Bulu Haiwan. Najiskah?

salamalaykum W.B.T

sekali lagi saya ingin bertanyakan soalan, iaitu mengenai bulu. adakah bulu kucing bulu unta serta bulu binatang2 lain dikira sebagai najis? dan adakah perlu kepada kita untuk memperbaharui wuduk apabila tersentuh bulu yg telah terpisah daripada badan kucing tersebut?? adakah ia dikira sebagai bangkai?
sekian terimakasih. kalau boleh ustaz sertakan dengan dalil skali..

jawapan:Waalaikumussalam

Masalah bulu binatang ini ada dibincangkan oleh para ulama. Kalau bulu haiwan bangkai(sama ada haiwan yang tidak disembelih atau haiwan yang tidak boleh dimakan selain anjing dan babi), ada perselisihan pendapat ulama berkenaannya.

Berbalik soalan anda, ada dua kategori, bulu kucing dan bulu anjing. Jika bulu unta, ia adalah suci sebagaimana ijmak yang dinukilkan oleh al-Nawawi.
Kata al-Nawawi (al-Majmuk 1/241) :
“Apabila dicabut bulu atau suf (bulu untuk biri2) atau wabar (bulu utk lembu) dari haiwan yang boleh dimakan, maka ia suci berdasarkan nas al-Qur’an dan ijmak Ummah”.

Manakala masalah bulu kucing, ini ada khilaf di sisi ulama.
Di sisi mazhab Syafie ia adalah najis. Ini juga adalah pendapat Ata’’.
Di sisi Malik, Ahmad, Ishaq dan al-Muzani, mereka membezakan antara tulang, tanduk, gigi, kuku dan antara bulu (sama ada bulu spt burung, kambing dll). Mereka mengatakan tulang atau tanduk najis, manakala bulu adalah suci.

Ada pendapat dari Malik, Abu Hanifah dan Ahmad semuanya adalah suci yakni bulu dan tulang.
(Sila rujuk al-Majmuk li al-Nawawi 1/236)

Pendapat yang lebih dicenderungi kebanyakan ulama ia adalah suci. Ibn Qudamah berpendapat jika haiwan itu najis maka bulunya najis, sebaliknya jika suci maka bulunya juga suci.
Berkata Ibn Qudamah : “Dan setiap haiwan, maka bulunya seperti baki bahagiannya yang lain, apa yang suci maka bulunya turut suci, dan apa yang najis maka bulunya juga begitu (najis). Tiada beza antara ketika hidup atau mati”. (al-Mughni 1/97).

Hujah pendapat yang mengatakan bulu adalah suci (al-Nahl : 80) :
MAKSUDNYA : “dan (ia juga menjadikan bagi kamu) dari berjenis-jenis bulu binatang-binatang ternak itu, berbagai barang perkakas Rumah dan perhiasan, (untuk kamu menggunakannya) hingga ke suatu masa.”.

Bahkan menurut Ibn Taimiah, semua bulu adalah suci.
Kata beliau dalam Majmuk al-Fatawa (5/51) : “Dan pendapat yang rajih ialah suci semua bulu : anjing dan babi dan selain keduanya. Berbeza pula air liur. Maka berdasarkan ini, jika bulu anjing lembap dan terkena baju seseorang, maka tidak ada apa-apa ke atasnya. Sebagaimana pendapat jumhur fuqaha’ Abi Hanifah, Malik dan Ahmad dalam salah satu riwayat nya. Hal ini kerana al-asl (asal) dalam benda-benda ialah suci, maka tidak harus menajiskan sesuatu atau mengharamkannya kecuali dengan dalil sepertimana firman Allah Taala (al-An’am 119) :
“padahal Allah telah menerangkan satu persatu kepada kamu apa Yang diharamkanNya atas kamu, kecuali apa Yang kamu terpaksa memakannya?.”

Oleh itu, bulu kucing atau unta, ia adalah suci dan jika terkena badan manusia ia tidak dianggap najis.
Wallahualam

AAN

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s