Imam Buruk Akhlak

Salam

Saya pernah mendengar ustaz saya beritahu bahawa sekiranya seseorang itu menjadi imam dan kita kata imam itu mempunyai akhlak yang x baik atau lain kata bermasalah, kita tak boleh solat berimamkannya kerana solat kita akan jadi x sah.

Apakah benar perkara ini?
mohon penjelasan drpd panel feqh.

Wassalam

jawapan:

Waalaikumussalam

Bismillah Wal Hamdulillah, Wa Ba’d :

Ulama ada meletakkan beberapa ciri-ciri atau criteria yang perlu diutamakan bagi seseorang untuk menjadi imam seperti qari, mengetahui sunnah, faqih, lebih tua umurnya dan sebagainya.

Ulama berselisih pandangan tentang keabsahan solat berimamkan orang yang fasiq atau jahat atau berakhlak tidak baik. Pendapat yang ditarjihkan oleh kebanyakan ulama solat kita sah. Ini disokong oleh banyak dalil-dalil.

Al-Nawawi menyebut dalam al-Majmuk (4/151) :
“Solat Ibn Umar dibelakang al-Hajjaj bin Yusuf sabit dalam sahih al-Bukhari dan selainnya dalam hadis sahih banyak hadis-hadis menunjukkan keabsahan solat dibelakang orang fasiq atau imam yang zalim”.

Berkenaan soalan saudara :

Quote:
sekiranya seseorang itu menjadi imam dan kita kata imam itu mempunyai akhlak yang x baik atau lain kata bermasalah, kita tak boleh solat berimamkannya kerana solat kita akan jadi x sah.

Maka solat kita adalah sah, sama ada kita kata imam itu akhlaknya baik atau tidak. Pesanan kami, janganlah kita berburuk sangka dan mengatakan imam solat kita dengan kata-kata umpatana atau sebagainya.
Wallahualam

AAN

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s