Gadiz Bingung Ibu Tak Benar Susukan Anak Luar Nikah

assalammualaikum ustaz.

1.saya berumur 19 thn,dan bakal melahirkan seorang anak luar nikah.namun saya berniat untuk tidak menyerahkan anak itu dlm jagaan org lain,tetapi ayah dan ibu saya berkeras dan memaksa saya untuk menyerahkan kpd org lain,jika saya melawan dan membantah,adakah saya dikira anak derhaka?

2.apakah hukumnya jika anak luar nikah yang dilahirkan oleh saya,tetapi ibu saya meminta untuk menjadi ibu susuan kepada anak saya,dan tidak membenarkan saya menyusukan anak saya?

Jawapan:

Jawapan Ustaz Ahmad Faizal Bin Ramli (Graduan bidang Syariah di Univ. Madinah dan sedang melakukan Master dalam bidang Falsafah di UIA]

Nabi suruh wanita yg patut dikenakan hudud, agar melahirkan kandungan kemudiannya menyusukan selama dua tahun..itu rahmat Nabi buat yg bertaubat dan buat anak yg tak bersalah yg perlukan hak penjagaan sempurna..

Ibu bapa yg faham seharusnya tahu, keterlanjuran mmg memalukan tetapi apa tindakan yg patut? marah, memutuskan silaturahmi adalah option yg bkn shj tidak baik dimata manusia berfitrah bahkan dimurkai Allah. Apatah lagi bila anak perempuan mereka menyuarakan rasa kesal dan taubat..

jangan putuskan silaturahmi, jangan menzalimi anak kecil.

Ustaz Lokmanulhakim [Ustaz Abu Umair]
Dalam kes seperti ini hak penjagaan (hadhanah) kanak-kanak tersebut adalah milik si ibunya. Ini berdasarkan umum hadith Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam أنت أحق به ما لم تنكحي “Kamu lebih berhak ke atasnya selama mana kamu tidak bernikah”.

Ayah dan ibu perempuan itu tidak berhak memaksanya supaya menyerahkan anaknya kepada orang lain kerana:

– Hak hadhanahnya adalah sabit dengan nas dan ijmak.
– Ia membawa kepada pemutusan silatul rahim.
– Ia boleh termasuk dalam larangan Nabi SAW daripada memisahkan antara seorang ibu dan anak, dalam sabdanya من فرق بين والدة وولدها فرق الله بينه وبين أحبائه يوم القيامة “Sesiapa memisahkan antara seorang ibu (hamba) dan anaknya, maka Allah akan memisahkan antaranya dan orang2 kesayangannya pada hari kiamat.
– Ia boleh membawa kepada kepada banyak implikasi negatif yang memudaratkan si anak yang tidak bersalah. Sedangkan prinsip Syariah adalah menolak kemudaratan.

Maka, kesimpulannya tidak ada ketaatan dalam perkara maksiat.

Wallahu A’lam.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s