Soalan: Saya mempunyai perasaan seks yang agak kuat. Saya selalu terasa ingin mengadakan hubungan tersebut. Malangnya suami saya kurang memahami, dingin dan hambar. Dia selalu menjarak tempoh hubungan seks kami. Apakah hanya isteri yang wajib melayan kehendak suami, bagaimana dengan suami pula?
Jawapan: Para ulama memberikan berbagai pendapat tentang jarak waktu paling kurang bagi hubungan seks yang wajib dilakukan oleh seorang suami. Berbagai pendapat telah diberikan.
Namun pendapat yang terbaik ialah apa yang nyatakan oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah r.h ( wafat 728H) iaitu suami wajib menyutubuhi isteri dengan kadar keperluan seseorang isteri. Ini adalah pendapat yang tepat. Persetubuhan antara lain bertujuan memelihara kehendak nafsu agar tidak melakukan sesuatu yang menyanggahi syarak. Suami hendaklah sedar kewajipan ini. (sesiapa yang inginkan pendetilan masalah ini lihat al-Mufassal fi Ahkam al-Marah oleh ‘Abd al-Karim Zaidan).
Allah Lebih Mengetahui
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
salam…
dlu saya terlalu mengikut perasaan nafsu begitu juga dengan teman lelaki saya..setiap kali berjumpa saya dan dia melakukan zina tnpa ade rase berdosa..dan sekarang kami telah berkahwin dan akan menimang cahaya mata dari hasil perkahwinan kami. Saya takut, saya takut perkara ini akan berbalik pada anak yang bakal lahir nanti. Adakah selepas mendirikan rumahtangga bersamanya saya akan tetap membawa dosa2 silam bersama kehidupan saya, saya ingin bertaubat dan setiap kali saya bersolat saya selalu menangisi perbuatan silam saya bersamanya dulu…adakah dosa saya berzina akan terhapus jika saya telah berkahwin dengan orang yang melakukan zina dengan saya dahulu? tolonglah bantu saya dalam kemelut yang tiada penghujung dalam hidup saya ini…
assalamualaikum w.b.t ustaz..
saya mohon maaf mungkin saya dalam ruangan yg salah.saya ada solan yg musykil utk ditanya…soalan saya adalah
1)saya telah berkahwin pd dis 2009 ats suka sm suka..pd hari majlis kenduri pihak sy (perempuan)minta pengantin lelaki tinggal bersama pengantin perempuan kerana majlis pihak lelaki seminggu kemudian..malangnya keluarga drpd pihak lelaki terutamanya kakak2, mghalang kerana kata mereka tidak elok tidur sekali sdgkan kami telah sah menjadi suamisteri..
Assalamualaikum, merujuk kepada soalan seorang isteri yg bertanyakan mengenai kewajipan suaminya dlm dari segi nafkah batin..pihak tuan telah pun menghuraikan soalan teesebut dengan mengatakan bahawa persetubuhan adalah mengikut kadar keperluan isteri. Maafkan saya jika saya tersilap setahu saya seorang isteri yg sepatutnya menurut kemahuan suaminya dan menjadi satu kesalahan jika kita mengingkarinya. Boleh pihak tuan jelaskan dengan lanjut dan seelok-eloknya jumlah kekerapan untuk bersama suami yg dituntut di dalam Islam. Terima kasih.