Perkara yang tidak membatalkan puasa tetapi mengurangkan pahala puasa

Yang dimaksudkan dengan mengurangkan pahala puasa adalah tidak membatalkan puasa, tetapi puasanya sia-sia sahaja kerana perbuatan yang dilakukannya, bahkan dia akan diazab kerana perbuatannya. Oleh itu Nabi r telah memberitahu kita dalam sabdanya :

[ رب صائم ليس له من صيامه إلا الجوع و العطش ]

Maksudnya : ” Berapa banyak orang yang berpuasa, tiada apa dari puasanya melainkan menahan dari makan dan minum”. [Lihat Shahih Attarghib : 1076,1077]

Antaranya :

a. Kata-kata dusta

– Dari Abu Hurairah, telah berkata, Nabi r telah bersabda :

[ من لم يدع قول الزور و العمل به فليس لله عز وجل حاجة أن يدع طعامه و شرابه ]

Maksudnya : ” Barang sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta, dan tetap

mengamalkannya, maka Allah sekali-kali tidak berhajat (atas amalannya, meskipun) dia

meninggalkan makanannya serta minumannya “. [HR Al-Bukhari : 1804]

b. Perbuatan yang sia-sia dan keji

– Dari Abu Hurairah, telah berkata, Nabi r telah bersabda :

[ ليس الصيام من الأكل و الشراب، إنما الصيام من اللغو و الرفث، فإن سابّك أحد أو جهِل عليك، فقل : إني صائم، إني صائم ]

Maksudnya : ” Puasa itu tidaklah menahan makan dan minum semata-mata, tetapi puasa juga

adalah menahan dari perbuatan sia-sia dan keji. Jika ada orang mencela kamu, maka katakanlah : Aku berpuasa, aku berpuasa “. [HR Ibnu Khuzaimah : 1996][1]


[1] Sanadnya Shahih, diriwayatkan juga oleh Al-Hakim : 1/430-431.

Advertisements

One thought on “Perkara yang tidak membatalkan puasa tetapi mengurangkan pahala puasa

  1. Assalammualaikum…..

    saya ada soalan sedikit,

    Jika seseorang itu berpuasa, tetapi tidak bersembahyang terawih….
    adakah puasa itu dikira sah???

    Adakah itu puasa yang sia-sia???

    Waalaikumussalam wbt.

    Solat terawih hanyalah sunat. Maka puasanya sah. Cumanya rugilah manusia yang membiarkan perkara yang sunat itu terbiar begitu sahaja.

    Wallahua’lam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s