Hukum Bersalam Dengan Keluarga Angkat

Assalamualaikum,
Ustaz,

PUAN H adalah anak angkat Pn O dan En B.

Apakah hukum bersalam bagi:

1. Anak perempuan PUAN H yg umur 30 ke atas bersalam dengan anak lelaki Pn O dan En B (jadi bapa saudara,umur lewat 40 ke atas) ?

2. Anak perempuan PUAN H yg umur 30 ke atas bersalam dengan suami anak perempuan Pn O dan En B (jadi adik ipar lelaki PUAN H,umur lewat 40 ke atas) ?

3. Cucu lelaki PUAN H yg umur 15 ke atas bersalam dengan anak perempuan Pn O dan En B (lewat 40 ke atas) ?

4. Cucu lelaki PUAN H yg umur 15 ke atas bersalam dengan isteri anak lelaki Pn O dan En B (lewat 40 ke atas) ?

Terima kasih

jawapan:

Salam ,

Point utama dalam persoalan di atas ialah , siapa sahaja yang bertaraf anak angkat perempuan yang telah akil baligh hukumnya adalah haram bersalaman dengan mana-mana lelaki walaupun bapa angkatnya dan saudara mara lelaki bapa angkatnya.Begitu juga dengan anak angkat lelaki yang juga telah akil baligh.Ia juga haram bersalaman dengan mana-mana perempuan termasuk mak angkatnya dan saudara mara perempuan mak angkatnya.

Secara ringkasnya , hukum mereka adalah seperti lelaki dan wanita yang bukan mahram dan halal dinikahi.

Dengan sebab itu jugalah anak angkat tidak boleh di bin atau di binti kan dengan bapa angkatnya.

WA

al-ahkam

Advertisements

2 thoughts on “Hukum Bersalam Dengan Keluarga Angkat

  1. assalamualaikum ustaz..

    bolehkah saya bersalam dengan bapa saudara suami saya? yang saya tahu tidak boleh kerana dia bukan mahram saya.tetapi keluarga suami sgt rapat dan mesra di antara mereka.saya takut akan dikatakan tidak sopan sekiranya tidak bersalam dengan pakciknya..

    Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

    Saudari betul, tidak boleh kerana mereka bukan mahram. Saudari perlu menerangkan hal ini kepada suami saudari, dan biar beliau yang menerangkan hal itu kepada keluarganya.

    Wallahua’lam.

  2. saya ingin btanya pasal hukum anak susuan…saya ingin ambil anak angkat lelaki…skarg umur dia setahun 8 bln..bagai mana hukumnya kalau saya beri susu adik kandung saya kepada anak angkat saya nati…ada kah dia dgn saya batal wuduk…sblm umurnya 2 thn..apa pula hukum dia jika saya beri susu kakak kandung suami…saya nak tahu batal @ x wuduk anak angkat itu dgn saya nati…

    Assalamualaikum wbt.

    Jika adik saudari memberinya susu sebelum dia dua tahun, maka dia akan menjadi mahram kepada saudari, jadi tidak batal wudhu. Boleh baca di sini https://soaljawab.wordpress.com/2008/04/06/suami-minum-susu-isteri/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s