Wanita Mahu Menikah Dengan Syarat Dia Tetap Boleh Mengajar

 

Syaikh Abdul Aziz bin Baz

Pertanyaan.
Syaikh Abdul Aziz bin Baz ditanya : “Seorang wanita mahu menikah dengan
syarat dia boleh tetap mengajar dan calon suaminya menerima syarat tersebut, setelah terjadi kesepakatan wanita tersebut mahu menikah. Apakah si suami tetap wajib memberi nafkah kepadanya dan kepada anak-anaknya sementara wanita tersebut pegawai negeri ? Dan apakah boleh dia (suami) mengambil gaji isterinya tanpa mendapat persetujuannya ? Dan jika wanita itu seorang yang beragama dan tidak mahu mendegar muzik tetapi suami dan keluarga suami memaksanya dengan mengatakan : Sesungguhnya orang yang tidak suka mendengarkan muzik hatinya gundah. Apakah isteri tersebut mesti tetap tinggal bersama suaminya dalam keadaan seperti itu ?”

Jawapan
Apabila seorang wanita mensyaratkan kepada calon suami bahawa dia mahu menikah dengan syarat dia boleh mengajar atau belajar dan syarat tersebut diterima pada saat akad nikah, maka syarat tersebut sah. Dan setelah suaminya mencampurinya, maka tidak boleh baginya menghalangi isterinya daripada mengajar atau belajar berdasarkan sabda Rasulullah صلی الله عليه وسلم :

“Ertinya : Sesungguhnya syarat yang paling berhak kalian penuhi adalah syarat dalam pernikahan”.

Dan jika suami menghalanginya untuk mengajar, maka dia berhak mengajukan tuntutan pembatalan pernikahan kepada pengadilan syar’i atau tetap tinggal bersama suaminya.

Mengenai masalah suami menyuruh isterinya mendengar muzik, bagi isteri
tidak boleh menuntut pembatalan pernikahan, tetapi dia mesti menasihati dan memberitahu suaminya bahawa hal tersebut haram. Dan dia tidak boleh menghadiri acara-acara keluarga yang menggunakan muzik. Rasulullah صلی الله عليه وسلم bersabda.

“Ertinya : Agama adalah nasihat” [Hadits Riwayat Muslim]

Dan sabda Rasulullah صلی الله عليه وسلم.

“Ertinya : Barangsiapa di antara kalian melihat kemungkaran maka ubahlah dengan tanganmu, jika tidak mampu mengubahnya maka dengan lisannya dan jika tidak mampu mengubahnya maka dengan hatinya dan itulah batasan iman yang paling lemah” [ Hadits Riwayat Muslim]

Banyak sekali ayat-ayat dan hadits-hadits sekitar masalah ini. Bagi suami wajib memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya dan tidak dibolehkan dia mengambil gaji isterinya kecuali atas izin dan persetujuan darinya serta tidak boleh bagi isteri tersebut pergi ke rumah keluarga atau tempat yang lain melainkan atas seizin suaminya.

[Fatawa Mar’ah, hal 58]

[Dislain dari kitab Al-Fatawa Al-Jami’ah Lil Mar’atil Muslimah edisi Indonesia Fatwa-Fatwa Tentang Wanita-2, hal 157-160 Darul Haq]

softwaresalafiDB 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s