bolehkah wanita haid pergi kekubur atau mengiringi jenazah ke kubur?mohon penjelasan
jawapan:
بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد
Tiada perbezaan hukum antara wanita haidh dan wanita tidak haidh dalam permasalahan ziarah kubur.
Sesetengah ulama melihat: harus ziarah kubur, baik lelaki atau wanita. Maka ia merangkumi wanita haidh dan wanita suci. Kerana umum hadis:
“Aku dahulu melarang kamu menziarahi kubur. Maka ziarahlah ia”. HR Muslim (no: 977).
Dan kerana ada hadis bahawa Aisyah r.a. pernah menziarahi kubur saudaranya Abdul Rahman. Apabila ditanya, jawabnya: Dulu Nabi melarangnya, kemudian memerintahnya.
HR Baihaqi (no: 6999), Al-Hakim dlm Mustadrak (no: 1392).
Sesetengah ulama pula cenderung kepada larangan wanita menziarahi kubur, kerana hadis “Allah melaknat wanita2 yang banyak menziarahi kubur”.
HR Tirmizi (no: 1056) katanya: Hasan Sahih.
Bagi mereka yang cenderung pendapat ini juga tidak membezakan antara wanita haidh dan wanita suci.
Wallahu A’lam.
Boleh juga dengar penerangan SS Mufti Perlis.
http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=44100
bagaimana tata cara berziarah zubur yang benar. kalau ada di internet. bolehkan di kasih alamat web nya? trimakasih.