Qadha puasa pada hari Syak

Bin Sahak

Soalan :

Apakah hukum mengqadha puasa pada hari Syak ?

Jawapan :

Hari syak ialah hari yang ke 30 dalam bulan Syaban. Bulan di dalam Islam samaada 29 atau 30 hari. Telah sahih hadith dari Nabi saw yang melarang kita berpuasa pada hari syak dan sehari atau dua hari sebelum masuknya bulan Ramadhan.

Namun begitu larangan ini tidak termasuk bagi orang yang sudah menjadi kebiasaannya berpuasa, seperti seorang yang sentiasa berpuasa pada hari Isnin dan Khamis sebagai contoh, dan berkebetulan hari syak itu jatuh pada hari Isnin atau Khamis. Maka orang sebegini tidak termasuk dalam larangan tersebut, ini kerana Nabi saw bersabda:

Maksudnya : “Jangan kamu semua mendahului Ramadhan dengan puasa sehari atau dua hari, melainkan bagi seorang lelaki yang ia sentiasa dengan berpuasa, maka bolehlah dia berpuasa.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Maka berdasarkan hadith ini, apabila seseorang yang telah menjadi kebiasaannya berpuasa pada hari Isnin sebagai contoh, kemudian berkebetulan pula hari syak itu jatuh pada hari isnin tersebut maka dia boleh berpuasa sunat pada hari tersebut dan tidak ada larangan untuknya.

Berdasarkan hadith ini, apabila diharuskan puasa sunat pada hari syak yang jatuh pada hari, yang mana seseorang itu kebiasaannya dia berpuasa padanya, maka mengqadha puasa Ramadhan yang lalu pada hari syak adalah lebih utama untuk dikatakan harus. Ini kerana qadha Ramadhan itu adalah suatu yang wajib dan menangguhkan qadha Ramadhan hingga selepas Ramadhan adalah suatu yang tidak dibenarkan.

al-Imam al-Nawawi di dalam al-Majmu’ berkata :

“Berkata sahabat-sahabat kami (dari mazhab al-Syafie) : “Tidak sah puasa pada hari syak dari masuknya Ramadhan tanpa khilaf…, Jika dilakukan padanya puasa qadha atau Nazar atau kafarah, ianya diterima, ini kerana apabila diharuskan puasa padanya (hari syak) dengan puasa sunat yang telah menjadi kebiasaan, maka puasa fardhu (seperti Qadha dan seumpamanya) adalah lebih utama (untuk dikatakan harus, ini seperti mana waktu-waktu yang diharamkan solat, kerana jika pada seseorang itu ada puasa qadha ramdhan sehari, maka sesungguhnya dia mesti mengqadhakannya, kerana waktu qadhanya telah menjadi sempit.”

wallahu a’lam.
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s