4 comments on “Puasa Enam Dan Beberapa Persoalan

  1. Assalamualaikum.
    saya mempunyai penyakit was-was. Satu hari ketika solat, saya rasa kaki saya seperti ditiup angin, saya tidak pasti sama ada aurat saya terbuka atau tidak. tetapi semasa saya periksa setelah selesai solat, saya mendapati bahawa aurat saya masih ditutup. tetapi bagaimanakah jika aurat saya telah pun terbuka?

    1) Adakah saya perlu mnggantikan solat saya?
    adakah saya berdosa jika cuba meyakinkan diri sendiri bahawa saya tidak membuka aurat saya sebantar tadi?

  2. Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh…

    Pertama sekali saya mahu memohon maaf sekiranya soalan saya ini tidak menepati pengisian entry Puasa Enam & Beberapa Persoalan ini. Saya cuma ingin memohon pendapat mengenai 2 situasi yang saya akan ceritakan dibawah. Kalau boleh saya nak dengan dalil sekali. Harap pihak soaljawab.wordpress.com dapat bantu saya.

    Situasi 1
    Kawan perempuan saya datang dari Kuala Lumpur ke Kedah seramai 3orang. Saya pergi menjemput mereka di stesen bas dan kebetulan pada masa yang sama seorang lagi kawan lelaki saya ada berhampiran dengan stesen bas tersebut, saya minta tolong dia untuk menghantar barang-barang 3 orang kawan perempuan saya ke rumah saya sebab kereta saya dah penuh. So, kami bergerak 2 kereta berasingan balik ke rumah saya. Di rumah ada Ibu dan salah seorang abang saya. Di sebabkan waktu maghrib dah nak masuk, sahabat lelaki saya tumpang solat di rumah saya. Dan selepas selesai solat, dia pun beredar pulang.

    Soalan saya: Adakah salah saya membawa pulang kawan lelaki saya balik ke rumah berdasarkan situasi yang saya ceritakan?

    Situasi 2
    Anak saudara kakak ipar saya (lelaki berusia 18tahun) berasal dari Sarawak dan sedang belajar di salah sebuah universiti di Pahang. Atas beberapa sebab dia tidak dapat pulang beraya ke Sarawak dan telah mengikut saya pulang ke Kedah untuk berhari raya. Saya drive sendiri untuk pulang dari Kuala Lumpur ke Kedah. Selain anak saudara kakak ipar saya, saya juga membawa pulang nenek saya yang berusia 83 tahun. Perjalanan saya ke Kedah mengambil masa 8 Jam dan sepanjang perjalanan saya, nenek dan anak saudara kakak ipar saya tersebut bersembang bagi mengelakkan saya mengantuk ketika memandu. Kami bertolak 4 petang dan selamat sampai pukul 11 malam.

    Soalan saya: Adakah salah saya bersama-sama dengan anak buah kakak ipar saya yang seorang lelaki bukan muhrim saya tetapi bukan secara berdua-duaan sepanjang perjalanan pulang ke Kampung?

    Saya sangat berharap jawapan daripada persoalan dapat disertakan dengan dalil agar dapat pemahaman yang jelas kepada saya. Perhatian yang diberikan amat saya hargai.

    Sekian Terima Kasih.
    Aanisah Abdul Rahman (aanisah_abdulrahman@yahoo.com)

  3. Aanisah,

    Assalamualaikum wbt. Ringkasnya perbuatan anda tidak salah, ia tidak dikira berdua-duaan kerana ada mahram yang lain, apatah lagi anda pula bukan suka-suka mahu ada bersama dengan lelaki tersebut.

    Wallahua’lam

  4. Hamba Allah,

    Waalaikumussalam wbt.

    a) Saudara tidak perlu melayan was-was itu.

    b) Kaedah menyatakan ‘keyakinan tidak dapat dihilangkan dengan syak’.

    c) Oleh kerana saudara sudah sedia memakai pakaian menutup aurat ketika solat, jika saudara syak terbuka tanpa sebarang bukti, maka usah dilayan. Ia mainan syaitan yang hanya akan menyukarkan saudara beribadah.

    d) Tidak perlu ganti solat saudara, solat saudara Insya-allah sah.

    e) Insya-allah tidak berdosa.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s