Adik dan abang angkat

assalamualaikum ustaz…
saya ragu2 dengan rakan2 saya yang asyik dengan adik dan abang angkat mereka… ap yang saya tahu hubungan angkat hanyalah anak angkat..boleh ustaz terangkan dengan lebih lanjut..

jawapan:

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

– Mengambil adik angkat atau abang angkat (sesama jantina) dengan makna merapatkan ukhuwwah sesama Islam, tidak dilarang dalam Islam.

– Yang dilarang dalam Islam ialah mengambil anak angkat dengan menisbahkannya kepada ayah angkat. Maka perbuatan ini diharamkan oleh Islam sebagaimana dalam ayat:

ادْعُوهُمْ لِآبَائِهِمْ هُوَ أَقْسَطُ عِندَ اللَّهِ فَإِن لَّمْ تَعْلَمُوا آبَاءهُمْ فَإِخْوَانُكُمْ فِي الدِّينِ وَمَوَالِيكُمْ

Maksudnya: Panggillah mereka (anak-anak angkat itu) dengan (memakai) nama bapa-bapa mereka; itulah yang lebih adil pada sisi Allah, dan jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka, maka (panggillah mereka sebagai) saudara-saudaramu seagama dan maula-maulamu. (Al-Ahzab: 5).

Adapun, mengambil anak angkat dengan makna membelanya atau mentarbiahnya tanpa ditukar nasab asalnya, maka ia tidak mengapa. Begitu juga, mengambil adik angkat dengan makna merapatkan ukhuwwah sesama saudara Islam.

Wallahu A’lam.

tambahan daripada saya: Hubungan angkat adalah bukan mahram, maka batas-batas sama sahaja dengan rakan-rakan, janganlah ke hulu ke hilir bersama, bemanja-manja dan lain lain.

al-ahkam

Advertisements

One thought on “Adik dan abang angkat

  1. assalamualaikum ustaz..
    ape pndangan ust tentg hubungan adik angkat laki ngan kakak agkat, klu ada blh x bg conth para sahabt yg ada wt hubngan cmni

    Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.

    Hubungan antara abang angkat, kakak angkat adalah bukan mahram. Lalu hubunganya sama sahaja dengan bukan mahram yang lain. Tiada beza kawan, abang angkat, kekasih dan lain-lain, semuanya bukan mahram.

    Wallahua’lam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s