Kencing Berdiri dan Istinja’ dengan Mangkuk Tandas

Salam
Pakah hukumnya jika seorang lelaki yang kencing berdiri pada toilet bowl (urinal) dan berisnjak dgn hanya melap qubulnya pada dinding toilet bowl tersebut (urinal) yang diperbuat drpd seramik. Apakah situasi in qias dengan beristinjak menggunakan batu memandangkan seramik mempunyai sifat yang serupa dengan batu?

jawapan:

Kencing Berdiri

Ummul Mukminin Aisyah r.ha menyatakan:

من حدثكم أن النبي صلى الله عليه وسلم كان بيول قائما فلا تصدقوه ، ما كان بيول إلا قاعداً. رواه النسائي

“Sesiapa yang ceritakan kepada kamu bahawa Nabi s.a.w. kencing berdiri, maka jangan membenarkannya, Baginda tidak pernah kencing kecuali secara duduk.

terdapat juga riwayat yang menytakan sebaliknya, daripada Huzaifah r.hu

أتى النبي صلى الله عليه وسلم سباطة قوم فبال قائماً
Nabi s.a.w. telah kencing secara berdiri di tempat pembuangan sampah. (al-Bukhari dan Muslim)

Al-Hafiz Ibn Hajar di dalam “Fathul Bari” menyatakan: “telah thabit daripada Umar, Ali, dan Zaid bin Thabit ًdan selain mereka bahawa mereka pernah kencing secara berdiri, ini menunjukkan bolehnya kencing secara berdiri tanpa Karahah (makruh) sekiranya selamat dari percikan kencing (terkena badan atau pakaian) Wallahu a’lam. Dan tidak thabit larangan daripada Nabi s.a.w. sesuatupun.

Hadis Aisyah walaupun ianya penafian tetapi oleh kerana terdapat Hadis Huzaifah yang mengistbatkan perbuatan tersebut, maka kita dahulukan keatas NAFI. Aisyah hanya meriwayatkan apa yang dilihatnya, begitu juga huzaifah meriwayatkan apa yang dilihatnya pula.

Maka kesimpulannya seperti yang disebut oleh Ibn Hajar boleh kencing berdiri sekiranya dapat pastikan selamat dari percikan kencing.

Perhatian!!

adalah menjadi kesalahan dan tidak beradab mereka yang kencing pada dinding toilet bowl (urinal) yang disediakan ditandas-tandas awam sekarang kerana ianya termasuk di dalam masalah tidak menutup atau berselindung semasa kencing. semua orang akan melihatnya apabila masuk ke tandas awam. Ini bercanggah dengan sunnah. Nabi s.a.w. apabila ingin membuang najis Nabi akan pergi ke tempat yang jauh supaya tidak dilihat oleh orang (Abu Dawud, Nasaie, Tirmizi).

Juga dikhuatiri termasuk di dalam ancaman azab kubur berdasarkan hadis Nabi melalui 2 kubur, dimana penghuni 2 kubur ini diazab, sorang kerana LA YASTATIRU dan 1 lagi Namimah.

Perkataan La YASTATIRU membawa 2 maksud. Pertama: TIdak menjadikan antara dirinya dengan pandangan orang lain penghadang (sutrah). kedua: tidak menyucikan kencing.

Apa yang berlaku sekarang mereka yang kencing di tempat yang dinyatakan kebiasaannya terlibat dengan 2 kesalahan ini, tidak tutup dan tidak membersihkan najis (istinjak).

maka takutlah kepada ancaman yang disebutkan oleh Hadis. adalah menjadi kewajipan seorang yang mengaku Islam untuk tidak kencing ditempat yang boleh dilihat oleh org lain dan menyucikan najisnya setelah selesai. kesimpulannya kencinglah di dalam tandas yang tertutup yang telah disediakan.

Istinjak

dalam persoalan yang kedua iaitu beristinjak dengan mengelap qubulnya di dinding (urinal) sekiranya pemukaannya kesat maka itu dibolehkan. hadis menyatakan batu oleh kerana permukaannya yang kesat. maka apa-apa sahaja yang berpermukaan kesat maka ia memenuhi syarat beristinjak. seperti tisu, kertas, kotak dan sebagainya. tetapi Wallahu a’lam saya merasakan toilet bowl itu permukaan nya tidak kesat, ianya licin, sekiranya licin dikhuatiri tidak menghilangkan najis (kencing) tersebut. tetapi sekiranya dengan mengesat berulang-ulang kali sehingga hilang najisnya maka ianya dikira sama seperti beristinjak dengan batu.. wallahu a’lam

al-ahkam

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s