Tak Sengaja Tersumpah

salam.. 

saya da soalan. apakah hukum bersumpah atas nama Allah secara tak sengaja? ada cara na tarik balik sumpah tersebut? 
terima kasih

jawapan:

بسم الله 
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد 

Lafaz sumpah yang diucapkan tanpa niat bersumpah dinamakan: Laghwul Yamin (Sumpah yang diabaikan). 

Firman Allah Taala: 

لا يُؤَاخِذُكُمُ اللَّهُ بِاللَّغْوِ فِي أَيْمَانِكُمْ وَلَكِنْ يُؤَاخِذُكُمْ بِمَا كَسَبَتْ قُلُوبُكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ حَلِيمٌ 

Maksudnya: Allah tidak mengira kamu bersalah tentang sumpah kamu yang tidak dimaksudkan (untuk bersumpah), tetapi Dia mengira kamu bersalah (dan akan mengenakan hukuman) dengan sebab sumpah yang diusahakan (disengajakan) oleh hati kamu (dengan niat bersumpah) dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar. (Al-Baqarah: 225). 

Pendapat paling masyhur tentang maksud ‘laghwul yamin’ ialah: lafaz sumpah yang tidak dimaksudkan. Berdasarkan tafsiran Aisyah r.a. iaitu: kata-kata seseorang, “Tidak, Wallahi!, Ya Wallahi!”. (Direkod oleh Bukhari no: 4337). 

Maka sumpah jenis ini tidak dikenakan apa-apa kaffarah. Wallahu A’lam

al-ahkam

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s