Bolehkah berubat dengan arak

Dalam perubatan Cina tradisional arak bersifat menghangatkan dan melancarkan perjalanan darah sehingga boleh menguatkan kesan perubatan. Lebih-lebih pada kes penyakit ‘yin/dingin’ dan gangguan perjalanan darah.[1]

Bagaimanakah pandangan Islam mengenai perubatan dengan arak?

Perlu diketahui, majoriti ulama mengharamkan berubat dengan Arak (iaitu sesuatu yang memabukkan) seperti arak. Alasan terlarangnya hal ini adalah sebagai berikut.

Pertama: Hadis Thoriq bin Suwaid Al Ju’fi

Thoriq bin Suwaid Al Ju’fi pernah bertanya kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengenai Arak. Kemudian baginda saw melarang atau tidak suka untuk menggunakannya. Kemudian Thoriq mengatakan bahawa Arak itu hanya akan digunakan sebagai ubat. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam lantas mengatakan,

إِنَّهُ لَيْسَ بِدَوَاءٍ وَلَكِنَّهُ دَاءٌ

Sesungguhnya Arak bukanlah ubat, namun sebenarnya dia adalah penyakit.[2]

Syaikhul Islam Ibnu Taimiah mengatakan, “Inilah dalil tegas yang melarang berubat dengan Arak dan sebagai bantahan kepada orang yang membolehkannya. Begitu pula dengan benda-benda haram lainnya berlaku demikian (terlarang digunakan untuk berubat) dengan alasan qias (analogi). Hal ini berbeza dengan orang yang membezakan antara keduanya.”[3]

Sungguh sangat aneh jika ada sebahagian doktor muslim yang membolehkan berubat dengan Arak (arak) sedangkan Nabinya sendiri mengatakan bahawa Arak itu adalah penyakit!

Kedua: Hadis Abu Darda’

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إنَّ اللَّهَ أَنْزَلَ الدَّوَاءَ وَأَنْزَلَ الدَّاءَ وَجَعَلَ لِكُلِّ دَاءٍ دَوَاءً فَتَدَاوَوْا وَلَا تَتَدَاوَوْا بِحَرَامِ

Sesungguhnya Allah menurunkan ubat dan Dia juga menurunkan penyakit. Allah menjadikan ubat pada setiap penyakit. Oleh kerana itu, berubatlah. Namun janganlah kalian berubat dengan yang haram. ”[4]

Ketiga: Hadis Abu Hurairah

Dari Abu Hurairah, beliau mengatakan,

نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الدَّوَاءِ بِالْخَبِيثِ

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang menggunakan ubat yang khobis (kotor).[5]

Inilah dalil-dalil yang menunjukkan larangan berubat dengan yang haram secara umum dan menunjukkan pula terlarangnya menggunakan Arak (arak) secara khusus.

Satu kekeliruan

Mungkin ada yang menanyakan, “Kenapa dalam masalah perubatan dengan Arak tidak masuk dalam kaedah Ushul Fiqih: “Keadaan darurat membolehkan sesuatu yang terlarang”?”[6]

Jawapannya:

Pertama, berubat bukanlah termasuk perkara darurat daripada pelbagai pendapat ulama yang lebih kuat dan berubat bukanlah suatu kewajipan menurut majoriti ulama. Sampai-sampai Syaikhul Islam Ibnu Taimiah mengatakan,

وَلَسْتُ أَعْلَمُ سَالِفًا أَوْجَبَ التداوي

“Aku tidak mengetahui satu ulama salaf (ulama terdahulu) yang mewajibkan untuk berubat.”[7]

Syaikh Muhammad bin ‘Ibrahim Alu Syaikh rahimahullah mengatakan,  “Hukum asal berubat adalah dibolehkan, namun bukanlah wajib. Maka tidak boleh seseorang berubat dengan yang terlarang kerana alasan melakukan sesuatu yang dibolehkan.”[8]

Dalil pendukung hal ini adalah hadis Ibnu ‘Abbas  mengenai wanita hitam yang mendatangi Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.

فَقَالَتْ إِنِّى أُصْرَعُ ، وَإِنِّى أَتَكَشَّفُ فَادْعُ اللَّهَ لِى . قَالَ « إِنْ شِئْتِ صَبَرْتِ وَلَكِ الْجَنَّةُ وَإِنْ شِئْتِ دَعَوْتُ اللَّهَ أَنْ يُعَافِيَكِ » . فَقَالَتْ أَصْبِرُ . فَقَالَتْ إِنِّى أَتَكَشَّفُ فَادْعُ اللَّهَ أَنْ لاَ أَتَكَشَّفَ ، فَدَعَا لَهَا .

Wanita tersebut mengatakan, “Aku sering menderita penyakit sawan sehingga auratku sering terbuka. Berdoalah pada Allah untukku.” Baginda berkata, “Jika engkau mahu, bersabarlah maka bagimu syurga. Dan jika engkau mahu, aku akan berdoa kepada Allah untuk menyembuhkanmu.” Wanita tersebut mengatakan, “Kalau begitu aku memilih untuk bersabar. Sesungguhnya auratku sering tersingkap (ketika sawan), maka berdoalah pada Allah agar auratku tidak tersingkap ketika itu.” Kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mendoakan wanita tadi (agar auratnya tidak tersingkap).[9]

Seandainya berubat itu wajib, tentu Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak perlu memberi pilihan di dalam hadis di atas.

Asy Syaukani mengatakan, “Tidak berubat lebih utama jika seseorang mampu untuk bersabar.”

Murid Asy Syaukani, Shidiq Hasan Khan mengatakan, “Lebih utama jika seseorang mampu untuk bersabar. Alasannya kerana di dalam hadis di atas Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengatakan, “Jika mahu, engkau lebih baik untuk bersabar.” Namun jika tidak mampu untuk bersabar terhadap sakit yang diderita dan merasakan sempit ketika menahan sakit, dalam keadaan ini berubat lebih utama kerana keutamaan tidak berubat tiada jika tidak mampu bersabar.”[10]

Kedua, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam telah menegaskan mengenai haramnya berubat dengan Arak, sebagaimana telah disebutkan dalam hadis yang telah lalu.[11]

Kesimpulan: Arak (contoh arak) tidak boleh digunakan untuk berubat.

Ingat, Perbahasan ini berbeza dengan Perbahasan menggunakan ubat atau antiseptik yang mengandungi alkohol. Insya Allah akan datang penjelasannya mengenai hal yang dimaksudkan.

Penulis: Muhammad Abduh Tuasikal (Alumni Teknik Kimia UGM 2002-2007)

Ertikel Rumaysho.com

Notakaki:


[1] Sumber bacaan: http://www.suarakarya-online.com/news.html?id=120307

[2] HR. Muslim no. 1984, dari Wa-il bin Hujr

[3] Majmu’ Al Fatawa, 21/568.

[4] HR. Abu Daud no. 3874. Ibnu Muflih dalam Al Adab Asy Syar’iah 2/336 mengatakan bahawa sanad hadis ini hasan. Asy Syaukani dalam Ad Durori Al Madhiyah hal. 353 mengatakan bahawa dalam sanad hadis ini Isma’il bin ‘Ias.

Syaikh Al Albani dalam Misykah Al Mashobih 4464 mengatakan bahawa sanad hadis ini dhaif, namun bahagian kalimat pertama dinilai sahih dilihat daripada jalur lainnya (baca: sahih lighoirihi).

[5] HR. Abu Daud no. 3870, Ibnu Majah no. 2802, At Tirmizi no. 2045 dan Ahmad 15/193. Syaikh Ahmad Syakir mengatakan bahawa sanad hadis ini sahih. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadis ini sahih.

[6] Perbahasan ini adalah sanggahan terhadap pernyataan Dr. Yusuf al-Qaradhawi yang mengatakan, “Walaupun demikian, jika hingga terjadi keadaan darurat, maka darurat itu dalam pandangan syariat Islam ada hukumnya tersendiri. Oleh kerana itu, kalau seandainya arak atau ubat yang dicampur dengan arak itu dapat dinyatakan sebagai ubat untuk sesuatu penyakit yang sangat mengancam kehidupan manusia, di mana tiada ubat lainnya kecuali arak, dan saya sendiri percaya hal itu tidak akan terjadi, dan setelah mendapat pengesahan daripada doktor muslim yang mahir dalam ilmu kedoktoran dan mempunyai semangat terhadap agama, maka dalam keadaan demikian berdasar kaedah agama yang selalu membuat kemudahan dan menghilangkan beban yang berat, maka berubat dengan arak tidaklah dilarang, dengan syarat dalam batas seminima mungkin.” (Sumber: http://www.halalguide.info/2009/03/05/arak-adalah-penyakit-bukan-ubat/comment-page-1/#comment-512 )

[7] Majmu’ Al Fatawa, 21/564.

[8] Fatawa wa Rosa-il Syaikh Muhammad bin Ibrahim Alu Syaikh, 3/139, Asy Syamilah

[9] HR. Al-Bukhari no. 5652 dan Muslim no. 2576.

[10] Lihat Ar Roudhotun Nadiyah Syarh Ad Durorul Bahiyah, Shidiq Hasan Khon, 2/353, Darul ‘Aqidah, cetakan pertama, tahun 1422 H.

[11] Perbahasan ini kami olah dari Sahih Fiqih Sunnah, 2/391 dengan beberapa tambahan.

http://rumaysho.com/hukum-islam/umum/2879-bolehkah-berubat-dengan-arak.html

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s