Air Mazi: najis, Jadi seks oral/blowjob hukumnya???
DIkirim oleh mohd masri di April 21, 2007

Setahu saya, adalah makruh bagi isteri menikmati kemaluan suami dengan mulut dan harus bagi suami menikmati kemaluan isteri sedemikian berdasarkan dalil ” isteri kamu bagaikan kebun dan ladang milikmu yang boleh digunakan menurut kehendakmu asalkan tidak menyalahi hukum syarak seperti …. ” (liwat).
Tetapi saya menjadi keliru apabila menyentuh soal air mazi.
Air mazi adalah cecair yang keluar dari kemaluan ketika berghairah. Sudah pasti suami/isteri yang melakukan perbuatan di atas akan terkena air mazi pada/dalam mulut/lidahnya. Manakala Air mazi dikatakan najis dan hukumnya haram.
Soalan 1:
Jika hukum perbuatan sex tersebut adalah harus/makruh, bagaimana mungkin ia dapat dilakukan sedangkan air mazi itu najis?
Setahu saya najis adalah bahan perkumuhan dari sistem badan. Air mazi hanyalah bahan cecair pada anggota badan yang bertujuan untuk melicinkan anggota tersebut dan ia bukan bahan perkumuhan dari badan.
Soalan 2:
Jadi mengapakah air mazi dikategorikan sebagai najis? Apakah hukumnya berdasarkan ijma’ atau sememangnya hukum yang telah tetapkan Allah? Bolehkah ustaz nyatakan dalilnya?
Bukan bermaksud untuk mempertikaikan hukum Allah. Tetapi saya keliru kerana terdapat dua hukum dalam satu keadaan yang sama.
1. Harus/makruh pada perbuatan sex itu.
2. Haram dan najis pada air mazi.
Sekian,
jawapan:

Jawab:
Hukum makruh bagi isteri melakukan seks oral kepada zakar suami dan Harus suami melakukan seks oral kepada vagina isteri adalah dua hukum yg berdasarkan dzann (sangkaan) sahaja. Ini kerana tidak ada dalil yg direct menyentuh isu seks yg luarbiasa memandangkan nature budaya Islam yg tinggi dan luhur. Oral seks masih diwartakan dalam Kanun kesiksaan Hukum Civil Malaysia sebagai seks luar tabi’iy, ini menunjukkan penggubal perundangan civil Malaya dulu melihat seks oral sebagai seks luar tabi’iy (tabi’at seks luar biasa).
Kitab2 klasik fiqh langsung tidak membahaskan hukum oral seks. Hanya internet dan industri filem biru yg mempopularkan jenis2 seks luarbiasa spt oral, anal, lesbian, gay, beastiality (seks dgn binatang), dan macam2 lagi.
Kita berpendapat oral seks perlu dijauhi kerana walaupun seks itu Halal dan isteri itu pakaian bagi lelaki dan suami itu pakaian bagi isteri tapi ia masih tertakluk pada adab dan ketaqwaan. Seperti juga makan dan minum, ia adalah harus, kita tertakluk pada adab2 makan, namun Barat mengajar cara makan yg extreme, mereka makan burger dan piza sambil menari,, dan meneguk air carbonated mereka sambil berjalan dan berlari.
Maka seks pun begitu, kita umat Islam menikmati seks dgn beradab, maka biarkan orang Barat menikmati seks mereka dengan melampaui batas. Gempa seks atau sexual revolution yg melanda Barat amat menakutkan sekali, bahkan jika industri VCD lucah yg berleluasa sekarang jika tidak dapat dibendung akan mengundang padah pada umat Islam juga, bila revolusi seks biru ini menular dalam masyarakat.
Maka kami tidak berani nak tahqeeq hukum Oral seks ini sehingga fuqaha’ dan mujtahid terkemuka hari melihat dan mengkaji dan mengeluarkan suatu hukum yg muktamad sebagaimana hukum dadah dan rokok.
2. Mazi adalah najis menurut kesepakatan ahli hadis (Albani, Tamamul Minnah). Dalil: HR Bukhari-Muslim dari Ali bin Abi Talib ra. Maka jika mazi ini najis dan thabit kenajisannya melalui hadis sahih, maka anda boleh membuat hukum yg wajar utk oral seks. Lelaki dan wanita mengeluarkan cecair madzi semasa ghairah dan madzi itu najis dan jika cecair najis ini masuk dalam mulut, maka sudah tentu syara’ memandang serius masalah najis yg diambil secara sengaja. WA

azleah berkata
salam.
saya kurang faham mengenai jawapan yang kedua. sekiranya mazi itu dikatakan najis, apakah suami isteri masih boleh melakukan seks menggunakan mulut?
mohd masri berkata
aslm wbt
yup, jwpn kedua2 xmemberi jwpn secara direct cuma ia memberi klue kpd kita,kalau sudah najis, patutkah ia dimasukkan dlm mulut, hatta lg teruk utk ditelan lg
Hasmidah berkata
ya juga..saya pun tak berapa clear dengan penjelasan yang diberikan oleh pihak tuan..dan ingin sya menambah lagi adakah ir mazi yang keluar dari kemaluan seseorang itu semasa die tengah ghairah adakah perlu mandi wajib??..sedangkan setahu saya apabila bertemunya zakar dan faraj wajib mandi di samping jika terkeluar mani secara sengaja ataupun tidak..
aslm wbt
ia hanya memberi clue, jika sudah diketahui bhw mazi itu najis, maka patutkah ia ditelan?
wajib mandi jika sudah bersetubuh walau xkeluar mani.
Begitu juga wajib mandi jika keluar mani walau xbersetubuh
2943 berkata
xperlu mandi wajib jika kuar air mazi
zul berkata
memang xperlu mandi, tapi kalau dah bersetubuh tetap kne mandi walaupun tak keluar mani
rais berkata
Hukum Seks Oral pernah disebut oleh Dr. Yusuf al-Qardhawi sebagai HARUS, selagi ia tidak menyakitkan, memudaratkan dan dilakukan secara paksa. Bererti sekiranya isteri sekadar merangsang suami dengan menjilat dan mengulum zakarnya untuk mendapatkan ketegangan yang maksimum kemudian meneruskan jimak seperti biiasa. itu harus.
Yang haram ialah melakukan oral seks sepenuhnya hingga keluar air mani dan kemudian menelannya.
Jika air mani atai mazi termasuk ke dalam mulut isteri, wajib dia meludahnya dan berkumuur.
Untuk keselamatan lebih baik suami gunakan kondom… dan pastikan juga zakar nya bersih…. untuk keterangan lanjut tentang masalan ini dan masalah2 lain tentang seks, sila dapat kan buku ini….
SOAL JAWAB REMEH TEMEH TENTANG SEKS TAPI ANDA MALU BERTANYA TENTANGNYA…
http://www.telagabiru.net.my/index/index.php?option=content&task=view&id=192
WASALAM
daniel berkata
bleh beri penjelasan lbih terperinci mengenai mani & mazi
* perbezaan dari segi warna
* hukum terhadap wudu’ n solat
* keperluan utk mandi wajid
terima kasih
aslm wbt
sila rujuk di sini
http://soaljawab.wordpress.com/2007/04/30/orgasma-tanpa-bersetubuh/
kesimpulan:
1) mazi xperlu mandi wajib, mani wajib mandi
2) mazi najis, mani xnajis.
3)mazi perlu
dibersihkan sbb ia najis dan ia membatalkan wudhu n mani perlu mandi wajib.
hamba berkata
xdpt nk beza mani ngan mazi perempuan..
aslm wbt
cara mudah nk bezakan mazi n mani ialah mani ini keluar apabila kita klimaks. bila ia keluar kita akan rasa lazat. sdgkan mazi x.
cara2 lain nk bezakan mazi n mani ialah:
melalui warna
1) mazi biasanya jernih sdgkan mani utk lelaki warna putih n wanita pula menurut hadith maninya kekuning-kuningan.
Rasul SAW bersabda: “Jika dia melihat keluarnya mani maka wajib mandi.”
Dengan malu-malu Ummu Sulaim Radhiyallahu ‘Anha bertanya: “Apakah seorang
wanita juga mengalaminya (mimpi basah)?”
Rasul SAW menjawab: “Kalau begitu bagaimana mungkin seorang anak boleh mirip
ibunya? Sesungguhnya mani lelaki itu pekat berwarna putih dan mani wanita cair
berwarna kuning, siapa saja di antara keduanya yang lebih awal atau lebih
dominan maka kemiripan akan condong kepadanya.”
Muttafaqun ‘Alaihi (Shahih Muslim No:469)
Beberapa ciri yang dijadikan panduan dalam mengenal mani adalah:
1-Memancar akibat dorongan syahwat disertai rasa lemah setelahnya.
2-Baunya seperti bau mayang kurma sebagaimana yang telah dijelaskan.
3-Keluarnya dengan memancar sedikit demi sedikit.
Ada dua ciri yang jadi panduan dalam menentukan mani wanita.
1-Baunya seperti bau mani lelaki.
2-Nikmat saat mengeluarkannya dan merasakan lemah setelah itu.
abdul wahab berkata
Katanya apabila mani terkena pakaian, pakaian itu bolih di bawa solat kerana mani tidak najis.Tetapi mani apabila terpancut dari zakar pasti melalui dan bercampur dengan air mazi yang sedia ada di dalam zakar .Jadi mani bercampur mazi tak najis ke?
aslm wbt
kalau dah bercampur dgn mazi, maka pasti jd najis, so bersihkanle.
Shahrizan berkata
Assalamualaikum,
Berkenaan dengan persoalan ini:
“Katanya apabila mani terkena pakaian, pakaian itu bolih di bawa solat kerana mani tidak najis.Tetapi mani apabila terpancut dari zakar pasti melalui dan bercampur dengan air mazi yang sedia ada di dalam zakar .Jadi mani bercampur mazi tak najis ke?
aslm wbt
kalau dah bercampur dgn mazi, maka pasti jd najis, so bersihkanle”
Soalan saya, jika mani juga mesti dibersihkan,bagaimana dengan hadis yang menceritakan Saidatina Aishah pernah cuma menggosok kesan mani yang sudah kering pada pakaian Rasullullah dan kemudian memberi Rasullullah pakai untuk solat tanpa membasuhnya..
Adakah mani yang keluar pasti melalui/bercampur air mazi?
Penjelasan tuan amat dihargai..
Wassalam.
aslm wbt
itulah hadith yg membuktikan bhw hukum asal mani ialah suci. yg najis ialah mazi. jd jika saudara lihat hanya mani yg terkena pd kain, maka ia suci, cukup dgn menggosok st yg aisyah lakukan. kalau kena mazi perlulah dicuci sebgmana yg nabi ajar pd saidina ali. jd hukum asal mani ialah suci. dan selagi mana kita xnampak apa2 bukti ia bercampur dgn mazi ke, maka ia ttp dgn hukum asal iaitu suci.
ful berkata
persoalan oral sex ataupun yang sama dengan itu sebenarnya adalah kebiasan orang2 barat saja, tapi karena berita tersebut sehingga pikiran semua orang tertuju akan tingkah laku yang diluar batas.jika yang halal dibuat berlebihan maka hasilnya akan haram juga.jangan kita menumpuk hal kecil yang salah karena jika banyak akan menjadi persoalan yang membahayakan
aslm wbt
benar jika seks yg halal dilakukan smp lalai pd kewajipan lain, maka berdosa. tp setakat mahu mn\enukar2 posisi n gaya ketika berhubungan seks tiada masalah selg xlanggar syara’.
jun berkata
assalamu`alaikum… sebenarnyer yg berkaitan dgn air mani+ air mazi tu sememangnyer akan berlaku… sekiranya kiter melihat pada fisiologi sains contohnye…cecair jernih dari vesikel semen pasti akan bercampur dengan sperma yang keluar dari zakar (warna putih susu)…. justeru encik masri tak boleh pandang ringan dengan mengatakan ia perlu dibasuh sahaja..sebab rasulullah tak menghilangkannya walapun hingga bawa ke solat..
Justeru, bagi pemahaman saye… air mani yang keluar adalah dari tempoh bermulanye air mani yang terpancut hinggalah pancutan habis… maka segala cecair yang keluar sebelum dan selepas tempoh itu adalah dikira sebagai air mazi…. takgitu encik masri?=) sila dapatkan penjelasan yg leibih lanjut.. Wallahu`alam
AHMAD SYUKUR berkata
nak tanye skit aa..
ni utk laki2 je tau..
kdg2, lps saye kencing, ade cecair mcm air mani keluar..die bkn jernih mcm mazi..tapi mcm putih susu..mule2, saye igt air mani..pastu, saye mandi je la..then, sejak akhir2 ni, kerap sgt kluar..die keluar bersama dgn air kencing..kdg2, kalu saye buang air besar, mesti kluar..letih la asik nak mandi wajib je..
pastu, skrg saye consider die bkn la air mani..sbb die kluar tak terpancut, pastu saye bkn dlm keadaan syahwat mase tu (just kencing mcm biasa)..die just mengair je..
then, nak tanye…kate la tu mmg air mani..tapi, ia kluar sbb saye mengalami mslh prostat atau sbgnya, adakah wajib saye mandi..sbb hampir stiap hari die kluar..
then, ade tak possibilty yg kluar tu air wadi? air wadi kaler ape ek? n blh tak wadi kluar dlm keadaan2 biasa? or kluar mase penat je?
tlg saye k…terima kasih
aslm wbt
insya-allah ia bukan mani, so xpayah mandi wajib.
InginTahu berkata
Salam..sy nak bertanye bole tak kite potong kuku yg panjang semase masih dlm haid (tp simpan kuku tersebut utk bwk ms mandi wajib) kuku dipotong supaye nnti mandi wajib xde la kekotoran pd celah kuku-kuku yg panjang
Sekian,tq
aslm wbt
boleh, memotong kuku adalah sunnah nabi xkira wkt haid atau bkn haid.
awapan :
http://soaljawab.wordpress.com/2007/09/11/hadith-tentang-khasiat-potong-kuku-hari-tertentu/#more-574
al-Ustaz Abdullah Zuqail menyebut beberapa perkara yang tidak ada dalil tentang memotong kuku, antaranya :
- Mengkhususkan hari Jumaat untuk memotong kuku.
- Makhruh memotong kuku pada malam hari.
- Orang yang sedang berpuasa tidak boleh memotong kuku.
- Larangan orang yang sedang haid dan janabah dari memotong kuku.
- Memotong kuku dengan cara-cara tertentu.
Berkata Ibn Daqiq al-’Ied : “Apa yang tersebar tentang memotong kuku dalam cara-cara tertentu, tidak ada asal baginya di dalam syariat. Adapun memulakannya dengan tangan kanan kemudian tangan kiri, maka ianya termasuk di dalam keumuman sabda Nabi s.a.w. …”
Dr. Abdul Wahab pula berkata :
“Memotong kuku HARUS pada bila-bila masa dan tidak mengapa.”
wallahu a’lam
abdulkadir
thalhah berkata
Salam…
Secara peribadi, bagi saya seks oral agak menjatuhkan martabat kita. Tesis tahun akhir saya berkaitan kelakuan mengawan tapir/cipan/tenuk. Antara kelakuan yang saya dapat cerap ketika kejayaan aturcara mengawan adalah mengHIDU dan menJILAT kemaluan betina oleh tapir jantan dan sebaliknya. Tapir tidak pernah mengulum…so terserah la kepada anda semua untuk memikirkannya sama ada harus atau tidak hukumnya..
amal berkata
assalamualaikum..
saye seorang wanita..
saye ingin bertanye..
jika saye mdengar atau melihat ssesuatu yg blh mengghairahkn saye,
dan keluar sesuatu cecair jernih yg cair dr kemaluan saye,
adekah saye perlu mandi wajib??
adekah itu air mazi atau air mani??
aslm wbt
sila baca di sini
http://soaljawab.wordpress.com/2007/08/23/bagaiman-dengan-mani-wanita/
amal berkata
maafkn saye..saye msih kurg jelas dgn jwpn yg diberikn stlh mbace di lmn web itu..
adekah wanita itu prlu mandi wajib atau tidak??
aslm wbt
kalau keluar mani wajib mandi, kalau xkeluar mani xwajib mandi.
emelia berkata
salam..saya ingin bertanya,boleh tak potong rambut ketika sedang haid. saya dengar tak boleh..
aslm wbt
sudah ada jwpannya di dalam blog ini, sila search, saya ringkaskan jwpnnya iaiatu ulama menyatakan bahawa tiada dalil menyatakan tak boleh potong kuku, rambut etc ketika haid, maka hukumnya harus bahkan utk potong kuku adalah sunnah kita potong kuku. Maka janganlah terpengaruh dgn ajaran karut menyatakan tak boleh potong kuku, rambut etc ketika haidh.
bul the bat berkata
plez catogerized btwen air mani or mazi
1.kalu tidor tanpa mimpi….keluar mani or mazi?
2.kalau mimpi? mani or mazi?
3.kalu melacap?mani or mazi?
4.bersetubuh….mani or mazi?
kalu mazi kena mandi wajib tak????
syukran
aslm wbt
perbezaan mazi dan mani sudah ada, sila search,
keluar mazi tidak wajib mandi, cuma cuci kemaluan sahaja
MiraKira berkata
aslm wbt,
ustaz,ustazah saya cakap kalo kte masih dare yakni belum pernah melakukan seks,kte tidak akn keluar air mani..maksudnye jika kte berfantasi tentang seks dan merase puas,kte tidak akan keluar air manike?dan tidak perlu mandi wajib?
aslm wbt
kata2 ustazah kamu itu mengarut sdgkan antara ciri2 org yg baligh ialah keluar mani.
mas berkata
Salam, n selamat berpuasa. Saya nak tanya, saya ni sudah agak lewat kedatangan haid, n sejak 2 3 hari ni saya mengalami keputihan yang agak banyak sehingga terpaksa menukar 2 3 kali paintiliners setiap hari. Adakah puasa saya masih sah atau sebaliknya? Terima kasih.
aslm wbt
keputihan tidak membatalkan puasa, jadi saudari boleh berpuasa spt biasa, insya-allah.
fath berkata
bolehkah puasa diteruskan sekiranya tak sempat mandi wajib selepas bersetubuh, iaitu melebihi waktu imsak..
aslm wbt
boleh, kerana Rasulullah saw pernah melakukannya, Harap dapat search di dalam blog ini, soalan ini sudah banyak kali dijawab.
kl berkata
Assalamualaikum
saya sedang puasa qadha’ dan saya dapati ada sedikit tanda atau keluaran kuning di pantyliner saya.
Tapi saya tak pasti adakah itu mani atau tanda biasa sebelum dtgnya haid atau tanda wadi. Saya tidak bermimpi, atau beronani atau melakukan persetubuhan kerana saya belum kahwin. mungkin ada lintasan fikiran berunsur seksual utk beberapa saat sahaja yang alih2 menjelma dalam fikrian. takkanlah itu menyebabkan mani?
saya sememangnya suffer dari was-was dari wuduk, solat, mandi hadas hinggalah puasa.
Bolehkah saya anggap tanda kuning itu sebgai keluaran yang bukan mani dan tidak payah ULANG qadha pausa saya lagi?
harap dapat bantu reassure saya.
terima kasih
aslm wbt
insya-allah ia bkn mani
hamba allah berkata
betullkah apabila sudah 44 hari kita tdk mncukur bulu kemaluan tdk sah solat kita??
Assalamualaikum wbt.
Tidak betul, siapa yang menyatakan tidak sah mesti membawakan dalil.
Rain berkata
klau time ghairah just peluk-peluk n cium-cium, keluar tu air mazi..kena mandi wajib juga ke?
Assalamualaikum wbt.
Jika dia isteri saudara, halal saudara berpeluk-peluk bercium-cium, jika bukan isteri maka saudara telah melakukan perbuatan yang mendekati zina, dan ia adalah satu perbuatan yang keji dan saudara wajib bertaubat.
Sekiranya tidak keluar mani, maka tidak wajib mandi. Mazi tidak menyebabkan wajib mandi.
Sila baca di sini:
http://soaljawab.wordpress.com/2008/01/27/kenapa-perlu-mandi-wajib/
http://soaljawab.wordpress.com/2008/08/23/keluar-mazi-tak-perlu-mandi-wajib/
Wallahua’lam
bunk berkata
saya ingin tanya, klu kte mengeluarkan sperma, adakah kita perlu mandi wajib selepas itu?
Assalamualaikum wbt.
Sperma ni air manikan, jika keluar mani, maka wajib mandi.
sai berkata
Illah (sebab) yang tidak membolehkan blow job ialah kerana takut mazi iaitu najis masuk ke dalam mulut. Jadi, kalau illah ni sudah tiada, dengan memakai kondom misalnya, maka bolehla blow job dilakukan tanpa ragu, berdasarkan pendapat harus oleh Syeikh Al-Qaradawi. Sekadar pendapat
nak tau berkata
salam ustaz saya nk tanya kalo kuar mani je kn kita perlu mandi wajib??
kalo terpegang mani yang dah kering kena mandi wajib gak ke?
Assalamualaikum wbt.
Ya keluar mani wajib mandi, pegang mani tak perlu mandi. Sila search.