Zakat Fitrah Bagi Orang Yang Berpuasa dan Berhari Raya Di Tempat Yang Berbeza

Bin Sahak

Soalan :

Berkenaan Zakat al-Fitr, jika seseorang telah berpuasa 2/3 dari bulan Ramadhan di sesuatu negeri, dan bercadang menunaikan baki puasanya di negeri yang lain dan menyambut hari Raya di sana, maka di negeri manakah dia wajib membayar Zakat ?

Jawapan :

Oleh : Dr. Yusuf al-Qaradhawi
Terjemahan: bin sahak

Seorang muslim mengeluarkan zakat al-Fitr di tempat yang pada satu Syawal (malam Raya) dia berada di sana. Ini kerana pengeluaran zakat bukan disebabkan puasa tetapi disebabkan berhari raya. Kerana itu disandarkan (zakat) kepada hari raya bahkan dinamakan zakat itu sebagai Zakat al-Fitr. Berdasarkan in, jika seseorang meninggal dunia sebelum Maghrib hari terakhir bulan Ramadhan, zakat al-Fitr tidak menjadi suatu yang wajib atasnya, walaupun dia telah berpuasa seluruh hari Ramadhan. Jika seseorang bayi dilahirkan selepas Maghrib hari terakhir Ramadhan iaitu pada malam pertama masuknya bulan Syawal, maka ia termasuk orang yang wajib mengeluarkan zakat al-Fitr dengan Ijma’ (kesepakatan ulama). Maka ia (zakat al-Fitr) adalah zakat yang berkait rapat dengan hari raya bagi menyebarkan kegembiraan dengannya, termasuk orang-orang fakir dan miskin, kerana itu terdapat hadith yang menyebut : “Kayakanlah mereka (orang-orang fakir dan miskin) pada hari ini (hari raya).”

(Sumber : Fatawa al-Mu’asarah, Juzu’ pertama, m.s. 326)

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s