Basmalah sebelum wudhu dan doa

Salam

Dulu saya sering diajar di sekolah untuk memulakan setiap amal baik dengan Basmalah untuk mendapat keberkatan. Ironisnya, saya fikir tak semua amal soleh/’ibadat bermula dengan Basmalah. Contohnya, pernah diperbincangkan di AAN ni tentang kemakruhan membacanya ketika berwudhu’, maknanya lebih baik tidak dibaca. Satu lagi, kita berniat solat (lintasan hati) dan terus angkat takbir, dsb. Jika begitu:-

i) apakah kethabitan ajaran ustaz/ah tersebut? adakah termasuk bid’ah?
ii) perlukah kita membaca basmalah setiap kali membaca doa-doa ringkas spt. naik kenderaan, masuk tandas, keluar rumah, masuk tidur, dsb??

shukran jazilan

jawapan:

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

i) Tidak benar pendapat yang mengatakan Bismillah sebelum wudhuk adalah bidaah. Begitu juga, tidak benar mengatakan membaca Bismillah sebelum wudhuk adalah makruh. Menurut majoriti ulama ia adalah sunat. Malah, ada yang mewajibkan. Dinukilkan pendapat wajib daripada Imam Ahmad. (Al-Inshaf 1/128).

Walaubagaimanapun, hadis yang menjadi sandaran wajib iaitu “Tidak ada wudhuk bagi sesiapa yang tidak membaca Bismillah” dipertikaikan pada kesahihannya.

ii) Doa-doa yang diajarkan oleh baginda sudah disebutkan nama Allah. Contohnya: doa sebelum tidur “Bismikallahumma ahya wa amut” dan lain-lain. Maka tidak perlu dimulakan dengan Bismillah lagi. Cukup dengan doa itu sahaja.

Wallahu A’lam

al-ahkam

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s