Puasa Wanita Haidh

Salam

Bagi wanita yang tidak boleh berpuasa kerana haidh, adakah dia boleh makan/minum di siang hari atau perlu juga berpuasa sebagai menghormati bulan ramadhan?

Terima kasih.

jawapan:

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

ًWanita haidh haram berpuasa, jika berpuasa tidak sah puasanya dan wajib diganti hari-hari yang ditinggalkannya.

Dalil tidak boleh berpuasa baginya: hadis Nabi SAW: “Apabila seorang wanita haidh, maka tidak bersolat dan tidak berpuasa”. HR Bukhari 1/116.

Ibn Qudamah berkata: “Jika wanita haidh niat puasa, dan menahan diri dari makan minum, sedangkan dia tahu HARAM puasa, maka dia BERDOSA, dan puasanya tidak dikira”. (ِAl-Mughni 4/391).

Cuma ada ulama berpendapat, bahawa golongan yang uzur hendaklah berbuka secara senyap-senyap. Tujuannya supaya mengelakkan daripada tohmahan orang bahawa dia melewa-lewakan hukum agama. Kerana mereka mungkin tidak mengetahui keuzuran golongan ini.

Ada juga ulama berpendapat, jika uzurnya zahir maka boleh berbuka secara zahir. Jika uzurnya tidak zahir, maka hendaklah berbuka secara tersembunyi. (Al-Insaf 7/348).

Wallahu A’lam

al-ahkam

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s