Keringanan puasa bagi wanita mengandung dan menyusukan Anak

Bin Sahak

Soalan:

Cuaca di Teluk adalah panas sedangkan saya memiliki seorang anak yang berumur 5 bulan, Seringkali saya berasa dahaga yang bersangatan disebabkan menyusukannya. Soalan saya ialah tentang berbuka puasa Ramadhan. Apakah mesti dibimbangi berlaku kebinasaan (pada diri) baru boleh berbuka, atau cukup sekadar apabila merasai kesukaran/kesempitan ? Bagaimana pula saya hendak menggantikan hari-hari yang saya berbuka itu pada tahun hadapan kerana saya masih menyusuinya.

Jawapan:

Oleh : al-Syeikh Hamid al-‘Attar (http://www.islam-online.net/)
Bismillah, Alhamdulillah, wassolatu wassalamu ‘ala rasulillah, wa ba’d.

Mengandung dan menyusukan anak semata-mata bukanlah merupakan sebab keringanan untuk berbuka dalam bulan puasa, akan tetapi mengandung dan menyusukan anak boleh menjadi sebab keringanan berbuka puasa jika disertai kebimbangan terhadap diri atau anak. Memadai dengan sangkaan yang banyak, atau melalui pengalamannya (jika diteruskan puasa akan menyebabkan mudharat), atau dengan pemberitahuan seorang Doktor yang dipercayai. Semata-mata dengan dahaga yang bersangatan, bukanlah satu alasan dari alasan-alasan yang membolehkan berbukan puasa, melainkan jika ada perakuan Doktor yang puasanya itu boleh menjadi sebab kemudharatan. Perkara ini berbeza antara setiap orang. Adapun semata-mata wujud kesukaran (utk berbuka puasa tidak boleh), kerana puasa itu sendiri adalah kesukaran

Para ulama berbeza pendapat dalam menghalusi persoalan wanita hamil dan menyusukan anak jika mereka berbuka, apakah mereka perlu qadha atau membayar fidyah atau kedua-duanya ? Atau apakah mereka tidak perlu berbuat apa-apa seperti seorang budak kecil ? Semua pandangan ini disebut oleh sebahagian ahli Fiqh, dan yang dipilih oleh al-Syeikh Dr. Yususf al-Qaradhawi, seorang perempuan yang tidak mampu qadha’, disebabkan dia tidak berada dalam bulan Ramadhan melainkan samaada dia sedang mengandung atau menyusukan anak, maka dia tidak dibebankan dengan qadha, memadai dengan dia membayar fidyah, adapun wanita yang kesempatan untuk qadha maka dia hendaklah qadha, tidak memadai dengan dia membayar fidyah.

wallahu a’lam

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s