Kem Solat Dan Pengurusan Jenazah [25-27 Disember]

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

Di sini, kami ingin memaklumkan satu berita gembira buat mereka yang ternanti-nanti dan berhajat menyertai Kem Solat Dan Pengurusan Jenazah. Walaupun asalnya ia hanya dibuka untuk umur 12-18 tahun sahaja, kerana terdapat permintaan mereka yang datang daripada golongan pelajar IPT dan orang-orang dewasa. Maka, pihak INTIS Consultant, selaku penganjur, membuka penyertaan kem kali ini untuk mereka yang berumur di atas 18 tahun.

Di sini detil tentang hal tersebut.

Modul LDK-

Peserta di atas umur 18 tahun akan diletakkan di dalam kumpulan tersendiri, dan tidak bercampur dengan peserta remaja. Ini untuk memudahkan pelaksanaan LDK supaya bersesuaian dengan peringkat umur.

Kelepasan daripada aktiviti yang ke anak-anakan.

Untuk aktiviti yang mungkin tidak sesuai untuk orang dewasa, yang akan dilakukan di dalam sesi riadah, peserta dewasa ini akan diberikan kelepasan untuk tidak menyertai aktiviti tersebut.

Had jumlah peserta dewasa.

Untuk peserta dewasa, jumlah penyertaan dihadkan kepada 20 orang sahaja.

Tarikh tutup penyertaan akan dilanjutkan ke 24 Disember 2009 [Khamis] jam 500 petang.

http://intisonline.files.wordpress.com/2009/12/jenazah-management-kem-solat-copy.jpg?w=478&h=358

Kem Solat dan Pengurusan Jenazah 2009

Tarikh:

25 – 27 Disember 2009 (Jumaat – Ahad)

Tempat:

Masjid As-syakirin, Gombak

Anjuran: INTIS Consultant dan Masjid asy-Syakirin

MAKLUMAT PROGRAM

Program ini  memupuk kesedaran di kalangan pelajar tentang kepentingan akidah dan bahaya syirik. Selain itu, program ini mendedakan peserta secara  teori dan praktikal solat serta pengurusan jenazah mengikut conton nabi s.a.w. Peserta juga akan di dedahkan dengan adab-adab yang di ajarkan nabi dalam kehidupan seharian seperti makan, tidur, dan sebagainya.

PENDAFTARAN

Yuran peserta = RM80.00 seorang

35 orang peserta lelaki ( 12-18 tahun)

35 orang peserta perempuan( 12-18 tahun)

20 0rang (18 tahun ke atas)

Barangan yang perlu dibawa- pakaian untuk belajar, solat, bersukan dan tidur. Bantal, selimut, toto (tilam tidak disediakan), peralatan mandi dan alat tulis. Alat tulis.

Tidak digalakkan membawa barang berharga untuk mengelakkan kecurian.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya  terdapat sebarang masalah atau ingin membuat pendaftaran, bolehlah menghubungi wakil pihak kami melalui saudara fathi (pendaftaran peserta lelaki) di talian 0193652864 atau saudari ummil ulfah (pendaftaran peserta perempuan) di talian 0133087012. Terima Kasih atas kerjasama anda.

Pembayaran boleh dibuat melalui akaun Bank Islam atas nama

Muhamad Hafizi Mihzan Bin Zaidon ( akaun khas program):

14-162-02-014192-0 (Bank Islam)

Perhatian :

Kepada peserta yang membuat bayaran yuran melalui akaun bank islam, di harap dapat memaklumkan kepada pihak kami dengan lebih awal untuk kelancaran pengurusan dan salinan slip pembayaran beserta boring ini hendaklah di bawa pada hari pendaftaran.

Alamat tempat program : Masjid as-syakirin, Batu 5 1/2 Jalan Gombak, Taman Gombak Jaya, 53000 Kuala Lumpur

(Berdekatan Balai Polis Gombak)

Tarikh Tutup Pendaftaran: Isnin 21 Disember 2009

Klik di sini untuk memuat turun borang penyertaan

http://intisonline.files.wordpress.com/2009/12/kem-solat-n-jenazah.pdf

Tentatif Program:

TENTATIF PROGRAM

.25 Disember 2009, Jumaat

03.00 pm : Pendaftaran

04.00 pm : Taklimat program kepada peserta

04.30 pm : Solat Asar

05.00 pm : Ice-breaking

06.00 pm : Khidmat Diri

06.30 pm : Makan malam

07.00 pm : Solat Maghrib

07.30 pm : Kuliah Akidah

08.30 pm : Solat Isya’

09.00 pm : LDK 1- Thaharah

10.30 pm : Minum malam

11.00 pm : Zikir dan doa tidur

11.15 pm : Tidur

26 Disember 2009, Sabtu

04.45 am : Bangun dan khidmat diri

05.00 am : Qiamullail

06.00 am : Solat Subuh

06.30 am : Halaqah al-Quran

07.00 am : Riadhah

07.45 am : Sarapan

08.00 am : Khidmat Diri

08.15 am : LDK 2- Solat

09.30 am : Rehat

10.00 am : LDK 3- solat dan solat jenazah

11.15 am : LDK 4- Adab-adab seharian

12.00 pm : Rehat

12.30 pm : Makan tengahari

12.45 pm : Khidmat diri

01.15 pm : Solat Zuhur

02.00 pm : LDK 5- mandi jenazah dan kafan

04.00 pm : Rehat dan minum petang

04.20 pm : Solat Asar

05.00 pm : Riadhah

06.00 pm : Khidmat diri

06.30 pm : Makan malam

07.00 pm : Solat Maghrib

07.30 pm : Kuliah- Anak Soleh

08.30 pm : Solat Isya’

09.00 pm : LDK 6- adab-adab seharian

09.20 pm : Presentation adab-adab seharian

10.30 pm : Minum malam

11.00 pm : Zikir dan Adab Tidur

11.15 pm : Tidur

27 Disember 2009, Ahad

04.45 am : Bangun dan khidmat diri

05.00 am : Qiamullail

06.00 am : Solat Subuh

06.30 am : Muraja’ah

07.30 am : CURHAT (Curahan Hati)

07.45 am : Khidmat diri

08.00 am : Minum pagi

08.30 am : Test 1 (Praktikal Wudhu, solat dan solat jenazah)

09.30 am : Rehat

10.00 am : Game jenazah

11.30 am : Ujian bertulis

12.00 pm : Rehat

12.30 pm : Makan tengahari

12.45 pm : Khidmat diri

01.15 pm : Solat Zuhur

02.00 pm : Majlis penutup

02.30 pm : Penyerahan kad laporan

03.30 pm : Bersurai

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s