Apakah maksud Allah Ketawa?

Salam. Dalam satu laman web, saya menjumpai petikan berikut:

Dalam hadis sahih Al-Bukhari di mana Rasulullah s.a.w. menyebut: “Yadhak Allah” (dalam bahasanya bermaksud: Allah telah ketawa), dan Imam Al-Bukhari menta’wilkannya dengan maksud: “Allah merahmati“. Beliau menta’wilkan ketawa dengan makna rahmat. (Fathul Bari 6/123-124).

Adakah benar kenyataan di atas? Jika benar Imam Bukhari takwilkan Allah ketawa kepada maksud Allah merahmati, apakah dalil yang beliau gunakan? 

jawapan:

قال الخطابي : الضحك الذي يعتري البشر عندما يستخفهم الفرح أو الطرب غير جائز على الله تعالى ، وإنما هذا مثل ضرب لهذا الصنيع الذي يحل محل الإعجاب عند البشر فإذا رأوه أضحكهم ، ، ومعناه الإخبار عن رضا الله بفعل أحدهما وقبوله للآخر ومجازاتهما على صنيعهما بالجنة مع اختلاف حاليهما ، قال : وقد تأول البخاري الضحك في موضع آخر على معنى الرحمة وهو قريب ، وتأويله على معنى الرضا أقرب ، فإن الضحك يدل على الرضا والقبول ، قال : والكرام يوصفون عندما يسألهم السائل بالبشر وحسن اللقاء ، فيكون المعنى في قوله ” يضحك الله ” أي يجزل العطاء . قال وقد يكون معنى ذلك أن يعجب الله ملائكته ويضحكهم من صنيعهما ، وهذا يتخرج على المجاز ومثله في الكلام يكثر . وقال ابن الجوزي : أكثر السلف يمتنعون من تأويل مثل هذا ويمرونه كما جاء وهذا هو الصواب الذي جرت عليه الملة وعمل به أئمتها من العصر النبوي إلى زمن الأئمة المتبوعين ، والخروج عن هذه الطريقة إلى التأويل عدول عن طريقة الصحابة والتابعين لهم بإحسان وينبغي أن يراعى في مثل هذا الإمرار اعتقاد أنه لا تشبه صفات الله صفات الخلق ، ومعنى الإمرار عدم العلم بالمراد منه مع اعتقاد التنزيه . قلت : ويدل على أن المراد بالضحك الإقبال بالرضا تعديته بإلى تقول : ضحك فلان إلى فلان إذا توجه إليه طلق الوجه مظهرا للرضا عنه .

tempat bergaris sahaja: berkata (khattabi) telah mentakwil bukhari dhahak (ketawa) pada tempat lain kepada makna rahmat dan ia dekat(pada maknanya) dan takwilannya kepada makna ridha lebih dekat (pada makna nya)

pendapat ibn jauzi lebih dekat dengan salaf katanya (bergaris): ramai di kalangan salaf melarang mentakwil seperti ini, mereka lalu nas tersebut seperti mana ia datang (termaktub). ini lah pendapat yang benar di sisi agama dan diamalkan oleh imam-imam dari kurun nabawi hingga zaman para imam selepas mereka.keluar (tidak berpegang) dari cara salaf ini dengan mentakwil adalah menyimpang dari dari cara sahabat dan tabien, perlu bagi kita dalam masalah ini,imrar sahaja dengan beriktiqad bahwa ia tidak sama atau tidak serupa sifat Allah dengan sifat makhluk. makna imrar adalah dengan tidak tahu maknanya tetapi beriktiqad mensucikanNya dari sebarang penyerupaan.

pendapat ibn hajar: aku berkata:apa yang menunjukkan bahawa maksud dhahak (ketawa) bermaksud penerimaan redha berdasarkan bila kamu berkata: telah ketawa fulan kepada fulan ketika berpaling padanya menzhahirkan perasaan ridha padanya.

Tambahan/Pembetulan:
Mazhab Ibn al Jawziyy dalam ‘aqeedah adalah ma’ruuf. Bukan ‘aqeedah Salaf dalam banyak perkara. Salaf tidak mengamalkan tafwiidh al ma’na.

Salaf berpegang bahawa Allah ketawa dengan ketawa yang layak dengan kebesarannya. Golongan Salaf mengamalkan tafwiidh kaifiat dan bukan tafwiidh ma’na.

Ibn Al Jawziyy nak kata bahawa apa maksud Allah ketawa kita tak tahu langsung tentangnya.

2.

Syaikh ‘Abdurrahman Al Faqiih menjelaskan bahawa kata yang mengatakan Al Bukhari mengamalkan ta’wiil adalah tidak sabit sebagaimana disebut Ibn Hajar sendiri dalam syarah kepada hadith lain.


وقد قال الحافظ عفا الله عنه على حديث (4889) من كتاب التفسير:

“قال الخطابي: وقال أبو عبد الله: معنى الضحك هنا الرحمة.

قلت ـ أي ابن حجر ـ : ولم أرَ ذلك في النسخ التي وقعت لنا من

البخاري” اهـ.

Apa yg dibawa oleh Al Baihaqiyy dalam Al Asmaa’ wa as sifaat tentang kata-kata Al BUkhari pula adalah tidak bersambung sanadnya.

2. Ibn Hajar dan Ibn al Jawziyy adakah mereka Ash’ariyy ? Ramai ‘Ulamaa’ muhaqqiquun menganggap bahawa mereka berijtihad dalam isu ‘aqeedah dan kadangkala pendapat mereka menepati Salaf dan kadangkala menepati Ashaa’eerah. Jadi tidak tepat mengatakan bahawa mereka Ash’ariyy.

Sebagaimana kita boleh kata bahawa sebahagian pendapat X menyamai pendapat Kassim Ahmad namun tidak bermakna bahawa X itu Anti hadith.

WAllahua’lam.

قال الإمام ابن خزيمة في كتاب ((التوحيد)) (2/563) : (باب : ذكر إثبات ضحك ربنا عَزَّ وجلَّ : بلا صفةٍ تصفُ ضحكه جلَّ ثناؤه ، لا ولا يشبَّه ضَحِكُه بضحك المخلوقين ، وضحكهم كذلك ، بل نؤمن بأنه يضحك ؛ كما أعلم النبي صلى الله عليه وسلم ، ونسكت عن صفة ضحكه جلَّ وعلا ، إذ الله عَزَّ وجلَّ استأثر بصفة ضحكه ، لم يطلعنا على ذلك ؛ فنحن قائلون بما قال النبي صلى الله عليه وسلم ، مصَدِّقون بذلك ، بقلوبنا منصتون عمَّا لم يبين لنا مما استأثر الله بعلمه)) .

ومعنى قولـه : ((بلا صفةٍ تصفُ ضحكه)) أي بلا تكييف لضحكه.

Sebagai sokongan boleh lihat kata-kata Ibn Khuzaimah dalam Kitaab At Tawhiid yang mati pada tahun 255 H.

Antara lain beliau menyebut :

……… Bahkan kami beriman bahawa sesungguhnya Allah ketawa sebagaimana diberitahu oleh Nabi S.A.W dan kami berdiam tentang sifat ketawa Allah…….. maka kami berkata dengan apa yang dikata oleh Nabi S.A.W , membenarkannya dalam hati kami dan mendiamkan apa yang tidak diterangkan kepada kami…

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s