Sunnah Melewatkan Sahur

BERSUHUR[1]

1. Hikmah difardukan suhur

Allah berfirman :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Maksudnya : ” Wahai orang-orang yang beriman, telah difardukan puasa ke atas kamu, sepertimana difardukan ke atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bertaqwa ” [Al-Baqarah : 183]

Sesungguhnya telah difardukan ke atas muslimin ibadah puasa sepertimana difardukan ke atas ahli kitab dari segi hukum dan juga waktu ; jika seseorang itu tidur dan terjaga sebelum tibanya waktu subuh, dia tidak dibenarkan makan, minum serta mendatangi isteri hingga keesokan malam. Apabila perintah ini telah dinasakhkan, Rasulullah r telah memerintahkan kaum muslimin bersahur untuk membezakan antara puasa muslimin dan puasa ahli kitab.

Dari ‘Amru bin Al-‘As, sesungguhnya Rasulullah r bersabda :

[ فصل ما بين صيامنا وصيام أهل الكتاب أكلة السحر ]

Maksudnya : ” Perbezaan antara puasa kita dan puasa ahli kitab adalah makan sahur “. [HR Muslim : 1096]

2. Kelebihan bersuhur

a. Keberkatan pada makanan suhur

– Nabi r bersabda :

[ تسحروا فإن في السَحور بركة ]

Maksudnya : ” Bersuhurlah, sesungguhnya, pada makanan sahur itu ada keberkatan ” [Al-

Bukhari : 1923, Muslim : 1095]

b. Allah dan para malaikat mendoakan orang yang bersuhur

– Nabi r bersabda :

[ السَحور أكلة بركة فلا تدعوه ، ولو أن يجرع أحدكم جرعة من ماء، فإن الله وملائكته يصلون على المتسحرين ]

Maksudnya : ” Makanan suhur itu berkat, maka jangan sekali-kali kamu meninggalkannya,

walaupun kamu meneguk seteguk air, sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya mendoakan

mereka-mereka yang bersuhur “. [HR Ahmad : 3/12 & 44[2], Ibnu Hibban : 3476]

3. Makanan yang terbaik untuk bersuhur

Nabi r bersabda :

[ نعم سَحور المؤمن التمر ]

Maksudnya : ” Sebaik-baik makanan suhur mukmin itu adalah tamar ” [HR Abu Daud : 2345][3]

– Sekiranya tiada ada makanan, sudah kenyang atau tidak ingin makan, maka minumlah sekurang-

kurangnya seteguk air. Apakah kita tidak ingin keberkatan serta doa dari Allah serta para

malaikatnya? Ini berdasarkan hadis yang lalu di mana Nabi bersabda :

[ ولو أن يجرع أحدكم جرعة من ماء ]

Maksudnya : ” Walaupun dengan meneguk seteguk air “. [HR Ahmad : 3/12 & 44, Ibnu Hibban :

3476]

4. Melewatkan bersuhur

– Dari Anas, beliau meriwayatkan dari Zaid bin Thabit,  telah berkata :

[ تسحرنا مع النبي صلى الله عليه وسلم ثم قام إلى الصلاة. قلت : كم كان بين الأذان والسحور ؟ . قال : قدر خمسين آية ]

Maksudnya : ” Kami telah bersuhur bersama dengan Nabi r, kemudian bangun untuk bersolat. Aku telah berkata (Anas) : Berapa lama tempoh antara azan dan bersuhur ? Dia (Zaid) menjawab : Dengan kadar 50 ayat[4] (bacaan Al-Quran) ” [HR Al-Bukhari : 1821, Muslim : 1097]

– Al-Hafiz Ibnu Abdil Barr telah berkata : ” Hadis-hadis yang berkaitan dengan mempercepatkan

berbuka puasa dan melewatkan bersuhur adalah mutawatir….. “[5]

– Sekiranya telah dikumandangkan azan, sedangkan minuman masih ditangan kita, apa yang perlu

dilakukan ?

Nabi r bersabda :

[ إذا سمع أحدكم النداء، و الإناء في يده، فلا يضعه حتى يقضي حاجته ]

Maksudnya : ” Apabila salah seorang dari kamu telah mendengar azan, sedangkan minuman masih ditangannya, maka janganlah dia meletakkan minuman tadi sebelum dia menunaikan hajatnya ” [Lihat Shahih Sunan Abi Daud : 2060]

5. Hukum bersuhur[6]

– Dari hadis-hadis yang lalu, maka dapatlah kita simpulkan di sini bahawa, hukum bersuhur adalah

sunnah mu’akkadah. Ini berdasar 3 qarinah :

1. Perintah Nabi r supaya bersuhur. [تسحروا فإن في السَحور بركة]

2. Suhur membezakan antara puasa muslimin dan ahli kitab.[فصل ما بين صيامنا وصيام أهل الكتاب أكلة السحر]

3. Larangan Nabi r dari meninggalkan suhur. [السَحور أكلة بركة فلا تدعوه]


[1] Di sana ada perbezaan sebutan dan makna antara (السُحور : بضم السين) yang membawa makna ; perbuatan dan waktu, manakala (السَحور : بفتح السين    ) membawa makna : makanan yang dimakan ketika bersuhur. Oleh kerana itu, penyusun menggunakan lafaz : SUHUR, bagi

perbuatan makan, dan SAHUR, bagi apa yang dimakan ketika bersuhur, kerana lebih tepat penggunaannya dari sudut bahasa arab.

Sila lihat perkataan (سحر) dalam Lisaanul ‘Arab : 1/194. Wallahu’alam.

[2] Kata Muhaqqiq Musnad Ahmad, Sheikh Syuaib Al-Arnauth : Hadis ini adalah hadis shahih. Lihat Musnad Ahmad : 3/12 & 44.

[3] Sheikh Al-Albani menshahihkan hadis ini di dalam Shahih Sunan Abi Daud, no : 2055.

[4] Ibn Hajar dalam Fathul Bari :4/199, membawa kata-kata Anas dalam menafsirkan maksud “kadar 50 ayat” : iaitu bacaan yang

sederhana, tidak terlalu cepat, tidak terlalu lambat, tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek.

[5] Lihat Fathul Bari, karangan Ibn Hajar Al-‘Asqalaani : 4/199

[6] Ibn Hajar dalam Fathul Bari : 4/139, menaqalkan ijma’ pada sunnahnya bersuhur. Wallahua’lam.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s