Mencukur Bulu Kemaluan

Salam Tuan, Saya ditanya oleh non-muslim kenapa kita perlu mencukur bulu ari-ari. Saya jawab kerana sunnah nabi dan kebersihan. (1) Soalan saya, ada tak sebab lain dari segi biologi/sains kenapa kita digallakn untuk mencukur bulu ari-ari? Kalu boleh panel fiqh tolong jawab ye (1) Tolong letakkan hadith pasal ni dan kaitan dengan kebersihan (2) Sebab saintifik kenapa perlu dibuang. harap dapat membantu. terima kasih Wassalam


Assalamualaikum wrt wbt

Bismillah Walhamdulillah, Amma Ba’d :

(1)Tolong letakkan hadith pasal ni dan kaitan dengan kebersihan

Ada banyak hadis-hadis, antaranya :

Dari Ibn Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : “Daripada perkara fitrah ialah mencukur bulu ari-ari, memotong kuku dan menggunting misai”. (HR al-Bukhari)

Fitrah adalah bermaksud apa yang dicenderungi oleh tabiat kejadian manusia yang sejahtera. Islam adalah agama yang fitrah dn ajarannya menepati fitrah kejadian manusia. Fitrah manusia suka kepada kebersihan dan kesucian. Justeru, amat bertepatanlah pensyariatan mencukur bulu ari-ari ini.

Dalam hadis selain menggunakan lafaz halq al-anah حلق العانة (cukur bulu ari-ari), Nabi s,.a.w juga menyebut dengan nama al-Istihdad. (al-Bukhari dan Muslim)

Al-Nawawi berkata : “al-Istihdad ialah halq al-anah (cukur bulu ari-ari). Dinamakan al-istihdad kerana caranya dengan menggunakan al-hadid (asal maksud besi ; dikehendaki di sini ialah pisau cukur).

Perbuatan ini adalah sunnah, dan maqasid atau tujuannya adalah untuk kebersihan manusia itu sendiri. Ini dapat difahami dari segi logic akal fikiran manusia. Sudah semestinya Islam amat menitik beratkan kebersihan. Ini disokong oleh banyak dalil-dalil umum yang lain seperti hadis Muslim (Bersuci itu separuh daripada iman) dan begitu juga ayat-ayat pujian tentang orang yang suka kepada kebersihan

(2) Sebab saintifik kenapa perlu dibuang.

Berkenaan saintifik kenapa perlu buang, anda boleh merujuk kepada pakar-pakar perubatan.

Setakat yang ditemui oleh saya, kawasan bulu ari-ari adalah kawasan mudah berpeluh dan banyak keluar peluah. Sekiranya tidak dicukur bulu tersebut, maka ia akan menjadi banyak dan lebih banyak mengeluarkan peluh. Apabila terkena kesa-kesan kumuhan badan serta najis-najis lain, mungkin amat sukar untuk dihilangkan. Lama kelamaan ia mendatangkan bau yang kurang enak. Tambahan pula, mencukur bulu ari-ari mencegah daripada pembiakan kutu. Selain itu, ia juga membantu penjagaan kulit di kawasan kemaluan.
(http://www.55a.net/firas/farisi/print_details.php?page=show_det&id=305)
Wallahualam .

al-ahkam

Advertisements

17 thoughts on “Mencukur Bulu Kemaluan

  1. Salam.. Sejak baligh saya diajar yang kita tak boleh potong kuku, cabut/cukur bulu/rambut waktu haid.. kalau perlu sgt, kena simpan dan mandikan bersama ketika mandi wajib.. Waktu dalam nifas pun begitu juga..
    Betul ke?

    Trimas.

    Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

    Tidak betul, tiada dalil menyatakan sedemikian.

    Wallahua’lam.

  2. salam.sy nk tmbh skt psl pemotongan bulu ari2 dr sudt saintifik.yg prnh sy tau,kt situ kena potg sbb ia adlh kwsn yg lembap dan berpotensi tinggi jd tempat pembiakan mikrob.jd kalo potg n bersih,xdela mikrob boleh membiak..wallahua’lam.

  3. salam,

    sy ingin b’tanya…adakah wujudnye ayat bismillah 6?

    Wallahua’lam

    Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

    Ia adalah rekaan manusia, usah diamalkan, kerana ia boleh membawa kepada bid’ah.

    Wallahua’lam.

  4. assalamualaikum ustaz…

    saya ingin bertanya, adakah seseorang lelaki boleh mencukur bulu betisnya? hal ini kerana, saya mencukur bulu di betis saya apabila ia sudah agak panjang.jika saya tidak mencukur atau memotong sedikit, saya rasa kurang selesa malah terasa spt kurang bersih.harap ustaz dapat menjelaskan hukumnya..

    Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

    Saudara boleh membacanya di sini
    https://soaljawab.wordpress.com/2007/04/23/hukum-cabut-bulu-dada/
    Wallahua’lam.

  5. salam
    saya ditanya oleh kawan saya.Adakah perlu mandi wajib bagi seseorang perempuan yang melakukan onani.?

    Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

    Ya, wajib mandi jika keluar mani. Jika tidak keluar mani, tidak wajib mandi.

    Wallahua’lam.

  6. salam…
    apakah hukunye suami mencukur ari-ari isterinye.. dan sebaliknye..

    Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

    Tiada masalah kerana tiada aurat di antara suami dan isteri.

    Wallahua’lam.

  7. salam…

    bolehkah kita bercukur untuk membuang bulu ari-ari? ada sesetengah masyarakat berkata..tidak boleh bercukur tapi hanya boleh potong menggunakan gunting…mana satu yang sahih?
    bagi saya bercukur lebih mudah dari memotong menggunakan gunting.

    Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

    Boleh sahaja memotong atau mencukur, tiada masalah.

    Wallahua’lam.

  8. salam tuan. saya nak kepastian betul ke jika kita dtg haid tuala wanita itu harus dicuci sehingga hilang darahnya takut dijilat setan dan diakhiri dgn selawat .Tolong ulas saya rasa macam tak kena je.

    Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

    Tidak benar, saudari bebas untuk melupuskannya dengan apa cara pun.

    Wallahua’lam.

  9. Assalamualaikum..
    Saya ingin bertanya pula mengenai mencukur bulu di bawah lengan (ketiak)… Apakah hukum dan adakah diharuskan? Sekian terima kasih. Wassalam

  10. assalamualikum.
    saya ingin bertanya , jika kita bercium-ciuman di mulut , leher perlukah mandi wajib bagi seorg wanita ?

    waalaikumussalam wbt.

    Jika keluar mani wajib mandi, jika tidak keluar tidak wajib mandi. Jika dilakukan dengan suami dapat pahala, kalau dengan orang lain berdosa besar.

  11. Assalamualaikum….
    saya ingin bertanya.. kebiasaanya mencukur atau atau menggunting bulu ari2…
    tapi bagaimana pula dengan mencabut bulu ari2 dibahaian kemaluan… adakah ia dibolehkan dlm islam atau akan memberikan kesan sebaliknya.Tiada yg menejlaskan hanya cukur dan gunting… bagaimana sekiranya mencabut terus??

    Waalaikumussalam wbt.

    Ia sunnah dilakukan tidak kira dengan cara cabut terus, gunting mahupun cukur.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s