Qasar solat sebelum mula Musafir

Salam,

Sebelum ini saya telah melakukan solat jamak dan qasar (Solat Maghrib dan Isyak) di rumah, sebelum memulakan perjalanan (musafir) disebabkan kesukaran untuk melakukan solat Isyak dalam perjalanan.

Kini, saya baru mengetahui bahawa hanya solat jamak dibolehkan tanpa mengqasarkan solat tersebut.

Haruskah saya mengqadha solat isyak yg telah diqasarkan?

jawapan:

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya Allah.

Diantara syarat-syarat sah memendikkan (qasar) solat adalah “hendaklah musafir melepasi pagar pekan (balad) yang dimulakan permusafirannya” [al-Fiqh al-Manhaji 1/187].

Syarat ini merupakan pandangan jumhur ulama’ sebagaimana Imam al-Nawawi rh berkata :

مذهبنا أنه إذا فارق بنيان البلد قصر , ولا يقصر قبل مفارقتها وإن فارق منزله وبهذا قال مالك وأبو حنيفة وأحمد وجماهير العلماء

“Mazhab kami sesungguhnya apabila seseorang melepasi bangunan pekannya maka bolehlah dia qasar, dan tidak boleh qasar sebelum melepasinya, walaupun jika dia baru keluar dari rumahnya. Ini adalah juga kata-kata (Imam) Malik, Abu Hanifah, Ahmad dan jumhur ulama'” [al-Majmu’ 4/228].

Dengan kata lain, tidak boleh memendikkan solat di rumah. Bagi mereka yang memendik solat ketika masih berada dirumah (kerana tidak tahu hukumnya), tidaklah perlu menqada’kan kesemua solat yang dilakukan sedemikian. Dia hanyalah perlu menqada’kan solat ketika mana dia tahu akan hukum sebenar solat Qasar, dengan ertikata lain, solat yang terkini sahaja.

Didalam sebuah Hadith riwayat Abu Hurairah ra. (Bukhari #724] bahawa ada seseorang yang bersolat di masjid dan selepas solat dia memberi salam kepada Nabi saw lalu baginda berkata : “Kembalilah untuk solat semula, sesungguhnya kamu belum bersolat lagi ( ارجع فصل فإنك لم تصل )”, dan perkara ini berlaku selama 3 kali, Maka Nabi saw terus mengajar orang tersebut cara bersolat dengan besertakan toma’ninah. Didalam hadith ini Nabi saw tidak pula menyuruh orang tersebut menqada’kan solatnya yang lepas-lepas (dahulu), malah baginda hanya menyuruh mengulangi solat yang pada masa itu sahaja.

Begitu juga didalam hadith riwayat Abdul Rahman ibn Abza (Bukhari #331) bahawa Umar ibn al-Khattab tidak bersolat kerana beliau didalam keadaan Junub, akan tetapi ‘Ammaar ibn Yaasir telah mengolekkan dirinya didalam debu lalu bersolat. Apabila mereka memberitahu Nabi saw, baginda berkata “adalah mencukupi kamu melakukan begini, dan Nabi saw menepuk tangannya ke bumi dan meniupnya, kemudian menyapu kepada muka dan tangannya ( إنما كان يكفيك هكذا فضرب النبي صلى الله عليه وسلم بكفيه الأرض ونفخ فيهما ثم مسح بهما وجهه وكفيه )”

Didalam keadaan ini, Nabi saw tidak pula menyuruh ‘Ammaar ibn Yassir mengulangi solatnya kerana beliau melakukan tayamum dengan cara yang berbeza sekali, iaitu mengolakkan badan ditanah.

Sekian, wassalam.

al-ahkam

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s