Qunut di dalam witir

tuan,
bila ye kita start bc qunut dlm terawih?jika boleh bila nabi start bc qunut dlm terawih?

jawapan:

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

– Qunut tidak dibaca dalam solat tarawih. Ia disunatkan dibaca dalam solat witir pada rakaat terakhir.

Khilaf antara ulama tentang bila disunatkan baca qunut dalam witir, kepada tiga pendapat utama:

i) pada separuh terakhir Ramdhan (Syafie)
ii) pada seluruh Ramadhan (Malik)
iii) pada seluruh tahun samada Ramadhan atau bukan Ramadhan (Hanafi dan Hanbali)

Kata Imam Nawawi (Majmuk 4/15) : Pendapat ketiga (sunat pada sepanjang tahun) adalah kuat dari segi dalil. Kerana berdasarkan hadis:

أن رسول الله صلى الله عليه و سلم كان يوتر بثلاث ركعات كان يقرأ في الأولى ب سبح اسم ربك الأعلى وفي الثانية ب قل يا أيها الكافرون وفي الثالثة ب قل هو الله أحد ويقنت قبل الركوع

Maksudnya: Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam berwitir dengan 3 rakaat. Baginda membaca pada rakaat pertama ‘Sabbihismarabbikal A’la’, pada rakaat kedua dengan ‘Qul Ya Ayyuhal Kafirun’, dan pada rakaat ketiga dengan ‘Qul Huwallahu Ahad’. Baginda qunut sebelum rukuk”.
Direkod oleh Nasai (no: 1699), Baihaqi (no: 4640) dll.

Wallahu A’lam.

al-ahkam

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s