Bahasa Arab Bahasa Syurga! Betulke?

Salam
Saya ada mendengar seorang ustaz mengatakan bahawa tiada dalil yang jelas atau kuat menerangkan tentang bahasa yang digunakan di Syurga atau di alam Akhirat. Benarkah begitu?jawapan:

wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr mukminin dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Benar apa yang sdr mukminin dengar itu bahawa tidak ada nas dari Al-Quran dan hadith Nabi saw mengenai bahasa yang digunakan di hari Kiamat atau pun di syurga. Cuma terdapat didalam satu riwayat hadith yg dhaif (lemah) dari Al-Tabarani didalam Al-Kabir Al-Ausath :-

أحبوا العرب لثلاث لأني عربي والقرآن عربي وكلام أهل الجنة عربي

“Mereka menyukai bangsa Arab kerana tiga perkara, kerana sesungguhnya aku seorang Arab, Al-Quran didalam b.Arab dan perbicaraan ahli syurga didalam b.arab”

Al-Tabarani juga telah meriwayatkan hadith dari Abu Hurairah bahawa :-

أنا عربي والقرآن عربي وكلام أهل الجنة عربي

“Aku seorang Arab, Al-Quran berbahasa Arab dan perbicaraan Ahli Syurga ialah b.Arab”

Al-Haithimi mengatakan bahawa hadith ini lebih da’if dari hadith Ibn Abbas. Kesimpulannya Hadith-hadith yang membicarakan mengenai bahasa di hari Kiamat dan di Syurga merupakan hadith-hadith yang lemah yang tidak boleh dijadikan dalil. wallahu’alam

wassalam

al-ahkam 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s