Batal solat untuk halang pencuri

Salam

sy ada soalan tentang solat:

baru2 ini,sy menghadiri kuliah agama.utz yg mengajar mengatakan kita tidak boleh keluar daripada solat dalam keadaan apa sekalipun,adakah ini benar?utz itu juga berkata,jika barang kita dicuri semasa solat,kita tidak boleh keluar dari soalt,tetapi bleh menghalangnya menggunakan tangan,saya agak musykil tentang ini.adakah ianya benar?

Wassalam

jawapan:

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

– Secara asas, seseorang yang sudah masuk ke dalam solat, wajib menyempurnakannya dan dilarang keluar daripada solat sehingga selesai. Kerana sengaja membatalkan solat termasuk dalam membatalkan ibadah, dan termasuk dalam umum ayat Quran:

وَلَا تُبْطِلُوا أَعْمَالَكُمْ

Maksudnya: Dan jangan kamu membatalkan amalan-amalanmu. (Muhammad: 33).

– Namun, dibenarkan membatalkan sembahyang jika terdapat darurat atau keperluan yang bersangkutan dengan objektif syariat, seperti menjaga nyawa atau menjaga harta.

– Antara keperluan yang mengharuskan keluar daripada solat ialah: jika terlihat harta benda dicuri, sekalipun bukan harta benda miliknya. Kerana ia termasuk dalam memelihara harta benda. Dengan syarat, harta tersebut berharga, dan bukan suatu yang remeh temeh.

– Di dalam Ensiklopedia Feqah Kuwait, “Manakala membatalkannya dengan sebab yang syar’ie, maka ia suatu yang masyruk. Oleh itu, boleh dibatalkan sembahyang untuk membunuh ular kerana ada perintah supaya membunuhnya, dan boleh dibatalkan sembahyang untuk mengelak kehilangan harta yang bernilai samada kepunyaannya atau orang lain”.

Wallahu A’lam.

AAN

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s