Soalan Tentang Imam Mazhab di Masyar?

benarkah kia semua di hari akhirat nanti di padang magsyar akan ditanyakan tentang siapakah imam yang kita ikuti, adakah imam itu bermaksud imam2 mazhab yang 4 ???
minta pencerahan

jawapan:

wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Perkataan IMAM yang digambar didalam Alam Barzah membawa maksud PEMIMPIN. Didalam sebuah hadith yang dikelaskan sebagai dhaef riwayat Thabarani (Mu’jam) ada menyebut mengenai imam :

وأنّك رَضِيتَ بالله رباً وبالإسلام ديناً، وبمحمد ـ صلى الله عليه وسلم نبيًّا وبالقرآن إمامًا

“Sesunguhnya kamu telah meredhakan Allah sebagai Tuhan, meredhakan Islam sebagai Agama, meredhakan Muhammad saw sebagai Nabi, dan al-Quran sebagai Imam (ikutan seseorang)”

Soalan-soalan yang pada hari akhirat kelak akan meliputi sekecil-kecil perbuatan sehinggalah sebesar-besarnya. Tidak mungkin ia akan memasukkan istilah-istilah yang khusus atau khas pada satu zaman sahaja. Misalnya persoalan Imam Mazhab yang empat, jika orang yang disoal itu hidup pada zaman sebelum Imam 4 Mazhab ini, apakah soalan ini masih relevan baginya??? Maka tidak mungkin perkataan IMAM itu merujuk kepada Imam Mazhab 4 sahaja. Secara logikpun, disamping 4 mazhab yang terkenal, banyak lagi mazhab-mazhab lain samada telah pupus atau tidak dikenali wujud dan dikuti oleh orang-orang Islam.

Ada juga istilah Imam ini dijuruskan membenarkan konsep KeImaman Syiah. Contoh didalam riwayat dibawah ini merupakan soalan dan jawab si-mayat di alam barzah menurut syiah :-

يا فلان بن فلان الله ربّك ، ومحمّد نبيّك ، والاسلام دينك ، وعليّ وليّك وإمامك ، وتسمّي الأئمة عليهم السلام واحداً واحداً الى آخرهم

“Ya Fulan bin Fulan, Allah Tuhan kamu, Muhammad Nabi kamu, Islam Agama Kamu, Ali sebagai wali/syeikh dan IMAM kamu, dan menamakan satu persatu IMAM-IMAM mereka sehingga akhir”

Bagi yang ta’asub Mazhab, Imam hanya berkisar kepada Imam empat Mazhab sahaja, dan bagi yang bermazhab Syiah, Imam pada mereka adalah Ali dan Imam-Imam 12 mereka itu.

Apa yang jelas bahawa perkara yang mula-mula sekali ditanya pada hari akhirat esok adalah Solat seseorang, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. bahawa Nabi saw bersabda :-

إن أول ما يحاسب الناس به يوم القيامة من أعمالهم الصلاة ، قال : يقول ربنا جل وعز لملائكته وهو أعلم : انظروا في صلاة عبدي أتمَّها أم نقصها ؟ فإن كانت تامة : كتبت له تامة ، وإن كان انتقص منها شيئاً : قال : انظروا هل لعبدي من تطوع ، فإن كان له تطوع : قال : أتموا لعبدي فريضته من تطوعه ثم تؤخذ الأعمال على ذاكم

“Perkara yang paling awal ditanya mengenai amalan seseorang di hari Kiamat adalah SOLAT. Allah berkata kepada Malaikat, walaupun dia Maha Mengetahui : Lihat kepada Solat hambaku, adakah mencukupi atau kurang? Dia akan berkata : Lihat samada hambuku melakukab solat-solat sunat? Jika dia pernah nelakukan Solat Sunat, maka dia akan berkata : Cukupkanlah Solat Fardu kamu dari Solat-solat sunatnya. Kemudian barulah amalan-amalan yang lain dihisab dengan cara yang sama” [Hadith Riwayat Abu Daud #864].:

Solat yang diterima ini sudah tentu dilihat ambilan yang akan dibandingkan sebagaimana yang di ajar oleh Rasulullah saw. Maka disitulah kaitannya sumber ilmu solat yang kita amalkan. Tidak kiralah Mazhab mana kita belajar dsb, yang nyata dan jelas, kesemuanya hendaklah selari dengan petunjuk Nabi saw.

Ukuran Imam atau ikutan disini, lebih berkisar kepada pengunaan istilah umum daripada ‘label centric’ (eg: Imam-Imam Mazhab, Imam-Imam Syiah dsb) , sebagaimana didalam sebuah hadith sahih, dari al-Baraa’ ibn ‘Aazib ra :- :-

مَن ربك ؟ وما دينك ؟ ومن هذا الرجل الذي بعث فيكم ؟

“Siapakah Tuhan kamu? Apa Agama kamu? Siapakah lelaki ini yang dihantar bersama kamu?” [Hadith Riwayat Abu Daud, didalam Sunan, #4753]. WA

Sekian, wassalam

al-ahkam 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s