PERKARA YANG WAJIB DITINGGALKAN OLEH ORANG YANG BERPUASA

PERKARA YANG WAJIB DITINGGALKAN OLEH ORANG YANG BERPUASA

1. Perkara yang membatalkan puasa[1]

Perkara-perkara ini bukan sahaja membatalkan puasa, bahkan akan melipat gandakan dosa si pelakunya, kecuali wanita-wanita yang datang haidh atau nifas atau orang sakit yang terpaksa menerima suntikan yang berupa makanan. Kesimpulannya, perbuatan yang disengajakan akan menyebabkan dosa pada si pelaku.Wallahu’alam.

a. Makan dan minum dengan sengaja[2]

– Allah berfirman :

﴿ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْر

Maksudnya : ” Dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang

hitam, iaitu fajar ” [Al-Baqarah : 187]

Jadi, sesiapa yang makan dan minum dengan sengaja setelah naiknya fajar shodiq, maka batallah

puasanya.

– Sekiranya terlupa atau tersalah…Nabi r bersabda :

[ إذا نسي فأكل وشرب ؛ فليتم صيامه ؛ فإنما أطعمه الله وسقاه ]

Maksudnya : ” Apabila seseorang telah terlupa, maka dia telah makan dan minum (kemudian dia

sedar bahawa dia sedang berpuasa) maka sempurnakanlah puasanya. Sesungguhnya Allah telah

memberinya makan dan minum ” [HR Al-Bukhari : 1933, Muslim : 1155]

b. Muntah dengan sengaja

– Nabi r bersabda :

[ من ذرعه القيء ؛ فليس عليه قضاء ، ومن استقاء فليقض ]

Maksudnya : ” Barangsiapa yang terpaksa muntah, maka dia tidak perlu mengqadha, dan

barangsiapa yang muntah dengan sengaja, maka dia perlu mengqadha ” [HR Ibnu Majah : 1676]

c. Haidh dan Nifas

– Nabi r bersabda :

[ أليس إذا حاضت لم تصل و لم تصم ؟ قلن : بلى، قال : فذلك نقصان دينها ]

Maksudnya : ” Adakah wanita yang datang haidh tidak perlu solat dan puasa? Kami berkata :

Ya! Maka Rasulullah menjawab : Itulah kekurangan agama mereka. [HR Muslim : 79 & 80]

– Wanita yang haidh dan nifas wajib mengqadha puasa, sebagaimana diriwayatkan dari ‘Aisyah :

[ فنؤمر بقضاء الصوم، و لا نؤمر بقضاء الصلاة ]

Maksudnya : ” Kami diperintah untuk mengqadha puasa, dan tidak perlu mengqadha solat ” [HR Al-Bukhari : 315, Muslim : 335]

d. Jima’

– Allah berfirman :

﴿ فَالْآَنَ بَاشِرُوهُنَّ وَابْتَغُوا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَكُمْ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْر

Maksudnya : ” Maka sekarang campurilah mereka dan carilah apa yang telah ditetapkan oleh

Allah kepada kamu.Dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, iaitu fajar ” [Al-Baqarah : 187]

Dalam ayat di atas, Ibnul Qayyim berkata di dalam Zaadul Ma’ad[3] : Sesungguhnya, Al-Quran telah menunjukkan jima’ membatalkan puasa seperti makan dan minum serta tidak ada khilaf dalam masalah ini.

– Perlu mengqadha puasa serta membayar kafarah bagi sesiapa yang berjima’

Diriwayatkan dari Abu Hurairah, dari Nabi r :

[ أتاه رجل فقال : يا رسول الله : هلكت !. قال : و ما أهلكك ؟ قال : وقعت على امرأتي في رمضان. قال : هل تستطيع أن تعتق رقبة ؟ قال : لا. قال :

هل تستطيع أن تصوم شهرين متتابعين ؟ قال : لا. قال : هل تستطيع أن تطعم ستين مسكينا ؟ قال : لا. قال : فاجلس، فجلس. فأتي النبي بعرق فيه تمر.

قال : فتصدق به. قال : ما بين لابتيها أحد أفقر منا، قال : فضحك النبي حت بدت أنيابه، قال : خذه، فأطعمه أهلك ]

Maksudnya : ” Telah datang kepada Nabi r seorang lelaki, maka dia telah berkata : Wahai Rasulullah, aku telah binasa! Nabi berkata : Apakah yang menyebabkan kamu binasa? Dia menjawab : Aku telah mencampuri isteriku pada bulan ramadhan. Nabi bersabda : Adakah engkau mampu memerdekakan seorang hamba ? Katanya : Aku tidak mampu. Nabi bersabda lagi : Adakah engkau mampu berpuasa dua bulan berturut-turut ? Katanya : Aku tidak mampu. Nabi bersabda lagi : Adakah engkau mampu memberi makan enam puluh orang miskin ?. Dia berkata : Aku tidak mampu. Nabi bersabda : Duduklah. Maka dia pun duduk. Kemudian, telah didatangkan kepada Nabi sedulang kurma, maka Baginda bersabda : Bersedekahlah dengan ini. Maka lelaki tadi menjawab : Tidak ada yang lebih miskin dari kami antara dua kampung ini. Berkata (Abu Hurairah) : Nabi telah ketawa sehingga terlihat gigi serinya. Nabi bersabda : Ambillah, dan berilah makan keluargamu “. [HR Al-Bukhari : 1834, Muslim : 1111][4]

e. Suntikan yang berupa makanan

Iaitu bertujuan memberi makan kepada pesakit. Perkara ini membatalkan puasa kerana diqiaskan

kepada makan serta minum. [5] Dan ini juga merupakan keputusan Majma’ Fiqhi.[6]


[1] Perkara-pekara yang disenaraikan oleh penyusun adalah perkara yang telah disepakati oleh ulama bahawa sesiapa yang melakukannya, maka batallah puasanya.

[2] Dikaitkan “dengan sengaja” kerana sekiranya sesiapa terlupa, tersalah atau dipaksa makan ; puasa mereka tidak batal. Ini

berdasarkan hadis Nabi : [إن الله وضع عن أمتي الخطأ والنسيان وما استكرهوا عليه] , maksudnya : “Sesungguhnya Allah mengangkat dari umat aku kesilapan, terlupa dan apa yang dipaksa ke atasnya” (HR Al-Hakim : 2/198) Sanadnya shahih.

[3] Zaadul Ma’ad oleh Ibnul Qayyim : 2/60.

[4] Hadis ini diriwayatkan dengan lafaz yang berbeza-beza. Juga diriwayatkan oleh : Abu Daud : 2390, Tirmidzi : 724, Ibnu Majah :

1671 dan lain-lain.

[5] Lihat perbahasan lanjut dalam Haqiqatus Shiyam, oleh Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah : mks 55. Lihat Majmu’ Fatawa Syeikh

Muhammad Soleh Al-Uthaimin : 19/220-221.

[6] Lihat Majallah Majma’ : 2/464

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s