Mufaraqah Solat Jumaat

2- seorang bertaraf ustaz beritahu bahawa seorang yg uzur ( tua, sakit kaki dll) dalam solat jumaat boleh mufaraqah dalam rakaat kedua. dia hanya perlu bersama imam satu rakaat shj dan rakaat ke2 dia menghabiskan solat jumaat lebih awal dr imam. ada dalilkah qaul ini?

jkk

jawapan:

Ulama tidak beselisih bahawa Solat Jumaat hanya sah dilakukan secara berjemaah. Oleh itu, makmum tidak boleh mufaraqah imam dalam solat Jumaat.

Cuma perselisihan di kalangan fuqaha, bolehkah makmum bermufaraqah dalam solat Jumaat selepas rukuk pada rakaat kedua. Punca perselisihan ialah adakah syarat untuk dikira sempat berjemaah, makmum hanya perlu sempat rukuk dengan imam atau disyaratkan rukuk dengan imam sehingga selesai salam imam?

Kedua-dua pendapat ini adalah berkemungkinan. Tetapi yang ditarjihkan oleh ramai ulama ialah disyaratkan berterusan bersama imam sehingga imam memberi salam. Imam Suyuti membahaskan panjang lebar masalah ini dan mengemukakan 10 hujah utama menguatkan pendapat yang mensyaratkannya.

Kata beliau: “Yang paling berjaga-jaga ialah: Tidak harus mufaraqah imam sebelum salam”. (Al-Hawi Lil Fatawi).

Wallahu A’lam.

AAN

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s