Dilema Kakak: Mahu Witir Bersama Imam Atau Tidak Witir Bersama Imam Kerana Mahu Qiamullail?


تريد أن تتهجد آخر الليل فهل توتر مع الإمام في التروايح؟
Ingin Melakukan Tahajud di Akhir Malam. Apakah dia perlu berwitir bersama imam selepas solat terawih?

أنا امرأة مسلمة أحافظ على أداء صلاة التراويح . وفي الغالب إذا لم أذهب إلى الصلاة في المسجد فإن أخي الذي يصغرني سناً لا يذهب أيضاً . وإذا ذهبنا إلى المسجد نصلي الوتر مع الإمام . وقد اعتدت على الاستيقاظ في جوف الليل لصلاة التهجد وقراءة القرآن ، ولكني بعد صلاة الوتر لا أستطيع أن أصلي صلاة التهجد . فما هو الخيار الأفضل بالنسبة لي ؟ أداء صلاة التراويح في المسجد حتى يصلي أخي في المسجد أم البقاء في البيت لأصلي صلاة التهجد في جوف الليل ؟ أيهما أكثر أجراً ؟.

Saya seorang wanita Muslimah. Saya ingin sekali menjaga solat terawih. Kebiasaannya, jika saya tidak pergi solat di masjid, maka adik lelaki saya juga tidak akan ke masjid. Apabila kami ke masjid, kami akan solat witir bersama imam. Saya sering bangun di akhir malam untuk melakukan solat tahajud dan membaca al-Quran. Akan tetapi, oleh kerana (saya telah melakukan solat witir bersama imam tadi), selepas solat witir saya tidak boleh lagi melakukan solat tahajud.

Apakah pilihan yang terbaik untuk diri saya? Melakukan solat terawih di masjid agar adik lelaki saya dapat solat di masjid jua, atau tinggal di rumah supaya saya boleh melakukan solat tahajud di akhir malam? Mana satukah yang lebih banyak pahalanya?

الحمد لله
ذهابك للمسجد ، وحضورك التروايح مع الجماعة ، ولقاؤك بأخواتك المسلمات ، كل ذلك خير وهدى والحمد لله . وكونك تعينين أخاك على هذا الخير ، طاعة أخرى تضاف لذلك .

Pemergian saudari ke masjid, kehadiran saudari di dalam jemaah, pertemuan saudari dengan saudari-saudari Muslimah yang lain, kesemua itu merupakan kebaikan dan petunjuk daripada Allah. Alhamdulillah. Sikap saudari yang mahu membantu adik lelaki saudari untuk melakukan kebaikan, merupakan satu lagi ketaatan lain.

ولا تعارض بين هذا وبين تهجدك آخر الليل ، فبإمكانك أن تجمعي بين هذه الفضائل كلها .

Tidak wujud pertentangan di antara melakukan hal ini dan keinginan saudari untuk melakukan tahajud di akhir malam. Saudari boleh mengumpulkan kesemua kebaikan ini sekaligus.

وذلك بأحد أمرين :

Ia dapat dilakukan dengan dua cara:

الأول : أن توتري مع الإمام ، ثم إذا تيسر لك التهجد بعد ذلك ، فصلِّ ما كتب الله لك ركعتين ركعتين ، دون أن تعيدي صلاة الوتر مرة أخرى ، لأنه لا وتران في ليلة .

Pertama: Melakukan witir bersama imam. Kemudian, apabila dimudahkan untuk saudari bagun melakukan tahajud selepas itu, maka solatlah dengan apa yang telah Allah putuskan untuk saudari, lakukannya dua rakaat-rakaat. Tidak perlu melakukan solat witir sekali lagi. Ini kerana tidak wujud dua witir di dalam satu malam.

الثاني : أن تؤخري الوتر إلى آخر الليل ، فإذا سلم الإمام من صلاة الوتر فإنك لا تسلمين معه ، بل تقومين وتزيدين ركعة ، ليكون وترك آخر الليل .

Kedua: Mengakhirkan solat witir ke akhir malam. Apabila imam memberi salam di dalam solat witir, maka saudari tidak perlu memberi salam bersama beliau, sebaliknya saudari bangun dan menambah satu lagi rakaat, dengan itu witir saudari akan dilakukan di akhir malam.

وقد سئل الشيخ ابن باز رحمه الله : بعض الناس إذا صلى مع الإمام الوتر وسلم الإمام قام وأتى بركعة ليكون وتره آخر الليل ، فما حكم هذا العمل ؟ وهل يعتبر انصرف مع الإمام ؟

Shaikh Ibn Baz rahimahullah pernah disoal: Sebahagian manusia, apabila solat witir bersama imam dan imam memberi salam, maka dia bangun dan melakukan satu rakaat supaya witir dapat dilakukan pada akhir malam. Apakah hukum melakukan hal ini? Apakah di kira bersurai bersama imam?

فأجاب :

Jawapan:

” لا نعلم في هذا بأساً ، نص عليه العلماء ، ولا حرج فيه حتى يكون وتره في آخر الليل . ويصدق عليه أنه قام مع الإمام حتى ينصرف ، لأنه قام معه حتى انصرف الإمام وزاد ركعة لمصلحة شرعية حتى يكون وتره آخر الليل فلا بأس بهذا ، ولا يخرج به عن كونه ما قام مع الإمام ، بل هو قام مع الإمام حتى انصرف لكنه لم ينصرف معه ، بل تأخر قليلا ” انتهى .

Yang kami tahu, hal ini tidak salah. Ulama jua ada menyebutkan hal ini dan bukanlah ia satu kesalahan, maka dia boleh melakukan witir di akhir malam. Benar, dia telah solat bersama imam sehingga selesai. Ini kerana dia solat bersama imam hingga selesai, dan dia telah menambah satu lagi rakaat untuk kepentingan yang syar’ie iaitu supaya witir dapat dilakukan di akhir malam. Maka tiada apa-apa masalah dengan hal ini. Dia juga tidak terkeluar daripada orang yang bersoalat bersama imam, bahkan hakikatnya dia solat bersama, hanya sahaja apabila imam bersurai, dia tidak bersurai sama, sebaliknya dia melewatkan.

“مجموع فتاوى ابن باز” (11/312) .

Majmu’ Fatawa, Shaikh Ibn Baz (11/312)

وسئل الشيخ ابن جبرين حفظه الله سؤالا مشابها ، فأجاب :

Shaikh Jibrin Rahimahullah turut ditanya soalan yang sama, beliau menjawab:

” يفضّل في حق المأموم متابعة الإمام حتى ينصرف من التراويح والوتر ؛ ليصدق عليه أنه صلى مع الإمام حتى انصرف ، فيكتب له قيام ليلة ، وكما فعله الإمام أحمد وغيره من العلماء .

Lebih baik seorang makmum mengikut imam sehingga dia selesai daripada terawih dan witir. Oleh itu dia akan bersama imam sehingga selesai, dan ditulis untuknya ganjaran seperti qiamullail sepenuh malam. Ini sebagaimana yang dilakukan oleh Imam Ahmad dan ulama’-ulama’ yang lain.

وعلى هذا فإن أوتر معه وانصرف معه ، فلا حاجة إلى الوتر آخر الليل ، فإن استيقظ آخر الليل صلى ما كُتب له شفعا (أي ركعتين ركعتين) ولا يعيد الوتر ، فإنه لا وتران في ليلة …

Oleh kerana itu, seandainya seseorang witir bersama imam, dan menyelesaikan solat bersama imam. Dia tidak perlu lagi melakukan witir di akhir malam. Seandainya dia terjaga di akhir malam, solatlah sebagaimana yang ditulis oleh Allah untuknya, sebanyak dua rakaat, dua rakaat, dan tidak pula mengulangi witir. Sesungguhnya tiada dua witir di dalam satu malam.

وفضّل بعض العلماء أن يشفع الوتر مع الإمام (أي يزيد ركعة) ، بأن يقوم بعد سلام الإمام فيصلي ركعة ثم يسلم ، ويجعل وتره آخر تهجده ؛ لقوله صلى الله عليه وسلم : ( فَإِذَا خَشِيَ أَحَدُكُمْ الصُّبْحَ صَلَّى رَكْعَةً وَاحِدَةً تُوتِرُ لَهُ مَا قَدْ صَلَّى ) ، وكذا قوله : ( اجْعَلُوا آخِرَ صَلاتِكُمْ بِاللَّيْلِ وِتْرًا ) ” انتهى نقلا عن “فتاوى رمضان” (ص 826) .

Sebahagian ulama’ berpendapat lebih baik menjadikan witir bersama imam menjadi dua rakaat (iaitu dengan menambah satu rakaat lagi), iaitu dengan bangun selepas imam memberi salam, dan melakukan satu rakaat lagi, kemudian memberi salam. Kemudian dia melakukan witir di akhir tahajudnya. Ini berdasarkan sabda nabi sallallahu ‘alaihi wasallam: Apabila kamu takut datangnya waktu Subuh, maka solatlah satu rakaat untuk menjadikan witir kepada solat yang telah kamu lakukan.” Begitu juga sabdanya: Jadikan witir akhir solat kalian di waktu malam.
Selesai nukilan daripada Fatwa Ramadhan m/s 826.

وأفتت اللجنة الدائمة بأن هذا الأمر الثاني : حسن .
“فتاوى اللجنة الدائمة” (7/207) .

Majlis Fatwa Tetap telah mengeluarkan fatwa bahawa cara yang kedua adalah bagus. Fatwa Lajnah Daimah 7/207.

sumber: http://www.islamqa.com/ar/ref/65702

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s