3 comments on “Bolehkah Memberitahu Aurat Kepada Bukan Mahram

  1. Salam.

    Bagaimanakah kalau di universiti, rakan sebiliknya kafir. Haruskah berpakaian menutup aurat sama seperti ketika berhadapan dengan lelaki ajnabi ketika di bilik jika begitu?

    Assalamualaikum wbt.

    Ulama’ berbeza pendapat dalam hal ini, menurut mazhab syafie, auratnya sama sahaja dengan lelaki bukan mahram, manakala sebahagian ulama’ yang lain menyatakan sama seperti wanita Muslimah yang lain dengan syarat wanita kafir itu dipercayai seperti tidak akan menceritakan aurat kita kepaa orang lain dan sebagainya.

    Ini pula adalah fatwa tentang hal ini:

    Keputusan:

    Terdapat dua pendapat berkaitan permasalahan ini :
    1) Harus bagi wanita bukan Islam melihat anggota wanita Islam yang terdedah pada kebiasaannya ketika menjalankan pekerjaan. Yang dikehendaki dengan anggota yang terdedah diwaktu menjalankan pekerjaan ialah kepala,tengkok/leher, lengan dan hujung betis.dan haram baginya melihat anggota-anggota yang lain dari yang tersebut.

    2) Harus bagi wanita bukan Islam melihat aurat wanita kecuali anggota diantara pusat dan lutut memandangkan kepada mereka sama-sama wanita.

    Pendapat pertama adalah muktamad, namun demikian memandangkan keadaan pergaulan wanita yang berlainan agama begitu meluas di sekolah-sekolah, di pusat-pusat pengajian tinggi,di asrama, di tempat bekerja dan lain-lain, maka pendapat kedua itu ada kesesuaian dengan keadaan.
    Keterangan/Hujah:

    Rujuk nas Hasyiyah Qalyubi juzuk 3 m/s 211
    Status Penwartaan:
    Tidak Diwartakan
    Negeri: * Kedah
    http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/aurat-wanita-di-hadapan-wanita-bukan-islam-0

  2. assalamualaikum ust…sya nk tanya 2 soalan;
    1. betulkah kita tidak boleh tentukan sama ada seseorang itu di tempatkan di syurga atau neraka sedangkan kita tahu seseorang itu telah melakukan maksiat. Sesetengah pendapat mengatakan kita ni tiada hak untuk mengatakan dosa/pahala syurga/neraka kepada seseorang..niat kita adalah untuk menyuruh berubah ke jln yang benar.

    2. adakah kita boleh tahu sama ada solat kita di terima oleh ALLAH SWT sedang kita tidak menutup aurat ( tidak bertudung/ berpakaian menampak aurat) selain bersolat sahaja menutup aurat..kerana sesetengah pendapat samada kita diterima atau tidak bergantung kepada keikhlas semasa solat sahaja bkn terhadap aktiviti yang di lakukan sebelum/selepas solat

    di harapkan ust dapat menerangkan lebih terperincil lagi

  3. Waalaikumussalam w.b.t

    Benar, tidak wajar kita menyatakan seseorang itu di syurga atau neraka. Kita hanya tahu apa yang kita nampak, tetapi benda-benda yang kita tidak nampak kita tidak tahu. Boleh jadi seseorang yang kita nampak baik, sebenarnya dia banyak melakukan kejahatan yang kita tidak nampak, boleh jadi seseorang yang kita nampak jahat, dia banyak melakukan kebaikan yang tidak kita tahu.

    Kita hendaklah berbaik sangka dengan Allah. Jika kita sudah melakukan yang terbaik untuk solat kita, yakinilah dan bersangka baiklah dengan Allah. Dan berusahalah memperbaiki diri kita di luar solat pula.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s