Menggali Kubur Sedia Ada?

 apakah hukum menggali kubur bagi sedia ada??apakah dalil bagi hukum tesebut?

jawapan:Para fuqaha’ mengatakan hukum asal ialah kita tidak diharuskan menggali semula kubur kecuali ada sebab darurat atau maslahah. Penggalian semula kubur bercanggah dengan kemuliaan dan kehormatan yang Allah Taala kurniakan kepada anak Adam sebagaimana yang dijelaskan melalui ayat-ayat al-Qur’an.

Terdapat banyak fatwa berkenaan isu penggalian semula kubur.

Fatwa Lajnah al-Daimah li al-Buhuth (11/125)
الأصل أنه لا يجوز نبش قبر الميت وإخراجه منه، لأن الميت إذا وضع في قبره فقد تبوأ منزلا وسبق إليه فهو حبس عليه ليس لأحد التعرض له، ولا التصرف فيه، ولأن النبش قد يؤدي إلى كسر عظم الميت وامتهانه، وقد سبق النهي عن ذلك في جواب السؤال الأول، وإنما يجوز نبش قبر الميت وإخراجه منه إذا دعت الضرورة إلى ذلك، أو مصلحة إسلامية راجحة يقررها أهل العلم.
Maksudnya : “Hukum asal ialah tidak harus menggali semula kubur mayat dan mengeluarkannya daripada kubur, kerana mayat tersebut apabila telah diletakkan di dalam kuburnya, ia telah menempatkan dirinya di situ dan tertahan ia di situ, tiada sesiapa yang boleh mengganggunya lagi serta bertasarruf pada kubur itu. Ia juga kerana perbuatan menggali semula menyebabkan kepada kemungkinan patah tulan mayat dan penghinaannya. Telah disebutkan larangan tentang demikian pada jawapan soalan pertama. Sesungguhnya keharusan menggali semula mayat dan mengeluarkannya daripada kubur ialah apabila didesak oleh darurat atau maslahah Islam yang rajihah (berat/besar) sepertimana ditetapkan ulama”.

Hal ini kerana perbuatan menggali kubur boleh menyebabkan ictida’ kepada mayat tersebut. Perbuatan ictida’/pencerobohan/jenayah/ ke atas mayat sama seperti perbuatan jenayah kepada orang yang hidup. Ini dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis. Sabda Nabi s.a.w :
كسر عظم الميت ككسره حيا
Maksudnya : “Mematahkan tulang mayat seperti mematahkannya ketika hidup”
[Abu Dawud, Sunan Abi Dawud, Bab fi al-haffar yajidu al-cazma hal yatanakkabu dhalika al-makan, Kitab al-jana’iz, hadis no. 3207, jil. 3, hlm 212.]
Antara sebab yang disebutkan oleh fuqaha’ seperti kerana tujuan mengambil harta, mayat tidak dihadapkan ke arah kiblat, tidak dimandikan, tidak dikafankan (ada khilaf), tujuan perlebaran jalan dan sebagainya.

Namun begitu, perlu dibezakan antara kubur persendirian dan kubur wakaf. Masalah ini agak panjang.
Ringkasnya saya boleh simpulkan seperti berikut

Kubur persendirian : Jika kubur sudah lama dan tiada lagi sisa tulang, maka harus digali semula sama ada untuk digunakan sebagai kubur lain atau kegunaan lain.
Jika masih ada sisa, tidak harus gali

Kubur wakaf : Jika sisa mayat sudah reput, maka boleh digali semula. Tapi hanya boleh digunakan untuk pengebumian mayat lain sahaja. Kegunaan lain tidak boleh.
Kecualilah ada sebab-sebab lain yang sangat mendesak.

Wallahualam.

al-ahkam

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s