kencing tak lawas

Quote:
.
kalau adik saya ade penyakit kencing skit2,ditambah dengan angin yang keluar taktau ikut qubul atau dubur waktu solat ,bolehkah dia ikut pendapat satu wuduk satu solat walaupun dia amik semayang kat umah,dan bila sampai di masjid,bila die terkencing die trus solat tanpa wuduk baru ..adekah dia perlu wuduk lagi skali dengan menukar seluar dalam baru?

mesti dilihat kepada keadaan adik anda;
i- jika keadaan itu berlaku pada sesetengah keadaan, tetapi ia tidak berterusan, contohnya bila berlaku keluar kencing atau angin itu, kemudian ia terhenti agak lama, maka dia mesti solat ketika terhenti itu. ini tidak termasuk dalam hukum org yg salis baul.

ii- jika penyakit itu berterusan, sekejap2 ia keluar, wlupun sikit, tetapi berterusan, maka ini dinamakan salis baul. dan hukumnya sama seperti wanita yg kena istihadhah, iaitu:
-berwudhuk apabila masuk waktu
-bersegera sembahyang setelah berwudhuk
-mesti berjaga2 setakat yg mampu

kalau mengikut keadaan ini, jika surau berdekatan dengan rumah, maka tidaklah mengapa wudhuk di rumah.
tetapi jika perjalanan dari rumah ke masjid makan masa panjang dari segi urufnya, maka hendaklah bersuci di masjid.
walaupun dilihat ia agak menyukarkan, tetapi apa yg terjadi adalah satu ujian dari ALlah, dan mudah2an Dia menggandakan pahala adik anda.

Quote:
begitu juga kalau keluar angin waktu perjalanan ke masjid,die trus solat sebab sudah berwuduk di rumah…soalan sama,perlukah die berwuduk

keluar angin pun, hukumnya sama seperti kencing dari segi membatalkan wudhuk, dan bagi yg terkena salis reih (angin x henti) sama seperti salil baul (kencing x henti) seperti yg diterangkan di atas.

Quote:
dan bila solat tarawih,perlukah dia ulangi wuduknya

masalah ini, boleh bersolat sunat seberapa banyak yg mahu dengan satu wudhuk sahaja.

wallahu a’lam.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s