Apakah Menyentuh Qubul (bontot) dan membuka aurat membatalkan wudhu.

Assalau ‘alaikum

Pak ustadz, saya mahu bertanya…salah satu yang membatalkan wudhu adalah menyentuh (maaf) kemaluan, nah bagaimanakah batasannya? Apakah bahagian darinya (misalnya bulu kemaluan) tersentuh membatalkan wudhu kita juga?

Dan apakah menyentuh qubul (tempat keluar najis ketika membuang air besar) itu membatalkan juga? Kerana kalau tidak salah yang membatalkan adalah menyentuh dubur…

Batalkah seseorang yang setelah wudhu auratnya kelihatan? Maksudnya misalnya waktu ganti pakaian kemudian telanjang.

Maaf mungkin kurangnya ilmu saya, saya tidak tahu dan mohon maaf juga kalau kata-kata yang digunakan kurang sopan

Wassalam

Natural

Jawapan

Assalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Di dalam salah satu hadits disebutkan bahawa Rasululah SAW pernah bersabda sebagai berikut:

مَنْ مَسَّ ذَكَرَهُ فَلْيَتَوَضَّأ – رواه أحمد والترمذي

Siapa yang menyentuh kemaluannya maka hendaklah berwudhu’ (HR Ahmad dan At-Tirmizy)

Al-Hukmu ‘Alal Hadits

Al-Bukhari mengomentari hadits ini sebagai hadits yang paling shahih dalam masalah ini. Dan Al-Hakim mengatakan bahawa hadits ini shahih berdasarkan syarat dari al-Bukhari dan Muslim.

Hukum Fiqih

Para ulama kemudian menetapkan dari hadits ini bahawa segala tindakan yang masuk dalam kriteria menyentuh kemaluan mengakibatkan batalnya wudhu.

Baik menyentuh kemaluannya sendiri atau pun kemaluan orang lain. Baik kemaluan lelaki maupun kemaluan wanita. Baik kemaluan manusia yang masih hidup atau pun kemaluan manusia yang telah mati (mayat). Baik kemaluan orang dewasa maupun kemaluan anak kecil.

Dan yang termasuk kemaluan adalah semua bahagian dari kemaluan sebagaimana yang kita kenal dengan baik. Dan para ulama juga memasukkan dubur sebagai bahagian dari yang jika tersentuh membatalkan wudhu.

Namun para ulama mengecualikan bila menyentuh kemaluan dengan bahagian luar dari telapak tangan, di mana hal itu tidak membatalkan wudhu’. Jadi yang dianggap sebagai kriteria menyentuh hanyalah bila dilakukan oleh telapak tangan bahagian dalam.

Aurat Yang Terbuka

Setiap muslim wajib menutup auratnya, baik lelaki mahupun perempuan. Bukan hanya ketika melaksanakan shalat, tetapi juga di luar shalat atau ketika bertemu dengan orang lain.

Khusus untuk hal yang terkait dengan shalat, menutup aurat hukumnya merupakan syarat sah, di mana shalat itu tidak sah tanpa menutup aurat.

Akan tetapi menutup aurat tidak ada kaitannya dengan batal atau tidaknya wudhu’. Lebih jelasnya, wudhu itu tidak batal hanya kerana aurat terbuka.

Tapi memperlihatkan aurat kepada orang yang tidak berhak melihatnya, tentu saja hukumnya berdosa. Tapi memperlihatkan aurat kepada orang yang berhak melihatnya, tidak berdosa dan juga tidak membatalkan wudhu.

Seorang isteri tentu boleh terlihat semua lekuk tubuhnya di hadapan suaminya, sebagaimana seorang suami juga boleh terlihat semua auratnya di hadapan isterinya.

Seorang wanita tentu boleh terlihat sebahagian auratnya kepada lelaki yang menjadi mahramnya. Dan hal itu tidak membatalkan wudhunya.

Wallahu a’lam bishshawab, wassalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Ahmad Sarwat, Lc

 

http://eramuslim.com/ustadz/thr/8311222951-menyentuh-kemaluan-batalkah-wudhu039-saya.htm

Tinggalkan komen