Sumbat Mayat Dengan Kapas

Assalamualaikum ahli panel,

Nak bertanya hukum dan nas, meletakkan kapas kedalam hidung, telinga dan juga kemaluan pada jenazah.

Jawapan tuan didahului dengan ribuan terima kasih

jawapan:

Bismillah
Wassolatu wassalam ‘ala Rasulillah SAW,

Hukum meletak kapas yang telah ditaruh wangian mayat (hanut dan kafur) di atas anggota-anggota sujud dan rongga-rongga seperti hidung, telingan dan kemaluan adalah mustahab (digalakkan). Tetapi tidak perlu disumbatkan kedalamnya.

Perkara ini telah dilakukan oleh para salaf seperti yang disebut oleh Imam Syafie.

Tujuan atau dalil perbuatan ini adalah maslahah untuk menjaga mayat dari serangga dan dari berbau atau terkeluar najis disebabkan pergerakannya.

Wangian mayat (hanut dan kafur) yang ditaruh pada kapas tersebut juga dapat menjauhkan mayat dari serangga dan seumpamanya.

Wallahu a3lam

Rujukan:
-al-Umm oleh Imam Syafie: 1/322
-al-Majmuk syarh al-Muhazzab: 5/158

al-ahkam

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s