fadilat lihat khatamun nubuwah & waktu doa antara dua khutbah

Boleh tak sesiapa terangkan jwpn kepada 2 soalan ni:

1)”Menurut keterangan yang dipindahkan daripada Imam al-Turmizi r.a katanya, barangsiapa menilik @ memandang kepada ‘khatamun nubuwwah’ sedang ia berwudhu’ pada waktu subuh, nescaya Allah memelihara akan dia hingga membawa ke ptg, dan barangsiapa menilik kepadanya pada waktu maghrib terpelihara pula hingga ke pagi. Demikian juga barangsiapa menilik kepadanya pada awal bulan nescaya Allah memelihara akan dia daripada segala bala dan kecelakaan hingga akhir bulan itu. Selanjutnya barangsiapa menilik kepadanya pada waktu hendak berjalan musafir nescaya jadilah sepanjang perjalanannya berkat dan selamat dan barangsiapa mati dalam thn itu nescaya dimatikan Allah dalam iman, tetapi hendaklah benar hati, ikhlas serta kasih dan percaya hati kita.”
-rwyt ni ana dpt dr satu kad yg ada gmbr tapak kaki nabi (kalau betul la).sebelah kiri gmbr tapak kaki tu, dan sebelah kanan ayat2 ni. ada tak sesiapa boleh komen riwayat ni. soheh ke @ apa?

2) ada tak nas, dalil atau mana-mana qaul ulama’ yg kata masa antara 2 khutbah tu masa yg mustajab doa?

jawapan:

Bismillah
Wassolatu wassalam ‘ala Rasulillah SAW,

1. Setakat pencarian kami, tidak ada hadith sahih tentang kelebihan orang yang memandang khatamun nubuwwah seperti dalam riwayat di atas.

2. Terdapat hadith sahih yang diriwayatkan dalam Sahih Bukhari dan Muslim mengenai satu waktu yang mustajab doa pada hari jumaat. Waktu tersebut dijelaskan lagi dalam hadith Sahih Muslim:

هِيَ مَا بَيْنَ أَنْ يَجْلِسَ الْإِمَامُ إِلَى أَنْ تُقْضَى الصَّلَاةُ

” Ia (waktu mustajab doa) adalah antara imam duduk (di atas mimbar) sehingga selesai solat (jumaat).

Difahami dengan hadith ini, waktu antara dua khutbah jumaat adalah termasuk waktu doa mustajab.

Wallahu a3lam

Rujukan:
– al-Majmuk
– Syarh Sahih Muslim

al-ahkam

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s