Mengecat Wajah Anak-Anak

Assalamualaikum

Di bawah saya telah menterjemahkan satu fatwa berkaitan isu ini.

Kesimpulan mudahnya: Ia adalah dibenarkan, selagi mana ia tidak menjatuhkan maruah anak-anak, dan ia dilakukan sekadar untuk bermain-main dengan anak-anak.

Insya-allah, tiada masalah. Hiburkan anak-anak kita Smile

————————————————

Soalan: Mengecat wajar, apakah ia halal atau haram. Yang saya maksudkan dengan mengecat wajah ialah melukiskan bentuk wajah haiwan di atas wajah manusia, dengan cara mewarnakan hidung, dan membuat lukisan untuk menjadikan ia seperti wajah kucing mahupun badut. Ia biasanya berlaku dalam parti-parti di barat… hatta ketika hari raya. Saya tidak tahu, apakah saya patut membiarkan anak-anak saya membiarkan wajah mereka dicat.

Jawapan oleh Komiti Jabatan Kajian Fatwa yang dipengerusikan oleh Shaikh Abdul Wahab at-Turairi:

Isu yang berkaitan dengan hal ini ialah hukum tasyabbuh/menyerupai haiwan. Ilmuan Islam telah menggariskan satu prinsip umum bahawa meniru bentuk atau perlakuan haiwan adalah makruh, bahkan boleh menjadi haram.

Mereka berhujah bahawa dalam al-Quran dan al-Hadis, jika kita menemui perbandingan antara haiwan dan manusia, ia sering membawa maksud penghinaan.

Contohnya, Allah berfirman:
Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. [al-A’raf: 176]

(Sifat-sifat Nabi Muhammad itu telahpun diterangkan dalam Kitab Taurat tetapi orang-orang Yahudi tidak juga mempercayainya, maka) bandingan orang-orang (Yahudi) yang ditanggungjawab dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul bendela Kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim. [al-Jum’ah: 5]

Akan tetapi, hukum ini hanya terpakai apabila penyerupaan dengan haiwan itu berbentuk penghinaan atau merendahkan maruah diri. Hal ini bergantung kepada bentuk penyerupaan itu sendiri, konteks hal itu dilakukan, dan budaya setempat di mana hal ini dilakukan.

Kita boleh melihat bagaimana Rasulullah saw bermain-main dengan cucu-cucunya dengan berpura-pura menjadi kuda atau untuk tunggangan. Baginda membenarkan cucunya, al-Hasan dan al-Husain untuk menunggang di belakangnya. Kemudian baginda S.A.W bersabda kepada mereka: Hebat sungguh kuda yang kalian miliki. [Mu’jam al-Thabrani dengan sanad yang hasan]

Dalam riwayat yang lain, baginda S.A.W dikatakan bersabda kepada cucunya: Betapa hebatnya unta yang kalian miliki, dan betapa baiknya kalian.

Ini menunjukkan bahawa meniru haiwan tidak terlarang di dalam semua keadaan. Konteks kejadian di atas ialah di mana seseorang bermain dengan anak-anaknya. Adalah sesuatu yang normal untuk seorang ayah bermain-main dengan anaknya di rumah, dan ia adalah sesuatu yang diterima di dalam masyarakat.

Maka, hal yang sama diambil kira dalam isu mengecat wajah anak-anak ketika parti. Ia adalah merupakan satu hiburan untuk anak-anak ketika hari-hari istimewa tersebut. Ia tidak menyebabkan rasa malu atau merendahkan maruah anak-anak itu.

Oleh kerana itu, melukis/cat wajah anak-anak di parti atau lain-lain keramaian adalah selari dengan tingkah laku Rasulullah S.A.Wbersama anak-anaknya. Ia dibenarkan.

Wallahua’lam.

[terjemahan oleh Abu Usamah Mohd Masri bin Mohd Ramli]

sumber: www.islamonline.com/ne…rties.html

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s