima kasih..
    wasalam

    Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

    Sebahagian perkara-perkara pelik tu bukanlah hal pelik pun, ia boleh berlaku di mana sahaja tidak kira di Mekah atau di tempat lain. Semuanya atas kehendak Allah.

    Tidka boleh bersalaman dengan abang ipar kerana beliau adalah bukan mahram saudari.
    Wallahua’lam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s