Senyap Seketika Selepas Baca al-Fatihah

salam,

ana ada dua kemusykilan.

1- adakah sunnah imam yang selesai baca fatihah menunggu makmum selesai baca fatihah baru imam membaca surah…bagi solat jahar.

jkk

jawapan:

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

1- Sesetengah fuqaha mengatakan sunat bagi imam senyap seketika selepas selesai bacaan Fatihah. Berdasarkan satu hadis Samurah bin Jundub:

أَنَّهُ حَفِظَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- سَكْتَتَيْنِ سَكْتَةً إِذَا كَبَّرَ وَسَكْتَةً إِذَا فَرَغَ مِنْ قِرَاءَةِ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

Maksudnya: “Beliau mengingati daripada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dua saktah (senyap) iaitu saktah apabila bertakbir (Takbiratul Ihram), dan saktah apabila selesai membaca ‘Ghairil Maghdhuubi Alaihim Waladdhoolliin’.”
Direkod dalam Sunan Abi Daud (no: 779) dan Tirmizi (no: 251). Hadis ini dipertikaikan kesahihannya kerana ia riwayat Hasan daripada Samurah.

Kata Imam Tirmizi, “Hadis Samurah ialah hadis hasan, dan ia adalah pendapat beberapa ilmuan, iaitu menggalakkan bagi imam melakukan dua saktah (senyap), selepas memulakan sembahyang dan selepas selesai bacaan (Fatihah). Dan pendapat ini dipegangi oleh Ahmad, Ishaq dan ashab kami”. (Sunan Tirmizi 2/30).

Hikmah senyap seketika sebelum membaca surah, ialah sebagaimana nukilan Tirmizi daripada perawi bernama Qatadah, iaitu supaya imam dapat mengembalikan semula nafasnya.

Dan fuqaha yang mewajibkan Fatihah bagi makmum dalam solat jahriyyah, menjadikan saktah ini sebagai waktu untuk makmum membaca Fatihah. Supaya tidak ada percanggahan dengan nas-nas yang menyuruh senyap apabila mendengar bacaan Quran.

 

AAN

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s