Assalamaualaikum.
Saya difahamkan oleh sesetengah pihak bahawa belangkas adalah sejenis binatang dua alam, (benarkah begitu) disebabkan ia hidup di lautan dan kemudiannya naik ke pantai untuk bertelur. Jadi, ada pendapat makan belangkas adalah haram disebabkan 2 alamnya itu. Tapi jika gunakan hujah 2 alam belangkas itu, bagaimana pula dengan penyu. Penyu juga hidup di lautan dan naik ke darat untuk bertelur. Jika belangkas di katakan haram, jadi penyu juga haram dimakanlah yerk…
So, saya jadi confius kat sini. Sebab ada pendapat mengatakan penyu boleh dimakan. Jadi tabiat penyu dan belangkas adalah sama iaitu bertelur di darat….so camanalah pulak boleh datang pendapat yg mengatakan belangkas tu haram…padahal belangkas tu sedaaaap dimakan lebih2 lagi tang telurnya.
Jadi, pendekkan cerita….nak tanya panel AAN, apa hukum makan belangkas? Haram atau Halal?
Tengkiu…wassalam
jawapan:
wa’alaikumussalam
Alhamdulillah. Berikut kami petikkan jawapan dari ruangan Soal-Jawab JAKIM mengenai isu makan belangkas :-
Quote: |
. Belangkas harus dimakan, Secara perinciaannya binatang yang boleh dimakan dan tidak adalah seperti di bawah:
i)HAIWAN DARAT ii) HAIWAN AIR Pada pendapat Mazhab Syafi’ie ada haiwan yang harus dimakan telurnya tetapi haram memakan binatang tersebut seperti penyu. tuntung dan seumpamanya. |
Bagaimanakah cara-cara untuk menanam uri dengan cara yang dikehendaki dalam islam serta bahan-bahan yang sepatutnya ditanam bersama?