Yang Tak Nampak, Jangan Ditanyakan (status halal makanan)

Saya perlukan sedikit pencerahan dari ustaz ttg kehendak satu kaedah :

ما غاب عنا لا نسأل عنه
“Apa yg ghaib bagi kita, jgn kita tanyakan.”

…Apa kehendak sebenar kaedah di atas?

adakah begini contohnya: jika kita makan sst makanan yg dibawa oleh org bukan Islam (kuih contohnya) yg dilihat pd zahirnya halal?tanpa kita banyak tanya…

atau boleh ustz bg bbrp contoh lain bagi menjelaskan kehendak kaedah di atas?

jawapan:

Bismillahi wal hamdulillah ,

Al-Jawab :

Secara ringkasnya , memang begitulah maksud yang dikehendaki oleh kaedah tersebut.Asal kaedah tersebut adalah daripada sebuah hadis Rasulullah saw :

: يا رسول الله إن قوماً يأتوننا باللحم، ولا ندري أذكروا اسم الله عليه أم لا، فقال: ” سموا الله عليه وكلوا ”

Maksudnya : Ya Rasulullah , telah datang suatu kaum memberikan kami daging , dan kami tidak tahu adakah ianya (daging) dibacakan nama Allah atau tidak ? , maka bersabda Rasulullah saw : Sebutlah nama Allah dan makanlah”

As-Syaikh Dr Yusof al-Qaradhawi menyebut dalam fatwanya :

“Sebahagian ulama mengguna pakai kaedah tersebut dalam meletakkan hukum terhadap makanan yang diberikan oleh ahli kitab kepada muslim , dengan hanya membaca / menyebut nama Allah ketika hendak makan tanpa perlu menyelidiki tentang status makanan tersebut”

Begitu juga dengan apa yang dinyatakan oleh Dar Ifta Mesir :

“Sesungguhnya , tidak disyaratkan seseorang muslim itu bertanyakan tentang apa yang tidak diketahuinya , bagaimanakah cara sembelihannya , adakah menepati syarat sembelihan , adakah semasa sembelih , disebut nama Allah atau tidak dan sebagainya….Maka , daging tersebut tetap halal dimakan.

WA

Ruj :

http://www.qaradawi.net/site/topics/article.asp?cu_no=2&item_no=3377&version=1&template_id=232&parent_id=17

http://www.dar-alifta.com/ViewFatwa.aspx?ID=225

al-ahkam

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s