Samak rumah non-Muslim dan ada anjing?

Assalamualaikum…

ana nak tanya, katakan ana pindah kat sebuah rumah…

3 ari lepas tinggal kat situ, ana baru dapat tau yg penyewa sebelum ni bukan Islam dan membela anjing…

ape yg harus ana buat? kene samak / tak?

tlg bagi penjelasan termasuk dalil…

Wassalam.
Jawapan:

بسم الله

والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Untuk menyelesaikan masalah di atas, hendaklah difahami beberapa asas dalam syarak;

PERTAMA:

Adakah seluruh badan anjing itu termasuk bulunya adalah najis (mazhab syafie)? Ataupun seluruh badan anjing itu hatta airliurnya adalah suci (mazhab Maliki)? ataupun seluruh tubuhnya najis kecuali airliur (mazhab hanafi dan hanbali)?

Pendapat yg paling kuat dan dipilih oleh syeikhul Islam Ibn Taimiyyah: Anjing tidak najis melainkan airliurnya sahaja.

Majmuk Fatawa Ibn Taimiyyah 21/106

KEDUA:

Kaedah dalam syarak ialah: Setiap tempat di atas muka bumi ini dihukumkan dengan suci melainkan ada dalil yg zahir menunjukkan ia pernah terkena najis.

Kata syeikhul Islam Ibn Taimiyyah: Tidak digalakkan mencari2 najis yang tidka zahir kepada kita. Dan tidak digalakkan berjaga-jaga daripada sesuatu yang tidak ada petunjuk yg zahir berkenaan kenajisannya, hanya disebabkan KEMUNGKINAN ia bernajis.

Kemudian, beliau membawa cerita Umar al-Khattab dan seorang sahabatnya melalui satu tempat, lalu ada air jatuh melalui dari sebuah rumah menimpa sahabatnya. Sahabatnya pun melaung: “Hai tuan punya corong air ini!! Air kamu ini suci atau bernajis?”

Lalu Umar al-Khattab pula melaung: “Hai tuan punya corong air!! Jangan bagitahu pada dia. Ini bukan tanggungjawab dia”.

Majmuk Fatawa Ibn Taimiyyah 21/113.

KETIGA:

Jika anda memilih pendapat yg mengatakan seluruh badan anjing itu najis (kami tidak menggalakkan memilih pendapat ini kerana, dalilnya lemah dan memberatkan), maka ia hanya bernajis apabila berlaku sentuhan antara anjing dan tempat itu apabila salah satu itu BASAH.

Apabila sentuhan itu berlaku dalam keadaan kering, maka tidak perlu dibasuh dengan tanah.

KEEMPAT:

Sesuatu tempat yg bernajis apabila telah kering dan tidak meninggalkan kesan najis samda rasa, bau dan warna, maka ia dihukumkan sebagai SUCI.

Kerana itu ada hadis menyebut:

“Dahulu, anjing-anjing kencing, masuk dan keluar masjid pada zaman Rasulullah SAW, dan mereka tidak menyimbah sesuatupun ke atasnya”.

HR Bukhari 1/75 (dengan sighah takliq).

Abu Daud berdalilkan hadis ini mengatakan: “Tanah apabila telah kering ia menjadi suci”.

wallahu a’lam
al-ahkam

Advertisements

One thought on “Samak rumah non-Muslim dan ada anjing?

  1. salam…
    boleh saya bertanya mengenai hal najis ni? macamane kalau sy ni syak pada penggunaan kasut ,beg atau sbgnya yg dipakai oleh orang bukan islam ? dikhuatiri kasut yg dipakai adalah lining pig , atau ada bahan2x yg diperbuat dri khinzir..kalau kita tidak tahu kasut atau beg atau barang2x yg dipakai oleh orang bukan islam adalah bahan yg diperbuat daripada khinzir,tidak mengapekan? saya sangat sangsi mengenai ini…saya taktahu kenape boleh terfikir sampai begini sekali…semoga Allah mengampuni saya …harap ada yang memberi jawapan bernas…sekian

    Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

    Asal kepada sesuatu adalah suci kecuali ada bukti menunjukkan sebaliknya. Jadi, saudari tidak perlu berasa was-was kecuali ada bukti menunjukkan sesuatu itu najis.

    Wallahua’lam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s