WAKTU BERPUASA

WAKTU BERPUASA

1. Bilakah bermulanya waktu puasa ?

Allah berfirman :

﴿ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْر ثُمَّ أَتِمُّوا الصِّيَامَ إِلَى اللَّيْلِ

Maksudnya : ” Dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, iaitu fajar.

Kemudian sempurnakanlah puasa itu hingga tibanya malam..” [Al-Baqarah : 187]

– Apakah yang dimaksudkan dengan ﴿الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَد ِ﴾ ?

Dari ‘Adi bin Hatim, beliau berkata :

لما نزلت ﴿حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ﴾ عمدت إلى عقال أسودَ و إل عقال أبيض، فجعلتهما تحت وسادتي، فجعلت

أنظر في الليل فلا يستبين لي، فغدوت على رسول الله فذكرت له ذلك فقال: [ إنما ذلك سواد الليل و بياض النهار ]

Maksudnya : ” Apabila turun ayat ﴿حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ﴾, lalu aku mengambil iqal hitam

digabungkan dengan iqal putih, dan aku meletakkan keduanya dibawah bantalku, apabila malam aku akan terus melihatnya hingga jelas keduanya bagiku, pada pagi hari aku bertemu Rasulullah, dan aku mencerikakan kepada Baginda apa yang telah aku lakukan, Baginda bersabda : Maksudnya ,hitam itu malam dan putih itu siang “. [HR Al-Bukhari : 1817, Muslim : 1090][1]

Dari Sahl bin Sa’d, beliau berkata :

لما نزلت هذه الآية :﴿ وكلوا واشربوا حتى يتبين لكم الخيط الأبيض من الخيط الأسود ﴾ ؛ قال : فكان الرجل إذا أراد الصوم ؛ ربط أحدهم

في رجليه الخيط الأبيض والخيط الأسود، فلا يزال يأكل ويشرب حتى يتبين له رؤيتهما ، فأنزل الله بعد ذلك : ﴿من الفجر﴾ ، فعلموا أنما يعني

بذلك الليل والنهار.

Maksudnya : Apabila turunnya ayat : ﴿ وكلوا واشربوا حتى يتبين لكم الخيط الأبيض من الخيط الأسود ﴾ , beliau berkata : Ada

seorang lelaki, jika dia ingin berpuasa, dia mengikat benang hitam dan putih di kakinya, dia terus makan

dan minum hingga dia dapat melihat kedua benang tersebut. Maka Allah menurunkan selepas dari itu : ﴿من الفجر﴾            , maka mereka tahu bahawa yang dimaksudkan oleh ayat yang awal tadi adalah malam dan

siang. [HR Al-Bukhari : 1917, Muslim : 1091]

Kesimpulannya, puasa bermula ketika naik fajar.

– Fajar apakah yang dimaksudkan ?

Dari Ibnu Abbas, berkata : Telah bersabda Nabi r :

[ الفجر فجران : فأما الأول ؛ فإنه لا يحرم الطعام ولا يحل الصلاة ، وأما الثاني ؛ فإنه يحرم الطعام ، ويحل الصلاة ]

Maksudnya : ” Fajar itu ada dua : Yang pertama ; sesungguhnya ia tidak mengharamkan makanan dan tidak menghalalkan solat, adapun yang kedua ; sesungguhnya ia mengharamkan makanan dan menghalalkan solat ” [HR Ibnu Khuzaimah : 3/210, Al-Hakim : 1/191 & 495, Addaruqutni : 2/165, dan Albaihaqi : 4/261 dari jalan Sufian, dari Ibnu Juraij, dari ‘Atha, dari Ibnu Abbas][2]

Dari hadis di atas, ulama telah membahagikan fajar kepada dua iaitu :

1. Fajar kaazib[3] : Masih dibolehkan makan dan belum tiba waktu solat subuh.

2. Fajar shodiq [4] : Diharamkan makan dan telah masuk waktu subuh.[5]

2. Bilakah waktu berbuka puasa ?

Waktu berbuka puasa adalah apabila malam iaitu setelah tenggelamnya matahari :

Allah berfirman :

﴿ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْر ثُمَّ أَتِمُّوا الصِّيَامَ إِلَى اللَّيْلِ

Maksudnya : ” Dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang

hitam, iaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu hingga tibanya malam..” [Al-Baqarah : 187]

Dan Baginda r telah menafsirkan ﴾ ثُمَّ أَتِمُّوا الصِّيَامَ إِلَى اللَّيْلِ ﴿ , sebagai terbenamnya matahari sebagaimana hadis yang diriwayatkan dari Umar, berkata : Telah bersabda Nabi :

[ إذا أقبل الليل من هاهنا ، وأدبر النهار من هاهنا، وغربت الشمس ؛ فقد أفطر الصائم ]

Maksudnya : ” Sekiranya malam datang dari sini, dan siang menghilang dari sini, dan terbenam matahari, maka telah berbukalah orang yang berpuasa ” [HR Al-Bukhari : 1954, Muslim : 1100]


[1] Dari zahir hadis ini, kita dapati bahawa ‘Adi bin Hatim telah hadir di saat ayat ini diturunkan, dan beliau telah memeluk islam.

Akan tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Puasa telah difardukan tahun ke-2 selepas hijrah, dan ‘Adi bin Hatim memeluk

islam pada tahun ke-9 atau ke-10 hijrah seperti mana yang termaktub dalam kitab Al-Ishoobah fi Tamyiizi Asshohaabah (2/468)

karangan Ibn Hajar Al-‘Asqalaani Jadi, bagaimana mungkin wujudnya ‘Adi dikala ayat ini diturunkan. Adapun cara penafsiran kita

terhadap kata-kata ‘Adi iaitu (apabila turun ayat….) adalah : Aku telah memeluk islam dan telah dibacakan ayat ini kepadaku,

seperti yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnadnya (4/377). Wallahu’alam.

[2] Sanadnya shahih. Lihat Sifat Shaum Nabi, oleh Syeikh Salim Al-Hilali dan Syeikh Ali Al-Halabi, mks : 37.

[3] Warna putih yang panjang memancar serta menjulang tinggi, seolah-olah binatang.

[4] Warna kemerah-merahan dikaki langit yang menandakan masuknya waktu solat subuh.

[5] Lihat Sifat Shaum Nabi : mks 37.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s